cinta hati mama

cinta hati mama

Rabu, 29 Jun 2011

arisya pakai celak~makcik pengasuh pakaikan~







masakan hari ini ~28/6/11~

kari ayam campur ubi kentang

sayur kacang panjang+sotong dan isi ayam

telur dadar

ini aje masak hari ne..

ini bubur arisya taruk isi ayam sayur kacang panjang tadi....

besday kak adridiana semalam ~27/6/11~

semalam genap lah kak adridiana 10 tahun..rancangan nak makan KFC,tanya diana dia nak makan MD..so dekat sangat dengan rumah...siap bawa kek sekali...ingat nak potong kat MD lah..rupanya ramai lah pulak.....makan2...lepas tu ... papa cakap potong kek kat rumah aje lah..si arisya pun tak duduk diam...tak nak duduk dalam kerusi beby tu...dia nak kuar..bila kuar tangan tu asyik capai sos cili...tak tenteram makan.....penyudahnya....makan cepat2 dan balik...kalu tahu...taupau aje...makan kat rumah..apa2 pun...harap kak diana puas hati...coz tahun ne tak buat besday dia ajak2..kawan2....

kek coklat tempah kat siti nor... cantik dan sedap...(puas hati)





aqil jelos ingat besday dia.....


pun sebuk nak potong kek dengankak diana

aqil suapkan kak diana

kak lah suap kat adik...

papa lak suap kak diana


hampir sebelah...tu pun aqil nak lagi...

ne aje pic kat MD....sikit...arisya duk tak tahu diam.....




Isnin, 27 Jun 2011

~selamat hari tua kak Adridiana~






hari ini happy birthday NUR ADRIDIANA 10TH~27/6/11~ SYUKUR ALHAMDULILAH......mama nak ucap 'SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT ANAK MAMA NUR ADRIDIANA...SEMOGA MEMBESAR SEBAGAI ANAK YANG BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT....AMIN......

"saya"

                                         nak  join klick ;sini

"saya"

2 in 1

selepas gi rumah org kawin rumah yazid..ita dan family terus balik kg hubby...tengok mak mertua ku dihospital seremban..biasa sangat dah mak mertua ku ini keluar  masuk hospital,biasa hospital PD aje..kali ne hospital seremban coz agak teruk kaki mak..jari anak kaki kanan terpaksa di potong dan tapak kaki di korek untuk di buang nanak dan ulat2...dan mak juga terpaksa menjalani cuci buah pingang dengan memasukan air yang banyak...(keadah rawatan air di masukan berbeg2)....

selain itu juga ..anak buah (kak ipar nya anak)si kudin ne..kepala dia bengkak2..dan menanah..bengkak sampai ke dahi..bila tekan..lambat naik nya...ita ckp kak lang bawa gi hospital..dia ckp dah bawa dan doktor bagi ubat cuci dan krim aje..ita ckp bawa gi hospital sereban aje..coz ada doktor pakar..ita risau coz kat kepala..kalu kat kaki ke tangan tak pa lah gak...sekarang kena tahan wad si kudin ne..doktor nak buat rawatan lanjut..tunggu keputusan darah....

so sekarang 2 in 1.mak dan kudin dalam hospital yang sama di hospital seremban..harap ke 2nya cepat sembuh...amin...

selamat pengantin baru yazid & syaza ~25/6/11~

pada hari sabtu 25/6/11 pergi ke ampang .kat dewan mpaj..perkahwinan yazid(dulu pretikel kat BTM di zaman LAN)......pergi bersama family ita..sampai sana..cari2 gak geng...tak ada pun...lepas makan baru jumpa zila dan family...so pic tak ada...hp papa dah jahanam oleh anak tersayang balqis arisya..tapi pakai cemera zila kalu dia bagi ada..ada lah...apa2 pun nak wish 'SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL BAHAGIA KE HUJUNG NYAWA "...aminnnnnnn...............nak cite sikit.....seronok gi rumah org kawin rumah yazid ne...1st time gift dia minyak wangi avon....dan telur....dan untuk budak2...belon mcm pasar malam tu...aqil spidermen...kak diana dan arisya katun pumpuan...(tak tahu nama apa)....

Jumaat, 24 Jun 2011

Bila Si Isteri Berblog.. Si Suami Dan Anak?






Haha...dengan setianya menunggu segmen ini...........

