Followers

Selasa, 27 November 2012

Tikar Evamatik & arisya.26/11/12


semalam kawan opis jual tikar ne harga ita rasa murah hanya RM 45.bila ita beli kekawan opis pun oder juga,ramai juga,,kena minta diskaun ne ..kat kawan yg jual ne...he..he..balik aje si arisya ne,cakap ica punya upin ipin....siap bawa gi rumah jiran sebelah siap bentang kat rumah fiza,jiran sebelah sambil lending baik punyaaaaaaaaa....dengan anak fiza..arisya boleh angkat sendiri..mula-mula tunjuk lah kat fiza,fiza kata pun murah..bawa masuk rumah ita balik...lepas tu si arisya ambil bawa balik gi rumah fiza nak main dengan si kenit ne..kelakar lah kan..bagus lah tikar ne...
kalu kekawan berminat ita boleh bagi no tel kawan tu..he..he


Tikar Evamatik COrak Pelbagai kartun
Tikar Evamatik Pelbagai COrak :-

1. Corak Pilihan :- Upin Ipin, Cutie fruity, mickey mouse, BMI dlln
2. Warna Pilihan : Biru, pink, ungu, hijau dlln bergantung kepada jenis tikar
3. Kenapa harus beli tikar ini :-
 i- Ringan dan senang dibawa untuk aktiviti riadah keluarga terutama sekali piknik
 ii-Sesuai untuk semua golongan namun corak kartun sangat diminati kanak2
 iii-Bantu elak sejuk apabila duduk atas lantai simen
 iv-Bantu pembelajaran kanak-kanak terutamanya huruf ABC, binatang2 ,, buah2 an dsb

Jumaat, 23 November 2012

Tazkirah : Menyambut Hari Lahir


Assalammualaikum,

Hukum Menyambut Hari Lahir



Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu.

Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.

Antaranya:

a. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).

b. Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.

c. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

d. Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak. 

e. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang). 

Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”

f. Muhasabah diri (koreksi diri) yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.

Selain itu, insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia.

BIRO AGAMA MQA

Selasa, 20 November 2012

jom jahanamkan duit poket minggu ne bagi sesiapa nak beli barang beby..he..he 24-25/11/12

Jualan gudang PUREEN memang ita tunggu-tunggu nak beli barang beby,selalu buat setahun tu banyak kali juga,memang ita tunggu hujung tahun ke konon dapat lah tahu beby apa kan..sehingga kini tak tahu...kena juga beli coz ita pun nak masuk 8 bulan dah..dedulu memang murah lah baju-baju beby pureen ne dari RM1-RM 5.lepas tu mandian tu semua RM 5 untuk yang besarnya,sekarang ne baju RM 8. hinggaRM 10.mandian tu pun mahal juga...tapi kali ne tak tahu juga...tapi beli tak banyak kot..coz..dah basuh banyak baju si kak arisya dah 1 tong...harap tak rambang mata lah kan...tapi memang ramai orang,so sisiapa yang ada anak kecil tu tak payah lah bawa,susah nak jalan...

Ahad, 18 November 2012

jurang usia bukan halangan bahagia.


ita baca kat sini..best ada kena mengena dengan ita sikit-sikit beza umur ita dengan hubby 13 tahun,ita 38tahun-(1974) dan hubby 25,(1987)-alhamdulilah bahagia dan semoga kekal lah hendaknya ke hujung nyawa.. Tq abang love u ....amin...
kisah hampis sama,cuma ita bukan andartu tapi janda anak 1,yang ita tertarik dengan hubby 1st time jumpa terus bawa jumpa family dia,masa 1st jumpa juga ita bawa diana(anak ita sekali)..bila berkawan ita tak pernah sembunyikan status ita ..status ita JANDA...dan paling best mak mertua merestui masa 1st jumpa tu lagi..masa tu cuma sekadar kawan-kawan sahaja...maknya melayan ita dan anak dengan baik sekali..org cakap kalu nak kawin kena kawin dengan familynya sekali...walaupun hubby orang yang agak susah ita terima seadanya....susah sama-sama susah ,dan hubby memang terlebih-lebih sayang ita dan anak-anak sekarang....tulah kan jodoh... ALHAMDULILAH SYUKUR..


Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Monday, October 22, 2012n  (sini)

JODOH adalah ketentuan daripada Allah, namun kita juga perlu berusaha untuk mencari yang serasi agar hidup kekal bahagia sepanjang hayat.

Tidak mudah untuk memiliki yang berkenan di hati kerana cita rasa manusia boleh berubah mengikut mood dan masa.

Jika ada yang bertahan, itu sesuatu yang membahagiakan dan yang patah di tengah jalan, anggaplah itu sebagai takdir dan tiada jodoh lagi untuk terus bersama. Itu juga ketentuan Allah.

