cinta hati mama

cinta hati mama

Sabtu, 30 Jun 2012

Puspanita JUMP SALE MQA~29/6/12~

ini jualan puapanita MQA  di dewan Utama ditingkat 12A,tolong kekawan aje jaga ....tak berapa ramai org sangat kali ne...penat juga...








Jumaat, 29 Jun 2012

Tazkirah~Mandi Wiladah dan nifas `


Mandi Wiladah dan nifas

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing

http://legehiyyah.blogspot.com/2008/12/mandi-wiladah-dan-nifas.html
Share this topic on Facebook
TQ Rusmini..bagi tahu ne..kak ita pun nak syer...kat sini..sanma-sama ilmu lan

Khamis, 28 Jun 2012

bola o bola 28/6/12

 pagi tadi ada perlawanan bola separuh akhir ,siaran langsung pukul 2.45 pagi kat astro PORTUGAL VS SPAIN...hubby harus lah tengok kan hantu sukan...pagi tadi si arisya boleh join sama tengok bola sama papanya...semua dah tido hubby kunci jam lah kan nak bangun pagi....arisya pun ikut bangun semyum tanya papa mana?..mama cakap papa tengok TV..terus gi luar..ingat dia tido dengan papanya kat depan tv..pagi tadi tanya hubby arisya tengok bola ke sambung tido..hubby kata tengok bola lah..hai..ada lah pengikut papa nya tengok bola....ita tak minat ...arisya memang anak papa....bola-bola bilah kau nak abis...susah ita nak kejut kat hubby dan anak di pagi hari...rasanya spain menang ke peringkat akhir ,menang penalti 4-2 dengan portugal.

masakan hari ini~28/6/12~

hari ini turn ita masak pulak...buntu nak masak apa..semalam maksu masak kari sotong dan ikan goreng..so hari ini ita masak ikan tengiri buat sambal..cendawan goreng bersama isi ayam dan telur mata masak kicap..itu aje masak pagi tadi..kak diana bawa roti ke sekolah...





Rabu, 27 Jun 2012

~WordLess WednesdaY~Aqil & Mama...

lama tak cite pasal aqil yg gendut ne kan...ambil pic ne masa gi kawin kawan opis ari tu,masam aje muka nya...muka ganas hati tetap ada taman bunga ya..sama aje lah..cakap sekarang agak leser sikit...








HAPPY BIRTHDAY NUR ADRIDIANA ~27/6/12~



HAPPY BIRTHDAY buat kak diana yg ke 11 tahun pejam celik rasa kejap aje masa berlalu.....kak diana anak yg paling mama sayang..coz mama banyak kongsi cerita susah senang bersama nya..buat lah apa pun...yana tetap di hati mama tau.. .mama sayang sesangat kat kakak,semoga kak diana menjadi lebih matang dan saling sayang menyangi adik-adik,dan menjadi kakak yg paling best ok.....mama nak kak ubah perangai dan jangan ikut kawan-kawan yg tak betul..mama tahu kak diana anak yg baik .....



Selasa, 26 Jun 2012

masakan hari ini ~26/6/12~

semenjak ita mengandung ne..selera kurang sikit..makan lauk org kampung aje..paling suka iikan bilis goreng aje..kelakar lah yg ne lain sikit..kalu sebelum ne si arisya suka makan kari aje...selalu makan kat zainol nasi kandar kat PJ ne gelemor lah ..sekarang selang seli dengan adik ipar, masak,isnin tasya,selasa ita,rabu tasya,kahmis ita,jumaat tasya,sabtu dan ahad ita..adil kot he..he..saja aje boring lah sendiri masak sendiri makan..so hari ne ita masak nasi goreng pataya (permintaan kak diana ).bawa bekal ke sekolah..pisang muda masak lemak cili api bubuh ikan bilis aje,sambal udang dan petai ,ikan kembung dan ikan masin..itu aje masak hari ne...





Mengandung dan jatuh.. 25/6/12

Mengandung dan jatuh,semalam nak jadi cerita ita jatuh.. kawan opis( nor)...semalam cakap 'kak ita ok ke?..nak gi hospital tak?...kalu mengandung mesti jatuh... sebenarnya semalam sambil minum susu bersama makan buah kurma..kerusi opis ne tetiba patah dan ita jatuh ke lantai opis ne..sakit lah juga...lepas tu tawakal aje lah..coz..beby belum bergerak lagi kan..malas nak gi cek kat kelinik...lepas tu ita ketawa lah..bila fikir betul pulak cite nor ne...semua anak yg ita mengandung mesti ita jatuh...masa mengandungkan yana..duk basuh bilik air..jatuh terduduk,aqil katil patah dan arisya kerusi jati kat rumah patah...kelakar lah jugaaa kan...tapi alhamdulilah anak-anak ok dalam kandungan...