Apa yang si isteri kena tulis ? cuba ceritakan bagaimana anda meluangkan masa di rumah .. Yelah , camana nak habiskan masa dengan anak anak , suami pastu blog

Actually........  ita biasa bangun awal pagi coz memasak untuk anak ita balik sekolah,walaupun duduk dengan pengasuh ita akan suruh anak makan dulu baru gi rumah pengasuh,sambil masak sempat gak berblog ne...kat opis biasa masuk awal ita start keja kul 8.30pagi...datang awal terus duduk depan pc...biasa dah sarapan dekat rumah..kekadang sarapan dengan hubby....hubby keja seberang jalan aje......(dekat sagatttt)....so hari2 sama ada sarapan,atau time lunch mesti bersama2...kalu hari minggu...sabtu atau ahad(salah satu ne hari ne)... ita dan hubby pasti bawa anak2 kuar jejalan...kalu bergaji..tempat2 yang best sikit lah...kalu hujung bulan tetap keluar ...tapi tempat biasa2 aje lah..kasihan kat anak2...duk rumah pengasuh bila time berkerja, petang baru ambil...jarang keluar....bila ari sabtu atau ahad.. baru bawa jejalan lah..hubby lak rajin layan PS2 sama ada games bola,kereta main dengan anak2..ita tak minat main games...so layan blog atau FB.....lagi pun hubby ita ne minat sangat tengok sukan..sama kat astro,atau dia akan gi ke dataran merdeka tengok skrin besar..baru puas..... ita just tengok perkembangan cerita blogger lain...blog ita pun sempoi aje...tulis lebih kurang banyak gambar lah..biar gambar bercerita lah..seronok sikit tengok gambar ne..kekakadang anak pun suka..bila ada gambar dia org..kat blog mama dia..ita ckp nanti bila besar boleh tengok diary mama ne..kak diana(anak yg sulung) rajin gak buka blog mama ne.. tapi hari minggu jarang sesangat...kekadang anak nak gunakan komputer gak...so bagi lah peluang ..kat..anak..


Takut Hubby merajuk sebab lama sangat, ita pon, ceeeyy mengayat la sikit kan. ita cakap 'abang nak check FB ke?'. biasa kat rumah ita jarang ..biasa kat opis..time free...pagi atau time rehat.......hubby kekadang marah asiyik ambil pic masuk blog....ita ckp macam diary lah..tapi tak cite semua..yg boleh kongsi aje lah..yg terlalu peribadi tak ada lah masuk blog...hubby pun relex..dan kena reda lah...ita suka blog  daripada Fb lagi....TQ abg love u....(untuk hubby lah tu..he..he)..kekadang dia baca gak blog bini dia ne......
Itu je la kisahnyer yang dapat dikongsikan bersama. Renung2 kan dan selamat beramal.

Rabu, 22 Jun 2011

arisya sekarang 1tahun 1bulan...22/6/11

ini adalah manja mama NUR BALQIS ARISYA..dah 1 tahun 1bulan...bukan main lasak..tak dul diam...ada aje keja dia...suka kacau abg aqil,buli abg aqil,tarik rambut,suka masuk bilik air...suka koyak buku,paling geram suka buang barang..ita duk ting 12,jahanam ke tak barang yg arisya baling dengan ketinggian itu...semalam dia baling botol susu dia,jenuh cari..dah botol susu tupperware..mahal tu..cepat-cepat suruh kak diana cari,ingat dah pecah..rupanya masih elok lagi..bagus betul botol susu ne...keta  abg aqil..jahanam lah...bederai..daripada ting 12....arisya2...cepat baran..mcm papa,merajuk...cerdik,pandai..paham cakap..suruh apa dia ikut..makna dia paham apa yg kita ckp...





Menjadi Pasangan Yang Baik

KURANG berkomunikasi, cemburu dan sikap tidak peduli menjadi antara sebab utama pasangan sering bertelingkah dan bermasam muka.Sudah tentu kebahagiaan tanpa sebarang pertelingkahan yang serius diidamkan setiap pasangan dan perpisahan adalah sesuatu yang patut dielakkan.Kadangkala individu tidak mempedulikan kekurangan diri dan tidak berusaha untuk mengubah diri demi memenuhi kepentingan perhubungan dan percintaan.Tidak perlu menyalahkan pasangan jika berlaku sebarang salah faham. Sebaliknya, cuba perbaiki diri agar tidak menyumbang kepada pertelagahan.



1 )Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.



2) Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.



3) Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.



4) Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata ‘sudah kahwin untuk apa romantik lagi’. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.



5) Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.



6. Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.



7) Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.



8) Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.



9) Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.



10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.


ita copy kawan nya blog...suka baca blog dia..banyak ilmu..walaupun ita dah kawin...masih dalam pembelajaraan lagi untuk memperbaiki kelemahan2 diri.....semoga ita menjadi pasangan yg baik untuk hubby tercinta...hingga ke hujung nyawa ita amin....