Dalam mencari calon suami atau isteri, banyak dugaan yang dilalui termasuk daripada keluarga, kawan-kawan dan suasana keliling.

Kepada saya, lelaki ini yang menamakan dirinya Majid (bukan nama sebenar) berkongsi cerita tentang pengalamannya mencari calon isteri.

Apa yang terjadi kepada Majid, kita ikuti kisahnya.

"Ketika itu, saya berusia awal 20-an dan merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di ibu kota. Sebagai lelaki, saya merasakan tidak mudah untuk mencari calon isteri. Jika tersalah pilih, yang dirancang tidak menjadi.

"Begitulah permulaan kisah yang ingin saya kongsi dengan anda minggu ini. Kisah tentang jodoh saya.

"Keluarga memberi sepenuh kepercayaan kepada saya memilih calon isteri. Jika saya tiada pilihan, mereka akan menolong untuk mencari calon yang sesuai. Doa adalah senjata yang paling mustajab untuk kita mendapatkan yang terbaik. Ini kerana setiap insan dijadikan berpasangan, itu janji Allah dan setiap kali bersolat, saya bermohon semoga diperkenankan hajat ini.

"Maka takdir telah mempertemukan saya dengan seorang gadis yang lebih berusia daripada saya. Saya senang berkawan dengannya walaupun mendapat tentangan yang cukup hebat daripada kawan-kawan yang kebanyakannya adalah wanita.

"Pelbagai cerita negatif yang saya dengar mengenai gadis pilihan saya itu yang saya kenalkan sebagai Zati (bukan nama sebenar), tetapi saya diamkan sahaja kerana tiada bukti kukuh yang boleh saya percaya kata-kata mereka.

"Saya membuat andaian mereka cemburu dengan saya atau iri hati. Mungkin juga mereka merancang sesuatu. Tetapi mereka harus ingat, ini soal hati dan perasaan.

"Berdiri biar sama tinggi dan duduk biarlah sama rendah, itu yang sepatutnya terjadi supaya serasi dan sedap mata memandang. Itu antara nasihat yang dilontarkan kepada saya ketika sedang minum petang dengan kakak-kakak di pejabat.

"Kakak ingin melihat Majid bahagia dan carilah calon isteri yang sepadan dan muda kerana perempuan akan kelihatan cepat tua.''

"Saya hanya tersenyum dan faham maksudnya, tidak salah untuk kita mendengar nasihat daripada seorang yang lebih berpengalaman.

"Hampir bertahun juga saya cuba untuk menghampiri Zati dengan harapan yang satu, untuk dijadikan calon isteri. Tidak semudah yang disangka kerana pelbagai 'ujian' yang saya hadapi termasuk tekanan daripada kawan-kawan sekeliling yang kesemuanya tidak setuju dengan pilihan saya.

"Mereka kebanyakannya menentang. Kata mereka kami tidak sekufu dan masih ramai lagi yang sesuai untuk disunting. Bagi saya, amat tidak adil jika Zati dihukum kerana saya. Mengapa harus bersandarkan kepada pendapat orang lain jika itu yang terbaik dan diciptakan untuk saya.

"Usia bukan penentu kebahagiaan seseorang dan kekayaan juga bukan tiket untuk mudah mendapat segala yang dihajati, kerana ketentuan itu milik Allah.

"Saya nasihatkan Zati supaya jangan terlalu memikirkan apa yang diperkatakan oleh orang sekeliling. Pedulikan mereka kerana jika dilayan akan bertambah kecoh dan tiada kesudahan.

"Dengan izin Allah segalanya berjalan lancar dan kami akhirnya bertunang dalam suatu majlis yang sederhana. Pelbagai cerita timbul, di samping heboh cerita saya bertunang dengan andartu.

"Itulah hakikatnya. Amat sukar untuk membahagiakan hati orang kerana kebahagiaan itu milik kita dan pemberian daripada Allah yang harus disyukuri.

"Yang paling saya gembira adalah kerana pertunangan kami dipersetujui keluarga dan mendapat restu daripada kedua ibu bapa dan keluarga pada hari pernikahan kami.

"Itu kisah 30 tahun yang lalu. 

