cinta hati mama

cinta hati mama

Khamis, 27 Disember 2012

cite semalam~26/12/12~

semalam memang ita cuti..coz nak daftarkan aqil sekolah tadika kat rumah ,mula-mula ingat tak bawa dia..lepas tu terpaksa ambil aqil kat rumah pengasuh coz nak ukur baju tadikanya..saiz paling besar XXL,siap bayar sekali RM 205.50...sekolah biasa-biasa aje tu...aqil tahun depan 5th..lepas tu ita ada temujanji hospital...ada scan...alhamdulilah ita dah nak masuk 37 minggu..beby sihat ,kepala dah kat bawah..bebynya berat 3.1kg...conform boy.....semua nampak normal..harap semua berjalan dengan baik hingga ita bersalin nanti...insyaAllah

cerita balik kg~ 21-25/12/12

balik kg pada hari jumaat memandangkan ita dapat mc masa gi chek-up,so ita balik lah PD dulu, hubby bawa motor tasya,coz nak hantar balik PD tasya sekarang sedang duduk di PD,kereta ita kena bawa lah... sampai nilai hujan sangat lah lebatnya..sampai seremban kaki ita boleh krem...bukan main sakit lagi...siap berhenti tepi jalan lagi...lepas hubby antar motor..hubby lah bawa kereta,lepas tu ambil kak diana kat rumah along bawa balik ke rumah mak....siap bagi mak hadiah harijadi mak (awal bagi..coz hari jadi mak 1/1/...coz ita tak balik)-bagi mak baju cotton vietnam dan buat kad berupa pic raya yang ita edit dan buat ucapan sekali..itu aje yang mampu)..semoga mak sentiasa sihat dan sentiasa dalam rahmat ALLAH..amin...

balik rumah mak malam..duk sampai hari isnin..nak gi beli buku sekolah yana..beli buka sekolah yana.semuanya RM 165,bagi along untuk yuran Rm 200,dan duit basikal RM 60.semuanya RM 425.sekejap aje kan...baru kak yana...tu pun sedik juga ita nak balik sambil peluk kak diana..masa nak balik k.l..sedih lah kan..hubby siap gi memancing dengan along kat laut..dapat ikan pari..siap kak ipar buat asam pedas..sedapppppppppp..tapi ita tak makan ikan pari..hubby memang hantu pancing....sama juga dengan along..tak kira lah is3 ne tengah mengandung....

Khamis, 20 Disember 2012

happy besday dania & izad (19/12/12)

semalam di adakan majlis hari jadi anak ida,anak saudara ita lah kan,memandangkan ari minggu ne semua ada rancangan lain, ita nak balik kg uruskan kak diana bersekolah di melaka...so ida buat lah semalam izadnya besday 17/12 dan danianya besday hari ne 20/12...buat BBQ kat kedai bugernya,ayam dan kambing,ita buat nasi goreng aje,air dan kek,sempoi aje, kek sedapnya tiramisu..sampai tak cukup ..bebudak ne suka pulak...tapi meriahlah..buat BBQ kat bandar..hadiah tak beli lagi tak tahu lah nak bagi hadiah apa? semoga dania dan izad menjadi anak yang baik dan soleh dan solehah dan sentiasa memberi yang terbaik dalam apa yang di buat ok....

pic seperti biasa tak boleh nak up-load......nanti bila boleh baru lah buat ok...

Isnin, 17 Disember 2012

mandi -manda di i-city shah alam (16/12/12)...






program popular Gempak Santai Harian Metro akan menutup tirai di WaterWorld@i-CityShah Alam pada ...hari ahad, pukul 8.30 pagi ita dan family (tanpa kak diana,) gi rumah ida dan terus gi kat i-city.mak ooooooo ramainya org..free lah katakan....ita memang suka kumpul kepala harian metro  dan tukar..tiket free...sapa tak nak...ne...ida siap bagi kat org lain tiket dia ..coz hubby dia tak ikut..rezeki lah org tu...dapat tiket free ida bagi..ita bawa bekal nasi goreng,ayam goreng tepung dan sosej goreng..dan ida bawa nasi lemak..tapi nak masuk.. tak boleh bawa ya...nak jadi cerita memang pack lah...ita duk jaga aqil dan arisya..aqil ok aje duk main pelampung...buat hal dia aje..si arisya duk suka main geronsol ..takut juga..nanti tergelam dalam air..walaupun airnya tak dalam..so agak penat juga..papa pun duk jaga dan bawa dia jejalan  kat tempat lain...nak jadi kan cerita masa nak balik dalam kul 1,ita nak tukar baju..boleh kan beg baju basah semua..tak tahu kenapa....so kita org balik rumah pakai baju basah..dan tak balik dengan ida...coz ida entah kat mana-mana..sampai rumah dalam kul 2...mandi,makan bekal sendiri,terus tido....hubby cakap main kat i-city tu agak mencabar..berat lebih dari 80kg tak boleh naik...hubby sampai bengkak tangannya coz.jatuh..so berhati-hati lah naik....keselamatan harus di utamakan...ok lah best juga..tapi mainan tak banyak mcm sunway lagoon...terbaikkkkkkkkkk.....


