Followers

Jumaat, 30 Mac 2012

masakan hari ini ~30/3/12~

lama tak cite pasal masakan..he..masak biasa-biasa aje..buat kari sardin tin bersama  kentang,ita dan kak diana memang suka makan sardin tak kira wat kari,sambal  ke.....ne teringin nak makan so masak lah...kari sardin,ayam goreng dan kacang boncis goreng..itu aje masak di pagi hari..




sago gula melaka.~30/3/11~

semalam hubby suruh buat sago...ita sebenarnya malas..kat opis pun  hana siap nak bagi duit suruh buat ..ita ckp pun  malas...di sebabkan hubby kata nak bantu so buat lah....ini sago gula melaka yang kami 1 family buat semalam(semua membantu hubby,tasya dan kak diana)..banyak kan...hubby.bawa  kat bank,ita bawa opis sikit ,tasya pun dan kak diana bawa gi sekolah juga..yang ita buat jumlah yg banyak ya...kalu tak ramai sago Rm 1,tu dah banyak dah...

Bahan-bahanya  senang nak cari...
~sago1 setengah kilo(direndam 1/2 jam kemudian di tuskan ,didikan air panas dan kacau sampai putih jernih bubuh daun pandan juga.-bagi wangi dan harumkan...
~2 kg pati santan(dimasakan bersama daun pandan dan sedikit garam-sentiasa kacau dan  tambah sikit air dan tapis juga.)
~1kg gula pasir
rm 5 gula melaka(dimasak bersama gula pasir dan daun pandanbagi pekat-pekat ya..)kemudian ditapis.
  
bagi sejuk baru sedap di makan,pastikan gula melaka +gula pasir tu pekat dan santan pun jangan cair baru nak makan baru bubuh ceduk sago bubuh gula dan santan sekali  baru makan...baru best...




baby tua

semalam terkial-kial cari pic arisya yg agak-agak ceria (TQ shah susah-susah ambil pic kat langkawi)..... arisya susah senyum..saja suka-suka....menang alhamdulilah lah kan...kat opis ,kali ne biro cafe memang best lah..mcm-macam ada...yan selaku bosnya..suruh kak ita masuk...coz kak ita ada beli barang kat cafe..kak ita cakap mana ada beby...beby kak ita dah tua dah.....dah nak masuk 2tahun si arisya ne...yan kata boleh masuk coz ada 2 ketogori..satu untuk beby sampai 12 bulan,lagi satu 13-24 bulan(hingga 2th lah)..so pic ne di pertaruhkan...ceria ke?????..entahlah..biar juri yg menentukan....



PERTANDINGAN BAYI CERIA D'CAFE
Sudahkah anda menghantar penyertaan? Jangan lupa, tarikh akhirpenghantaran adalah pada 30 Mac 2012 bersamaan hari jumaat!

Dapatkan borang dengan pembelian RM 10.00 sahaja!
Hadiah lumayan menanti anda!! - anjuran biro cafe/kkmqa

Ini copy  kat blog nor(minta izin ya)....

Jumaat, 23 Mac 2012

menyepi pada esok pagi 23/3/12 -25/3/12

Asaslamuaikum rakan-rakan sekelian...

Mulai esok  23/3/12-hari isnin 25/3/12 blog ita akan menyepikan diri(ada org kesah ke tak...)..saja aje bagi tahu..esok puspanita MQA mengadakan lawatan sambil belajar ke Langkawi(dah tua ada lg istilah lawatan mcm ne...)rasanya kena tukar kot.....lawatan menhabiskan duit poket...saja aje..dah semua nya free...dah banyak kali dah gi..kali ne bawa si arisya(anak ita yg kecil)....semoga segalanya berjalan dengan lancar...sori juga kat kekawn ..agak bezy tak sempat nak jengah blog kekawan.....bila free-free ita datang lah..ok..

Selasa, 20 Mac 2012

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger




asalamuaikum...jom join....

dalam satu segmen khas from BLOGGER WANITA.
klick tulisan merah tu ya...



khas untuk 100 yang terawal

  sesiapa terasa nak join

mana tahu ada rezeki


p/s:   kalau Allah bagi rezeki ALHAMDULILAH....AMIN... 