Sabtu, 17 November 2012

check-up minggu ke 31(14/11/12)

pada hari rabu,tak bawa kereta,minta hubby hantar gi hospital PPUM.senang sikit..nak packing susah...macam biasa lah check-up kan berat minggu lepas 129kg-boleh turun pulak.. sikit 127.5kg,tekanan darah ok...123 / 63...,jumpa doktor..sangat lah baik dan sangat lah peramahnya..siap cek..tanya nak bersalin normal atau oprit..ita cakap nak cuba normal..doktor cek kata beby ok...dan suruh buat scan lagi 1 bulan-buat temujanji tarikhnya 26/12/12-lepas krismas,jumpa doktor lagi 3 minggu lagi..yg kelakarnya bila mintak time slip...doktor ofer lah nak mc atau time slip..malu lah kan..cakap suka hati doktor lah..so doktor bagi MC..seronok lah kan..cuti terus balik rumah lah....kena jumpa juga pakar pemakanan...doktor cek gula dalam darah lepas 2jam lepas makan..nasib baik ok..5.4 .harap ok..sampai bersalin..sekarang beby suka mengeras..agak senak perut nebila berjalan...

Jumaat, 16 November 2012

cite balik kg Melaka 10 -13hb/11/12-

pada hari sabtu pepagi hubby dah gi pasar siap-siap beli barang dapur dan beli barang untuk persiapan memancing hubby dan kekawan..sebenarnya ita nak ikut balik kg ..Melaka..hubby nak gi memancing di kelong di Merlimau melaka..sambil menyelam minum air lahkan...so hubby janji dengan kekawanya tunggu di tol sungai besi kul 11.30 pagi...gerak lah...kawan hubby 2 biji kereta..sampai melaka dalam kol 2juga lah..jalan punya lah jem...dah pesan dengan mak kat kg suruh masak lebih..kekawan hubby datang nak makan..mak masak,pucuk ubi masak lemak cili api,ayam goreng rempah,ikan goreng,ketam masak manis.sambal belacan,dalca daging beserta sayur terung,lobak,kentang dan cencalok wajib lah kan melaka...kul 3 baru dia org gerak gi merlimau... pada hari ahadnya balik..tengok hasilnya hampeh aje...(ikan gelama yg banyaknya)..hubby suruh kawanya bawa balik aje...
tak banyak aktiviti yang boleh dibuat kebanyakanya hujan..sejuk sikit rumah mak...
~hari isnin gi sekolah kat kg-niat dihati nak masukkan kak diana di asrama desa,coz tahun depan kak diana periksa UPSR..bagi displin sikit...tapi hati ne berbelah bagi..tanyak kak diana dia tak mahu,dia nak duduk dengan maklongnya di melaka,sekolah di sana..mak long nya nak jaga,sekarang ne pun di sana juga..semalam call ita menaggis-menaggis rindu kat si kak..lama juga bercakap..dan kak ipar suruh ita fikirkan suruh dia bersekolah di Melaka....tadi pun kak diana call dan sms bertanyakan beleh ke dia nak sekolah di Melaka....ita jadi serba salah..mcm mana ya....
 Petang isnin 12hb-gi tengok nenek ita dimasukan wad-katanya darah tinggi....keadaannya ok..stabil..orang tua..yg kelakarnya bila aqil panggil nenek nyonyang-(sepatutnya monyang)...
hari selasa balik k.l tanpa si kak diana..dia nak duduk Melaka cuti sekolah ne....rindunya..tak ada kawan nak gaduh...

Sabtu, 10 November 2012

check-up minggu ke 30

semalam 8/11/12 gi PPUM check-up minggu ke 30,timbang berat dari 126.9kg ...naik ke 129kg...ambik kau tekana darah 126/63 ok....lepas tu pergi scan beby..jantina masih tak tahu,masih menyorok..saja aje nak bagi kejutan kan mama dan papanya,papa cakap perempuan dan mama rasa mcm lelaki,tak tahu lah kan..baju kena cari yg dua-dua boleh pakai....berat beby dalam 1.6kg..doktor kata normal,sesuai dengan usia kandungan,cuma kepala di atas,doktor kata normal juga sebab nanti dia akan berpusing,harap-harap berpusing,takut songsang,agak senak perut bila berjalan,minggu depat dah kena check-up seminggu sekali dah.....harap-harap semua berjalan lancar...

Jumaat, 9 November 2012

PEMENANG KUIZ TEKA SILANG KATA AIDIL ADHA

kuiz teka silang kata dianjurkan oleh Biro Agama & Biro sosial & kebudayaan KKMQA,mula-mulanya buat tak tahu coz kena ada selogan untuk adiladha yg lepas..tapi Pn.Annurul pegawai depan kak ita bagi..so buat lah mana lah tahu kan....dan alhamdulilah ..dapat juga walaupun saguhati berupa RM10.jadi lah...mana lah reti bab selogan ne...tahniah kepada 3 org pemenang utama,dan kekawan yg dapat saguhati...



