cinta hati mama

cinta hati mama

Khamis, 19 Oktober 2017

nuget ayam home made -18/10/17- aqil dan ica rajin tolong...











semalam cuti diwali..ajak anak buat nugget ayam....dapat banyak....buat sendiri...bahan dia copy kat bawah ne..apa yg ada lah oregano kering  thyme kering tak ada..tak bubuh pun...nanti boleh buat lagi..


copy kat fb(El Musliha Katiman)

Ini lah hero utama untuk resepi kita.. nama pun nugget ayam kan. Mesti la kena guna ayam

1. Dada ayam 500gm
- buang kulit
- buang tulang kot2 la ada
- bersihkan
3. Sebab sis takde food processor nak hancurkan isi ayam ni.. sis guna alatan secara manual je. Sis cincang guna pisau a.k.a parang kontot. Sis cincang zas.. zas.. zas.. ala2 kungfu sampai lumat dan halus.. sehalus hatiku yg mulus.. eeceewah!
4. Agen pelekat
- roti putih 5 keping
- susu segar 1 gelas
* susu lembu je.. takyah nak ngada2 guna susu kambing atau susu unta. Hihi..
7. Biarkan seketika.. kasi mesra dan kembang
8. Pastu hancur2kan bancuhan roti + susu tadi sampai lumat.. ini lah masa kalau nk lepas geram kita tumbuk2 roti tu sampai lunyai. Tapi sis tak buat macamtu.. sis tumbuk2 manja supaya roti terhibur dgn layanan sis..

9. Inilah bahan perasa
- bawang putih 3 ulas : cincang
- bawang merah 1 biji : cincang
- serbuk lada putih : 1 sudu teh
- baking powder : 1 sudu teh
- garam : 1 sudu teh (sis guna garam bukit)
- oregano kering : 1/2 sudu teh
- thyme kering : 1/2 sudu teh

* takyah buh bahan pengawet/serbuk perasa tiruan/msg/ajinomoto/ajinobasikal/masako atau yg sewaktu dengannya..

11. Uli.. gaul.. buat la apa cara pun.. nak silat ke kuntau ke apa mak nenek teknik asalkan hasilnya sebati.. okey puan-puan..
12. Pastu.. amik loyang atau owang kedah cakap pelengat atau periuk yg boleh diguna utk mengukus.. sapukan minyak masak skit utk elakkan berlakunya tragedi melekat di sana sini.
Ingat tau buh minyak masak.. bukan minyak gamat pulak ya.. hihi gurau je.
13. Sediakan pengukus..
- kukus 25 - 30 minit.
- matikan api
- biarkan sejuk
15. Potonglah ikut suka hati uolss.. nak bentuk bintang ke bentuk doraemon ke.. suka suka uolss la.. sis xmo nak susah2 diri.. sis potong macam kat dalam gambo tu je.. senang!
16. Bahan salutan : ini versi krup2 bukan yg tempura tu.. next time sis akan tunjuk cara buat salutan tempura pulak ya.. insha Allah.
- campuran tepung : t.gandum 2 sudu makan + t.beras 1 sudu makan
- telor ayam
- serbuk roti /bread crumb
17. Kacau telor.. masukkan potongan ayam yg kita kukus tadi dlm telor..
18. Pastu masukkan kat tepung pulak ya puan-puan.
19. Sekali lagi kasi masuk itu ayam masuk ke dalam itu telor satu kali lagi... ammakkkk
20. Now.. masukkan kat serbuk roti.. golek2.. gelek2 ala2 disko dangdut sampai semua serbuk roti menyaluti penuh ayam tu.. tepuk2 manja biar padat hokeyyy..
. Sedia utk disimpan... masuk dalam esbok kat bahagian beku semalaman.

Tiada ulasan: