Followers

Jumaat, 30 Disember 2011

masakan hari ini~30/12/11~

hari buat sup ayam+ubi kentang(aqil dan arisya suka),ikan caru sumbat sambal,ikan masin...dan sambal tempoyak semalam nya....hubby tak keja hari ni...nak beli buku sekolah kak diana...




gambar lama~1 Family~

ida ada scan..terus ita minta ida e-melkan,masa ini ita sekolah menengah rasanya,dalam gambar ne ada 2 insan tersayang yang dah meninggalkan ita selama-lamanya iaitu arwah ayah dan abang ke 2 ita,shafie(di sebelah ita)..bila tengok teringat kembali kenangan pahit manis bersama..sekarang tinggal mak dan adik lelaki aje dikampung,dan along di kampung isterinya di Kedah,ita dan ida di K.L dan kerja di opis yg sama,cuma berlainan tingkat aje... Al-fatihah buat ayah ita dan abg ita ya.....tq

Khamis, 29 Disember 2011

masakan hari ini~29/12/11~

ini masakan hari ini,teringin makan kari sardincampur kentang dan bendi,lepas tu buat ayam goreng,ikan masin dan sambal tempoyak.(kak yana tumbukkan..Tq kak diana)..





Rabu, 28 Disember 2011

WordLess WednesdaY~Arisya pakai Tudung~

tudung ne ida bagi,buat pakai raya tahun depan..tema tahun depat insyallah oren...






Selasa, 27 Disember 2011

masakan hari ini~27/12/11~

lama rasanya tak masukan pic masakan,dah boring tak tahu nak masak apa,hari ne buat paprit ayam,tapi ita bagi goreng sikit ayamnya dulu,sup petola campur kentang,ikan caru goreng ,dan kentang + isi ayam goreng  untuk aqilnya lauk,itu aje masak hari ne...


                                                   buat paprit ayam goreng,
                                                        sup sayur petola+kentang
                                       

coretan kampung....

Jumaat malam 23/12.....
hantar mak mertua balik PD,sampai dalam masa pukul 9.40malam...lepak sekejap terus balik melaka,ikut jalan kampung,masa ne hubby senyap aje...mesti ada benda ne...biasa bila balik kg memalam hubby selalu terkena,ada hantu perempuan naik motor dia lah,masa balik kg PD lah,lepas tu hubby mengelak ,dia kata ada org tido kat jalan raya lah,dan macam-macam lagi... sampai kat melaka dekat nak pukul 11 lebih...bila pagi ita tanya..dia cakap masa balik tu..dia nampak satu pokok ne bergoyang terlampau kuat,sedangkan yg lain tak bergoyang langsung dan tak ada angin,dan hubby dan seram masa tu..tapi hubby etap suka perjalanan malam...kata sejuk dan damai...

sabtu 24/12
pergi ke hospital Melaka,Nenek Kalsom(nenek saudara) dah dekat 1 minggu,masuk darah banyak,badan semua jadi lebam-lebam dan doktor mengesahkan kena lukimia,dah tua dah,umur 80 tahun, kenal ita dan hubby,doktor cakap nak buat kimo tapi dah tua,tak larat nanti....dan kena strok nampak mcm mulut sedikit herot dan percakapan tak berapa paham..semoga nenek cepat sembuh,dan satu nenek lagi buat pembedahan ke dua-dua mata,ada selaput,harap nenek pun cepat sembuh...

ahad 25/12...
beli barang sekolah yana kat ten-ten...geram gak dengan ten-ten ne..bila dah sampai rumah resit dan harga tak sama,dekat ..nak gi balik malas lah...petang kutip buah rambutan nak bawa balik K.l

Isnin 26/12...
pukul 10 ,nak balik K.l..lepas makan nasi..emak pepagi dah masak,lauk kari daging,ikan tengiri goreng,dan sambal belacan,sedapnya.....terima kasih mak...nak cite sepanjang di kampung hari-hari hujan....so aktiviti tak banyak...

Sabtu, 24 Disember 2011

Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung


Assalammualaikum,

 ita nak balik kampung lepas balik keja petang nanti.. nak hantar mak mertua  dan adik ipar di PD,dan terus balik melaka,nak jenguk mak ita di kampung,maklumlah cuti panjang,cuti hari natal,sampai hari isnin...sama-sama lah kita selalu tengok mak atau family kita di kampung....hubby ita yg  cakap sementara mereka masih ada..so di sini nak syer sikit info biro agama opis ita e-melkan ,sama-sama lah kita musabah diri.....

Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini, dalam zaman Facebook dan Twitter, ramai remaja sudah menjadikan kawan sebagai sumber rujukan dan ikutan.

Ibu bapa dibiarkan sekadar diberitahu apabila dalam kesusahan yang sudah tiada jalan keluar. Bila senang & merasa gembira, mereka dilupakan. Hal ini kadang-kadang menjadikan ibu bapa kesepian dan ketagihan kasih sayang daripada anak-anak.

Mengimbau kembali sebuah hakikat dalam kehidupan insan bernama manusia, kita kadang-kadang lebih berterima kasih kepada orang yang kurang berjasa berbanding orang yang terlampau berjasa dalam kehidupan kita terutamanya ibu dan bapa kita. Tanpa mereka, siapalah kita. Kalau tak kerana pelaburan berjuta-juta dan tak ternilai mereka, tiadalah kita sebesar-besar manusia hari ini.

Tapi alangkah malangnya, pada hari ini, kita sebagai anak yang dikatakan kononnya ingin membalas jasa dan mengenang budi ini sering kali melupakan dan tidak selalu memikirkan pengorbanan dan kesusahan mereka dalam membesarkan kita.

Contoh paling jelas ialah, kalau kawan kita tolong sikit je, terus kita kenang. Dalam hati siap kata terharu la, puji la kawan kita ni bagus. Seterusnya, kalau kawan belanja roti canai dan teh tarik je pun, dah dalam hati kite berbunga puji kawan kita. Siap kata kaulah sahabat yang baik, nak kenang sampai akhir hayat lagi. Padahal ibu bapa kita berbelanja lebih besar lagi untuk memberikan keselesaan kepada kita, langsung kita tak terlintas dan pandang remeh je.
Cube ingat kembali, bagaimana bila mak kita tolong kejutkan kita bangun pagi waktu nak pergi sekolah masa kecil-kecil dahulu, mak kita masakkan makanan untuk kenyangkan perut kita tanpa membiarkan kita berlapar dan dahaga, mak kita bangun malam ketika kita menangis, mak kita mengandungkan kita 9 BULAN, langsung kita lupakan dan ingat pun sekadar ambil syarat sahaja, tak ubah seperti melepaskan batuk di tangga.

Itu tidak termasuk lagi pengorbanan seorang bapa memerah keringat untuk mencari sesuap rezeki bagi membesarkan anak-anak harapan keluarga, kelak menjadi penaung kepada negara.
Jadi dalam keadaan bertenang dan kalau boleh sebelum kita tidur, cuba renung sejenak, apa yang kita dah buat untuk kedua-dua ibu bapa kita. Cukup sayangkah kita kepada mereka? Mampukah kita menjaga mereka di kala mereka berdua sudah tua nanti? Adakah sama dengan cara mereka menjaga kita? lebih baikkah? atau sebaliknya?

Usah kata kita sibuk dan tidak ada masa untuk mereka, kerana semua itu adalah alasan orang yang malas untuk berusaha. Usah kata budak baik boleh la buat baik, aku ni budak jahat, macam mana nak buat baik kat kedua ibu bapa aku tu. Alah cakap senang la, ko ingat senang ke nak buat? Kalau banyak sangat alasan, kita takkan ke mana-mana. Hanya orang yang mahu berubahlah sahaja akan terus menjadi lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Bukan sampai kita kene jadi ulama baru kita nak buat baik, biarlah kite berubah sedikit demi sedikit, yang penting berterusan.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuaanya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

Kalau rase susah sangat, ingatlah hakikat kesusahan yang sebenar adalah hakikat perjuangan Rasulullah menyebarkan Islam ini kepada kita untuk dihayati dan dijadikan sebagai JALAN HIDUP serta bukannya sekadar tertulis di atas kad pengenalan kita.

Akhir kalam, moga kita renung-renungkan jasa baik kedua-dua ibu bapa kita. Berubahlah untuk pelaburan yang baik di negara akhirat sana sebelum kedua-duanya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Buat mereka yang sudah kehilangan salah seorang mahupun keduanya, kirimkanlah pahala menerusi 3 cara:
1) Sedekah jariah untuk mereka
2) Berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah
3) Amakan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang diajarkan oleh mereka mahupun yang pernah digalakkan oleh mereka.
Mudah-mudahan, kita mendapat keberkatan daripada Allah dan sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan bertakwa.

Renung-renungkan dan selamat beramal.


BIRO AGAMA  

Khamis, 22 Disember 2011

ombak rindu.....

semalam pergi tengok wayang filim ini ,ombak rindu,ita dapat tiket FREE, bos kat opis Pn.Annurul Asyiqin kasi...terima kasih ya..dapat 2 tiket..ita gi tengok dengan hubby kat Mid Velly semalam pulul 9.20 malam...lama tak gi tengok...so ambil lah peluang ini.. berdua-duaan memandangkan mak mertua dan adik ipar ada di rumah.. boleh jaga anak-anak...nak bawa anak-anak sekali mahu huru-hara dalam panggung wayang.hubby yg terlebih sebenarnya..ari-ari tanya ada tak cite ne..suruh ita download...so bila dapat tiket ne..lagi best lah kan...best lah cite ne..agak touching..siap menaggis-menaggis ita....dan yg best happy endingnya... hubby ita cakap tadi best cite n...dia bagi 4 bintang...siap cakap kena download ne...dia suka....baru ne ita tahu hubby ita mat bunga gak..patut lah aqil sama gak..hubby cakap...dia paling tak tahan pasal bab2 cinta ne..kalu kematian tak sedih sanggat..ita pun pelik gak...Terima kasih sekali lagi kat bos,kalu ada lagi boleh lah bagi..he..he..siapa tak nak kan..... free...

arisya sekarang...

lama rasa tak masukkan pic arisya....ari ne arisya dah 1tahun 7 bulan...sekejap aje lah kan...banyak yg boleh cakap...sekarang mak mertua dan adik ipar ada..hari-hari ada aje benda baru yg arisya pandai buat alham dulilah..syukur..






                             sila abaikan net kat kepala tu...tu net bungkus limau kecil-kecil tu..papa tak ada keja




Rabu, 21 Disember 2011

" Story Aku & Lagu "


Assalamualaikum..
hai hai, jumpa lagi kita dalam aktiviti di GENG fiQ'Ra.. tapi aktiviti ke 5 sudah.. diam tak diam sekejap jer masa berlalu.. hehe.. jom kita tengok apa yang ada dalam aktiviti ke 5 ni ^_______^...ne baru yg ke 2 ..kak ita join...yg lepas tak berkesempatan....



3) beritahu 1 sahaja lagu yang memberi maksud yang mendalam dalam hidup awak..

LAGU:DATO SITI ~AKU CINTA PADAMU~cerita agak-agak sedih ya...

Aku Cinta Pada Mu

Artist: Siti Nurhaliza
Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andai ku curah rasa hati
Mungkin kini ku tenang di samping mu

Belum puas ku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai
Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku

Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya

Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi


cerita agak-agak sedih ya...
Lagu ne kawan lama ke /nak cakap pakwa ke? syok sendiri ke?,tak tahulah... coz ita suka sangat dengan lelaki  ne ...,berkenalan dan cepat mesra(coz dia baik,caring,penyayang.).bila dia call,.....mesti dia akan cakap dia tujukan  lagu ini kat ita...lelaki ne permalu sesanggat..sering kali menjadi tanda tanya,suka kat ita ke?...masa dulu ita agak ganas lah ala-ala tomboy...tak pernah bercinta.....bila ada masalah mesti cari dan bercerita,susah ...senang ..bersama beliau...balik kg jumpa family dia bersama adik..sampai mak dia cakap.. tak pernah bawa balik perempuan..tapi bila bersama arwah..dia biasa bercerita pasal awek2..dan ex..so...keliru sesanggat..pada satu hari raya dapat panggilan tel ,dia cakap..abang  nak balik k.l ne...biasa dia akan call ita selalu....masa tu hari raya..ita cakap bawa motor hati-hati,tapi hati tak sedap...sekejap tu dapat panggilan daripada anak saudaranya..cakap kemalangan motor,sekejap tu dapat call lagi kata dah meninggal...bagai nak gila...menaggis daripada K.l (naik bus)..ke melaka.....bila tengok jenazah..baru percaya..tengok muka  arwah ..senyum aje..tak ada kesan luka pun...sehingga kini ita tak pernah lupa kenangan bersama beliau...hingga kini  juga hubungan dengan family dia ..ada gak jengah2..mak dia ..pasti menaggis bila bersalaman dan peluk...sedih..mcm ada kena mengena aje dengan lagu yg arwah tuju,sekarang kalu dengar perasan jadi  sedih lah...sedekahkan al-fatihah ya kekawan...

just sharing info....hati-hati fast food ok...


Isnin, 19 Disember 2011

hari kanak-kanak MQA~Upin dan Ipin~16/12/11~

Pada Hari Jumaat lepas 16/12/11,ada hari kanak-kanak di MQA,ne 1st time buat,huru hara gak lah..bila masa upin dan ipin masuk.....semua nak bergambar. sangat teruja lah kan.....anak-anak,dan ibu bapa  juga,tak kurang juga yg bujang-bujang,seronok lah bebudak dapat jumpa upin dan ipin, .....tapi tidak bagi aqil ya..aqil takut sanggat..ita puas pujuk..tak mahu juga.....bergambar...aqil cakap kenapa upin dan ipin tu besar sanggat...arisya agak-agak berani sikit lah...kak diana menang no.3 peraduan merwarna.perserta ketogori 3(umur 10-12tahun) 3org aje,sah-sah dapat hadiah kan...dapat set alat tulis dan baucer MPH BOOKSTORES bernilai Rm 20.semua yang menyertai dapat hadiah...aqil tak masuk,tak cukup umur...saja aje bagi anak-anak seronok...harap tahun depat ada lagi aktiviti macam ne...terima kasih kepada urus setia....





                                              tengok ramainya..ne ada lagi...
                                             kak diana sampai terbaring-baring mewarna...
                                            aqil pun sebuk juga mewarna bersama anak En.Kamarul
                                                    kak diana ambil hadiah dengan Pn.Norlida

                                                              ini hadiahnya...


                                                bergambar bersama upin dan ipin..
                                              gelagat arisya yg tak reti duduk diam


                                                 aqil dan dania(anak buah ita)
                                               aqil bersama dengan anak ania(irin sabarina)..comel irin ne sabaya aqil...


bagi Majlis Semurni Hati Seindah Budi TKPE (JK)

ne majlis persaraan Prof.Zita,pada hari jumaat lepas,sayang dengan bos ne...baik...semua nya lah bos TERBAIKKKKKKKKK..mula-mula agak sedih bila,dato CEO cakap sambung lagi,terus tak jadi sedih.....harap pn.zita terus berkhidmat dengan MQA..

Jumaat, 16 Disember 2011

hari yg bezy neeee...

pagi;nak setel kan kerja-kerja coz esok dah cuti...yg pentingnya dah siapkan alhamdulilah..mula agak risau..nasib baik setel.....

tengahari;pukul 11 tadi,ada majlis perpisaan bos no 2..prof. zita,mula-mula bawa tisu,dengar berita gembira beliau sambung lagi terus tak jadi menanggis..bos yg best,spoting,semua lah...terbaik.....

pukul 1, ne nak balik rumah(bangsar) ambil anak,coz opis adakan hari kanak-kanak,pepagi tak boleh bawa kan huru-haru jadi nya.ada upin ipin..tu yg seronok tu...kita tengok lah nanti ya...

petang kang...ada upin dan ipin...so tak buat keja lah kan..apa-apa pun..pic nanti up-uplod...bos2 banyak yg pergi PD.( ada kursus)kekawan minta maaf lah tak sempat nak jejalan ke blog kekawan..bila free insayallah...

Khamis, 15 Disember 2011

masakan hari ini~15/12/11~

                                                 kari ayam+ ubi kentang
                                                  sambal tompoyak

                                            sayur kacang panjang +daging ayam cincang dan telur yg dihancurkan,ikan selar kuning goreng,ikan gelama masin goreng.ini aje masak pagi tadi

akhirnya .....dapat gak.......

Akhirnya ..dapat gak baju free ne,mula-mula tengok kawan opis shah e-mel anak nya izz pakai baju ne..berkenan lah pulak....beli drypers dapat baju..ita memang guna jenama ne pun,tahan lah kalu belah  malam tu 1 kali aje tukar...kalu jenama lain 2 ke 3 keping ,arisya kuat kencing...so masa tu ita kursus,hubby gi lah beli kat pasar raya jual peck yg kecil yg  saiz M 54keping aje yg ada baju ne,sekarang  M 84 keping ada,cuba nak kumpulkan lagi 2,kalu ada lagi...



Rabu, 14 Disember 2011

WordLess WednesdaY~dua alam~

ne tak ada keja hubby dan adik dia tasya buat kak kudin(anak saudara) masa mandi laut kat pd...hubby cakap Dua alam...