Isnin, 20 Jun 2011

masakan hari ini ~20/6/11~

rendang ayam+kacang panjang




in aje masakan hari ini...

selamat hari bapa 19/6/11

selamat hari bapa khas tu bapa-bapa sekelian dan bakal-bakal bapa,dan ita minta sama2 sedekahkan al-fatihah untuk arwah ayah ita osman bin abdullah tak lupa kepada arwah ayah mertua ita mohideen bin hj.jalal...al-fatihah... kepada hubby ita mohammad sharrul haizad ,terima kasih menjadi papa yang terbaik untuk anak-anak..alhamdulilah..semoga kasih sayang,perhatian abg kat sayang dan anak-anak sentiasa megar mengharum..hingga ke hujung nyawa amin....

SO KEPADA SESIAPA YANG MASIH ADA AYAH..JENGUK-JENGUK LAH DI KAMPUNG...KALU ADA PERSENGKETAAN..MAAF KAN LAH..DAN KITA SEBAGAI ANAK MENGALAH LAH...BILA DAH TIADA BARU TERASA...ITA SANGAT2 MERINDUI AYAH..DAN ITA SANGAT MANJA DENGAN ARWAH AYAH...

HARI BAPA ~selangor fm "BAPA KU IDOLA KU"~18 JUN 2011~AMCOP MALL

pada hari sabtu18/6/11...biasa sabtu atau ahad ita akan bawa anak2 jejalan...kebetulan sabtu tu ita ada nampak kemah kat amcop ajak lah hubby....dan anak2..rupanya ada family day..tak kan nak masuk family day jabatan org... so  ajak hubby gi lah amcop mall..sejuk sikit..kebetulan nampak lah ne..so duduk lah situ..nak tengok2 aje..lepas tu..penyampai selangor fm ne..ambil arisya...dan bergambar dengan arisya..dan mereka suruh join pertandingan..tanya hubby dulu..coz hubby ita ne pemalu sikit...so hubby pun setuju...ini untuk hari bapa..so anak dan bapa aje lah...acara kemuncak semua bapa2 potong pulut kuning...dapat lah makan pulut kuning dan rendang daging..dan penyampaian hadiah ucapan kat radio selangor fm..ne hadiah best lah dapat tv yg nipis tu..dan barang elektrik..seramai 4 org ..tu dalam radio..dan perserta datang ambil hadiah..semua remaja2..muda belia..taniah lah...ita tak pernah dengar pun selangor fm..so banyak hadiah terlepas..penganjur tanya soalan tentang selangor fm lah,segmen apa2,siapa penyampai..comform tak tahu,,,he,,he..janji anak2 terhibur..dan dapat hadiah...siapa nak bagi ya tak...yang best nya kak diana sudah berani tampil ke hadapan..dan sudi join ..dulu tak mahu..dia malu sekarang berani sedilit..syabas kak diana...


aqil pun join gak..mula2 tak bagi coz dia kecil..tapi penganjur suruh aje masuk..tak bagi hadiah pun..kasihan kat aqil...

ini perserta terakhir...

ini kak menang rebut kerusi muzik......

n 1 aje..dapat peper beg tu..no 2dan 3 dapat air 100plus aje..

ini papa lak main....papa tak reti nak berebut..org tua2...semua bapa lah tu...biasa papa ne pemalu..ita suruh aje join..seronok2..dengan anak2...baru nak...


ini masukan pertandingan PASANGAN SERASI untuk kak diana dan papa..dimana akan di tanya soalan kat anak2..pasal papa....so anak akan jawap...dalam tulisan...mcm,papa suka makan apa?.perkerjaan papa?,saiz kasut papa?,hobi papa?,sukan Papa? dan macam2 lagi lah...


ni artis haziq...bagus lah dia ne..nanyi pun best...



ini kak diana yang sudah agak berani..naik ke pentas buat ucapan selamat hari bapa kat papa dia...so dapat lah paper bag dan air 100 plus lagi...

ini arisya yg menjadi perhatian penyampai2 selangor fm..dia org suka dan pinjam arisya bergambar...


ini semua yang mejoriti kak diana yg dapat...papa dapat air 100 plus satu..main kerusi musik(kalah)..dan madu untuk tempat ke2 serasi bersama kak diana(anak)...







ini lah hadiah tempat ke 2 ,papa dan kak diana menang pasagan serasi.markah sama dengan tempat pertama..penganjur menanyakan soalan kat diana siapakah perdana menteri yg pertama?..lagi pun yg menang tu budak besar dah sekolah menengah...apa2 taniah kat papa dan diana....

ini letak dalam kereta 


 3 manja mama