100 tahun NESTLE' disisimu~Dataran Merdeka ~18/3/12~

Pada hari Ahad ajak hubby gi Dataran Merdeka ada 100 tahun NESTLE' disisimu..ingat ada jualan barangan dia..murah-murah ke?..hubby cakap tak payah gi lah dah ujung-ujung bulan..ita cakap jom aje lah gi..cuci-cuci mata..bawa anak-anak...bila pergi dalam pukul 3 lebih...rupa-rupa ... NESTLE ne bagi aje barangan dia...tapi kena join lah games ke..apa-apa lah..seronok lah anak-anak dan maksu tasya...dan hubby juga...sampai tak cukup tangan nak bawa barang..memula tengok kat maggi..ada contest memasak  ..tak masuk..sementara tu dia org buat tarian poco-poco..dapat maggi...lepas tu ada foto untuk arisya.ambil gambar..dan bermacam-macam lagi..belah malam ada konsert..artis-artis power tu..antaranya ...anuar zain,seila majid,yuna,miss nina dan macam-macam lagi....ita kul 6 dah balik..pulul 8 malam hubby dan adik dia maksu tasya aje yg pergi tengok konsert..ita malas ..lagi pun kak diana nak sekolah....tapi seronok lah barang FREE sapa tak nak....ingat ramai yg tak tahu kot..mcm tak ramai aje..yg paling ita seronok berjumpa kawan sekolah menengah Rodiah..sebak pun ada...punyalah lama....


                                        anak-anak dengan izani (juara Masterchef)..


                                              anak-anak dan maksu tasya poco-poco dengan Izani...
                                            sesi foto arisya...
                                               
                                          kawan sekolah rodiah
                                          ini yg kita org dapat bnyak kan free ya..bukan beli..baju 6helai,topi pun.,maggi, perencah tomyam kuib,koko krunch 7kotak,bliss,milo tin,cd 2 keping bebynya..susu lacotogen.nestum,dan macam-macam lagi lah...

                                         


                                                   ini belah malam...tasya menyanyi lagu yuna bintang...
                                                               
                ini setem 60 sen edisi nestlenya....






Isnin, 19 Mac 2012

bowling..0...bowling...~17/3/11~

pada hari sabtu 17/3/11,biro sukan mengadakan pertandingan bowling di endah parade,kat sri kembangan,so ita ajak family ita pergi bagi sokongan kat kumpulan ita..(parang kontot)..siap pakai baju oren 1 family-(warna kg.parang kontot warna oren)...nak jadi cerita...ita kena main(mengelabah,takut..semua ada lah).......kerana permain sebenar  ada masalah (motor rosak di tepi jalan)....kelakar lah ..tak pernah main kena main..tq lah pada kekawan team parang kontot dan team lain juga bagi semangat dan tunjuk ajar kat ita yg tak reti main ne..sakit tangan sampai hari ne ....apa-apa pun team parang kontot wanita menang (johan)..dan team parang kontot lelaki tempat ke 3 ..rasanya lah...ita seronok pengalaman baru lah kan.....nanti nak main lagi lah..he..he..mcm best aje...



                                         
                                           


BESTNYA... TQ REEN (Pnstoberi)..

Tq reen..barang dah dapat...seronoknya...ita just komen ...(pnstoberi).hadiah  apa untuk besday hubby dia?..bagi cadangan tak sangka reen suka..dapat hadiah ne....

sori reen..ingat suka rupa cadangan akak tu sama ngan idea reen utk tahun ni. .
.sori lah ya...




Jumaat, 16 Mac 2012

Haram Halal Dalam Facebook


Assalammualaikum,

Begitu ramai dikalangan kita yang aktif dalam berfacebook. Namun kemungkinan kita tidak sedar sedang asyik selama ini berfacebook, rupanya dalam masa yang sama kita sedang bergulamang dengan Dosa-dosa dan Noda-noda hitam. Oleh itu, Artikel ini sebagai satu peringatan yang berguna, bersama-samalah kita semua sebagai orang Islam menghayatinya dan memahaminya.

Haram Halal Dalam Facebook

Terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, disertakan senaraikan 6 perkara, iaitu :-

1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.)  

Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekatsangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di Facebook. 

3)  Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
    
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian

‘BIRO AGAMA MQA’


Khamis, 15 Mac 2012

masakan 3 hari~13,14-15/3/12~

ini menu hari ne 15/3/12-sebenarnya dah tak tahu nak masak apa..taram aje..janji boleh makan,buat masak lemak pucuk manis bersama keledik,sambal udang dan ayam goreng...







ini menu semalam maksu suka makan ketam ita kurang sikit,ketam masak lemak cili api(agak pedas),kobis goreng dan ikan kisi goreng




ini menu 13/2/12~paginya buat sambal ikan bilis,sup sayur bersama isi ayam dan ayam goreng,ada terung goreng(1 biji  busuk..tu yg sikit tu 1 aje yg elok)..pada belah malamnya ita terbeli kentang banyak tak perasan ada lagi 1 beg,jadi ada 2beg,so buat lah mcm inti karipap tapi pakai kulit popia,yg buat nya comform hubby yg mengulungnya...ita dan dibantu oleh kak diana kupas kulit kentang dan potong dadu...simpan sikit bagi beku..pepagi goreng ,aqil dan arisya suka....