Selasa, 6 November 2012

semalam yang malang 5/11/12

semalam hari yang agak malang buat ita dan hubby,pagi semalam letih lah kan balik kursus ari ahad petang,ari isnin keja..pergi juga lah..pagi tu ..nak kuar agak susah kiri kanan depan belakang kereta,dan nak kuar agak terhad,(duk Flat biasa lah kan..kena tolak-tolak kereta)...masa ita nak kuar tu tak lepas tergesel dengan kereta honda lama,lepas tu tuannya kereta turun nak antar anak dia gi sekolah..ita ckap minta maaf..abang tu serius aje marah lah kot..tak kemek pun cuma bercalar lah kan..dah mengigil lah kan ,tak pernah kena sepanjang bawa kereta.call hubby cite lah ..hubby cakap biasa lah tu duk flat,so bahagian ita setakat itu,bila hubby balik semalam dalam kul 8 malam(naik motor),ita balik kul 5(bawa keta)...ita tengok hubby macam kesakitan,ita risau lah..tanya papa kenapa?..hubby cakap dia terjatuh motor,ita pun cakap lah hati-hati lah sekarang kan musim hujan....lepas tu baru hubby cakap dia terlangar kereta orang dari belakang,dan org tu tak nampak motor dia.lampu kereta  belakang pecah dan pemilik kereta minta ganti rugi Rm 200.so hubby bayar sikit dan esok dia gaji bayar lah  bakinya..tak pasal-pasal lah kan,dan hubby terjatuh terlentang,badan ,pinggang dan pergelangan tangan sakit...agak terkejut bila arisya agak perihatin kat papanya..masa ita sapu minyak panas kat belakang badan hubby,tapi arisya pun sebuk dan cakap ..papa jom gi kenet(kelinik)...papa cakap lak..Papa sakit macam mana nak bawa motor.?lepas tu arisya cakap bawa keta lah....lepas tu papa cakap lagi sapa nak bawa?  arisya jawap..suruh mama lah bawak...tergelak juga lah kan..papa memang susah nak gi hospital atau kelinik..puas arisya ajak papanya..sampai dah ambil kasut nak ajak gi kelinik...aqil dan yana biasa-biasa aje..coz tak ada yg berdarah..cuma jatuh..tapi arisya nampak agak perihatin kat papanya..ita pun jadi hairan juga budak 2th nampak mcm matang lah kan...tapi apa-apa yg belaku alhamdulilah...tak lah teruk mana..so sanggat-sangat bersyukur..

Kursus Breakthrough To Self Confidence Siri 1 (2-4 Nov 2012)


 ita gi Kursus Breakthrough To Self Confidence Siri 1 pada  2-4 Nov 2012 di Suria Resort & Hotel di Janda Baik Pahang.kursus dalam bahasa org puteh..gi aje lah(janji kursus mak cukup).....setiap masa kena cakap org puteh..belasah aje..bukan reti pun..janji kena berani walaupun tak berani mana pun......alhamdulilah kursus yang agak best dan seronok dengan Mrs.Jamilah yang sangat spoting dan bertenaga...rugi sapa yang tak gi...










                                    ne dia Pn.Jamilah-best dan bertenaga tak lah mengantuk..tak sempat nak mengantuk pun..he..he
                              ada sukaneka ita tak join..best ada air terjun...budak lelaki mandi lah kan...

                                    ne tengah buat puzzel..kumpulan 4 yg siap dulu....No.1

Isnin, 5 November 2012

Majlis Ulangtahun MQA ke-5~1/11/2012

Pada Hari kahmis 1/11/12 Genap lah 5th MQA,kejap rasanya ..ita dah berkhidmat pada tahun 2000.dulu MQA di kenali sebagai LEMBAGA AKREDITASI NEGARA(LAN)...HAPPY BESDAY MQA DAN ITA SAYANGGGGGGGGGGG MQA..TEMPAT CARI REZEKIKAN....


                               MENTERI KPT BERUCAP....
                                 MENTERI ,CEO DAN TETAMU VVIP MEMOTONG PULUT KUNING...






Segmen : Follow Sampai Pening

           sapa nak join klick sini:  follow sampai pening

Berblogwalking di blog cik rose cute terjumpa segmen nie terus terasa mau join kikiki...Sesiapa yg mau join jugak klik banner di atas
My followers baru mencecah 866.

Khamis, 1 November 2012

memang hampeh betul lah....

nak cite juga kat sini sebelum ne ada cite kat sini adik arisya,semalam gi lah cek gula kena puasa lepas tu 2 jam kemudian ambil darah lagi...hasil keputusanya memang gerammmmmmmmmm lah tu..puasa tu ok...5.3 aje lepas 2jam jadi 8.3..ambik kau....tinggi tu..tak pasal-pasal kena cucuk jari tangan untuk test gula....padan dengan muka ita lah kan....balik kg raya haji mencekik air gula aje..balik k.l ari isnin dan ari selasa kena buat test minum air gula....sedihhhhhnya lah....