Isnin, 25 Jun 2012

selamat pengantin baru Afizah & firdaus~23/6/12~

hari sabtu 23/6/12 pergi rumah kawan opis kawin kat kampung melayu subang..selamat pengantin baru fiza dan pasangan semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa...pergi dengan ida harus lah ida tahu jalan..ita tahu makan aje....diana dan maksu siap karoke lagi- 2 lagu...sementara tunggu pengantin lelaki sampai...




                                                     ne pengantin tua dah..malu sebenarnya..tapi nak juga...ita segan sikit
                                                      ini family kecil ita ne tak termasuk maksu tasya...

Jumaat, 22 Jun 2012

Tazkirah : Perkongsian Kata-Kata Dr.Fadilah Kamsah


22 JUN 2012
2 SYAABAN 1433H

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,  hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada  KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya  'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan  tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari  anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Sekian, Wassalam.



Rezeki arisya~20/6/12~

semalam lepas papa balik keja..suruh papa dan maksu bawa arisya ke klinik Dr.Nurul di bangsar,arisya demam dah 2 hari ,dah gi kelinik dah..tapi semalam kena cirit...so bawa lah..nak di jadi kan cerita kat klinik tu..arisya main aje lari sana-sini,tak nampak mcm org sakit pun..tapi doktor cakap air dalam badan ok...tapi doktor buat surat standby..kalu arisya tak nak minum terus bawa gi  hospital..masa hubby nak kuar dari pada klinik tu....ada sepasang suami isteri ke atau pakwa makwa..dah siap jumpa doktor dah terlebih dulu...panggil hubby sambil menhulurkan duit...cakap.".bang ambil lah duit ne buat belanja anak ne(arisya lah) ..Hubby cakap...tak pa..tak payah lah...hubby menolak lah..coz tak kenal pun...lepas tu org tu beria-ia,saya ikhlas ne bang...endak tak nak hubby pun ambil lah juga..nak tahu org tu bagi arisya Rm 50.banyak tu kan..dapat duit dari org yg tak dikenali...bila balik hubby cite..jadi touching ita..pun pelik juga sebenar ne..tak pernah jadi sebenarnya..tapi alhamdulilah lah rezeki untuk arisya..nanti nak masukkan dalam akaun bank arisya..semoga org yg bagi tu bertambah rezekinya...amin...

Khamis, 21 Jun 2012

kerang bulu

kekawan tahu tak nama kerang ne apa?..hubby ita beli dia cakap kerang bulu dan kerang mak dara..tergelak-gelak hubby ita tanya..tapi ini 1st time ita makan..sedap dan isi dia agak kenyal berbanding kerang besar yg jenis biasa tu...kerang ne memang ada bulu-bulu..sedap dan manis ...aqil,arisya dan maksu yg tak suka makan kerang boleh suka makan kerang ne...best rasanya..

cara ita rebus kerang sangat lah senang-
air panas 1/2 periuk-biar di mendidik sesangat
1 batang serai -ditumbuk sikit juga
3 ulas bawang putih-ditumbuk sikit aje-
garam secukup rasa...

bila air dah mendidik sesanggat baru masukan kerang terus tutup api...balik-balikkan siap...
jangan lama tak manis kerang tu..

Rabu, 20 Jun 2012

~WordLess WednesdaY~kuey teow laksa~

ini buat hari minggu..beli laksa kontot-kontot hubby tak suka yg kenyal-kenyal..penyudahnya makan dengan kuey teow halus-halus....entah apa lah rasanya...



Selasa, 19 Jun 2012

geram sampai menaggis

  ne cite hari ahad sebenarnya..kejadian malam..geram dengan anak yg sulung...ita bagi anak-anak tabung seorang satu...dapat duit siling ..biasa aqil dan arisya akan kutip atau mintak kat mamanya ne,papanya dan maksu..tabung aqil tabung buah belimbing..dah nak penuh berat...si arisya buah stroberi dan kak diana buah manggis(pilihan dia sendiri)-nak jadi cite..bila aqil dapat siling mesti suruh ita ambil atas rak-(agak tinggi aqil tak sampai walapun pakai kerusi... bila .ita ambil,ita rasa  ringan sangat..ita tanya kak ada ambil tak..dia marah lah cakap yana pulak..geramnya lah..tak mengaku..tak kan lah kita org yg ambil....bila ita cakap cakap bohong mama.bubuh cili api...terus dia mengaku....ita geram sangat..papa pun marah juga..tapi dia dah standyby kat pintu..takut kena pukul senang lari keluar....papa marah..lepas tu papa bangun nak ambil cili api terus dia lari keluar pergi tingkat 14..rumah kawan dia..rumah ita tingkat 12..ita buat bodoh aje..dah kak salah...lepas tu maksu gi pujuk..menanggis-menaggis takut ita pukul..ita dah lama sangat tak pukul..kalu pukul memang teruk..patah hangger baju tu.....lepas tu dia masuk...ita nasihatkan dia ..ita pun menaggis sama..ambil duit adik beli roti,ais belend,dan macam-macam lagi..ita ckp simpan duit sekolah..hari-hari bawa bekal makanan dan minuman,duit rm2.00,kekadang ita bagi rm1.00..petang diana tak sekolah...lauk dan nasi  dah masak.duit dia dalam tabung  abis di koreknya...selalu gi CC....ita pun tak tahu cara nak mendidik kak ne sebenarnya....putus asaaaa pun ada...cakap baik pun tak jalan..pukul lagi melampau..so mcm mana.....sekarang ne ita buat merajuk dekat kak..bagi dia rasa bersalah..semalam siap bagi barang...ada kempen apa kat sekolah..makan cara sihat..siap failnya..dan ada makanan dalam tin..siap bagi kat ita...ita buat tak tahu aje...sekarang buat baik lah dengan mamanya ne..picit lah...ita cakap ganti balik duit aqil...dan minta maaf juga...

Isnin, 18 Jun 2012

hari sabtu 16/6/12-yg bezy &Tahun Naga-ya ke...?

~hari sabtu pagi- hari yg agak bezy...hubby hantar anak-anak (aqil,yana )..dan 2 anak jiran berteman kan maksu gi mandi kolam renang di bangsar..seronok lah kan ...ita ,hubby dan arisya gi kelinik,tapi scan boleh buat petang-so gi opis ambil bag duit tinggal...lepak kejap

tengahari -gi dataran...TM ada even..tapi hari ahad....

balik rumah-relaks

PETANG  -gi scan nak tentu kan tarikh due-bila ita tahu mengandung ita akan scan awal nak tahu beby kembar atau 1 org dan scan tengok tarikh jangaan bersalin..biasa awal-awal selalu betul..tak lari jauh sangat...
doktor Nurul dina-tergelak...doktor cakap..saya suruh anita kurus..dah mengandung pulak...
       anita             - doktor rezeki doktor
DR.dina               - ne anak tahun Naga lagi ne..bulan satu..
     anita                - ya ke doktor?..tahun lain...
dr.dina                  -ya...
kelakar lah pulak..pernah melawak nak anak lahir tahun naga..saja aje sesuka....takada kena mengena tahun apa pun...tapi dr.dina ne cina masuk islam..dah gi haji pun dan pakai hijap..ita suka gi kelinik dia..best ..peramah dan baik sesangat...KLINIK MEDIVIRON,TELAWI  DI BANGSAR BARU-dekat dengan bangsar villay...bila scan doktor yg terlebih seronok..siap suruh hubby ambil pic pakai hp-hubby tak buat pun...mungkin doktor terlebih seronok agaknya...lama juga dia scan...saja.tengok beby gerak-gerak...jangkaan bersalin bulan januari nanti...

 lepas gi kelinik-gi pasar NSK SELAYANG
   -
MALAM- kul 9 mlm_buat cha kueh tow goreng dan lepak kat kedai buger ita,makan buger free lah..Tq makcik..balik kul 11 malam...

Ahad, 17 Jun 2012

SELAMAT HARI BAPA~18/6/12~

ita nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa dan bakal bapa.....terutamanya..terima kasih buat hubby merangkap papa buat anak-anak sayang..terima kasih kerana menjadi papa yg terbaik buat anak-anak kita.. syukur....alhamdililah..bagi ita yang  dah tak ada keduanya, sedih tau...bapa sendiri arwah ayah Osman bin Abdullah dan ayah mertua Mohideen bin Hj,Jalal,al-fatihah buat ayah berdua...ita tetap sayang kat ayah....(ayah mertua..ita kawin dah memang tak ada)..ita sangat manja dengan ayah berbanding dengan mak ya...mak garang.....so sesiapa yang masih mempunyai ayah tu..hargai lah mereka...dan ziarah lah mereka kat kampung tu.....kalu ada persengketaan lupa lah saja...buruk atau baik mereka tetap bapa kita dan beri lah peluang buat mereka...tanpa mereka kita tak lahir ke dunia ini...ok...

Khamis, 14 Jun 2012

hubby kaki pancing


hubby ita suka sangat memancing..ne hujung minggu hari tu gi dengan kekawan bank islamnya...gi malam jumaat balik hari ahad....ikan ita ckp tak payah bawa balik..bukan makan pun...ne kat mana entah tapi kat perak..duduk kat kelong.....







Rabu, 13 Jun 2012

~WordLess WednesdaY~Aqil tukang abiskan~bangkit cheese~

ita ada cerita  beli bangkit-cheese ne bawa balik kejap aje budak gendut ne abiskan...suka sangat dia...kat opis laku sesangat kak tu jual...




Isnin, 11 Jun 2012

GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger

                                   sapa nak join klick sini:mia duniaku
              baru boleh join izan..semua kekawan blogger yg kak ita kenal..semoga berjaya..FB susah sikit kak ita nak buka di opis ne...

Jumaat, 8 Jun 2012

cerita yg tak berapa nak gempak...he..he ~8/6/12~

semalam ita ada post dalam blog..semua kekawan bloger tertanya-tanya,ita nak syer kegembiraan ita kat sini...  ita dah mengandung anak ke 4,alhamdulilah..syukur atas rezeki ALLAH,yg paling seronok tentu lah papa....dia yg terlebih sebenarnya...bila tengok org mengandung ..hubby suka tengok perut org mengandung...ita tak tahu mengandung coz sintemnya lain kali ne... ita dah start diet ikut kawan opis buat cabaran langsing (CL) dah 2 minggu ....bila kurangkan makan jadi sakit sangat kepala..ingat jalan kaki..sekarang balik keja naik LRT sampai bangsar..balik aje..coz hubby balik lambat sangat pukul  8 malam... dah....ingat jalan tu lah yg sakit kepala..bayang kan dah senang naik keta dan motor ...tetiba kena naik LRT kan ke susah balik...so minggu lepas gi cek tekanan darah...ok aje..tak ada pun darah tinggi..doktor bagi ponstan 2 papan..gila banyak..takut lak nak makan..bagi ita selagi boleh tahan ita tahan..sebelum ne dah 2 kali cek test mengandung kat klinik ..tapi tak mengandung pun..kali ne mcm malas aje...itanya priod tak berapa nak betul..kekadang 1 bulan 2kali datang..semalam buat lagi..tengok-tengok positif..alhamdulilah..ita memang nak...ita suka anak ramai..tapi kewangan tu takut juga lah kan..tapi....tak pa lah setiap beby ada rezekinya...harap kekawan doakan yg terbaik untuk ita dan beby ne...jangka bersalin bulan januari nanti...kekawan kat opis pun tumpang seronok juga...walaupun anak ke 4,kali ne ita terasa nak makan asam..sebelum ne tak pernah pun nak makan asam...setiap kali ita mengandung dan bersalin..pengalaman tu semua berbeza...alhamdulah ALLAH bagi ita rasa pelbagai pengalaman yg lain-lain....syukur atas kurniannya...

Khamis, 7 Jun 2012

syukur alhamdulilah....~07/06/12~

hari ne hati berbunga riang..penuh dengan rasa cinta,di kasihi,di sayangi..seronoknya....terima kasih ALLAH,syukur alhamdulilah..terima kasih abg...love uuuuuuuu....

bangkit cheese~7/6/12~

kau orang pernah makan kueh ne..ita baru rasa tadi kawan opis bagi rasa..pehhhhhhhhh sedap terus oder ,dan terus dapat..terasa cheese nya..lain daripada yg lain...ne 50biji-..ita bukan tukang jual ya..ita tukang beli dan makan...

Selasa, 5 Jun 2012

rindunyaaaaaaa.....

sebenarnya tak lah cite apa..cuma rinduuuuuuuuuu sesangat kat si kak diana,pada hari sabtu ..masa balik kg hari tu..along dan family pun balik sama,kak ipar..kak mishah nak bawa diana dan dania(anak ida)..balik kedah..berat hati rasanya..tapi macam kak diana terlebih seronok nak ikut..ita bagi lah izin ikut..dah 4 hari dah..teringat kat diana..call pun macam nak menaggis aje..bila depan mata tu selalu marah kat dia..bila berjauhan ne rinduuuuuuuuu sesanggat kat diana..mama sayang sesangat kat kak lah..sedih lah pulak...

Isnin, 4 Jun 2012

selamat pengantin Baru Nadiah & Khairul~02/06/12`



kenduri nad ne di melaka 02/06/12 dekat dengan kampung ita.balik lah kampung tumpang keta ida,papa dan maksu bawa motor baru ...test jalan jauh....along pun balik dari kedah..kak diana dan anak ida ikut pak long balik kedah..ne.....apa-apa pun selamat pengantin baru Nad dan pasangan..semoga bahagia ke hujung nyawa..amin....




motor maksu tasya kuar dah..~1/6/12~