p/s.....sori kekawan..ita tak boleh nak up-load pic ke blog dan nak komen kat blog kekawan pun tak boleh..itu lah masalahnya...tak tahu kenapa...dah nak dekat 3 minggu dah...so...hati panas aje lah....nanti bila dah ok...insyaallah ita jengah lah ya...

Khamis, 13 Disember 2012

Selasa, 4 Disember 2012

kepastian tapi belum pasti lagi....boy ke girl?????

Entah apa tajuk nak bagi pun tak tahu lah kan..sebelun ne ita ada cerita ,yang ita tak tahu jantina beby..walaupun dah 8 bulan,bila scan kat PPUM semedang tak nampak, kalu anak sulong boleh lah juga buat scan yg mahal-mahal tu kan..ne anak ke 4,tak perlu lah kot... so menjadi tanda tanya lah kan...ita rasa macam boy dan papa cakap girl, so ita tak berapa nak kesah sangat,janji baby sihat dan sempurna ALHAMDULILAH..... pengalaman mengandung untuk semua anak semua lebih kurang sama,tak suka makan masam,makan nasi juga,so memang tak tahu lah kan..tengok perut..mengandung dan tak mengandung sama aje..ramai yg tak tahu kot ita mengandung..coz ita masih boleh pakai baju kurung ita yg besar-besar...masa beli kat  jualan PUREEN baru-baru ne..agak susah nak cari baju beby ...coz tak tahu lah kan..so beli aje yg selamat ...boy atau girl boleh pakai....masa ita mc ari kahmis ari tu 29/11/12,ita pergi klinik penel kat kelinik DR.Nurul bangsar(naik motor).ita minta dia buat scan,bukan nak tahu jantina,tapi nak tahu kedudukannya,masa ita scan di PPUM kaki kat bawah,songsang,..agak risau lah kan..tapi alhamdulilah beby  ita dah pusing..kepala kat bawah....dan yg bestnya nampak dengan jelas jantina...insyallah beby BOY...berat 2.3kg..sihat..dah 34 minggu masa scan tu...tapi kena tunggu juga beby keluar kan baru conform....bermakna ita selang seli lah kan...kak adridiana,aqil dan arisya..so nama lelaki tak ada lagi..papa terlebih seronok dia ingat anak dia girl..so nak tahu nama anak girl dia nak bagi AIRIS IZARA...(masa scan hubby tak ikut coz keja)sampai hari ne hubby ingat ita main-main dengan nya..yg lelaki tak cari pun..so kekawan ada nama yg best-best tak..mula-mula tu nak bubuh huruf awal C dan ada A juga..tapi tak jumpa lah...coz hubby nak nama anaknya ABC, contoh sekarang nama A-AQIL DARWISY. B- BALQIS ARISYA dan ne yg ke 3 nak C -lah kan....so tak tahu.....(ada cadangan)..kalu susah kena cari mcm abg dia juga A dan D...kelakar lah kan hubby ita ne..nama anak semua dia yang bagi..dan ita tak kesah sangat janji maknanya baik....sekarang ne beby tersangat kuat menendang dan mengeras dalam perut ne..sangat aktif....doa kan ita yang terbaik ya....


p/s...sori kekawan..ita susah nak komen kat blog kekawan,akan pusing-pusing,tang komen tu tak kuar-kuar,mcm tu juga nak up-load pic kat blog dan FB pun tak boleh..dah seminggu dah....nak buka pun  blog pun susah......bila dah ok insyallah ita jengok ok..tq semua...

Isnin, 3 Disember 2012

KARNIVAL PELANCONGAN TARIAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA 2012~2/12/12~putrajaya


KARNIVAL PELANCONGAN TARIAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA 2012

semalam ita dan family gi menyertai tarian cuti-cuti 1 Malaysia,dah 3 tahun ita menyertainya,2tahun kat Dataran Merdeka,tapi tahun ne kat Putrajaya,tapi tak bawa kereta,naik coster MQA aje,senang kan nak packing, menari juga tapi buat sekadar yang mampu..kan kata tak sedar diri lak...nak meletup pun nak menari juga kan...lepas tu dia org gi kat MAHA kat serdang,letih juga...









2.      Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL) akan menganjurkan Karnival Pelancongan Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia 2012 (TCC1M 2012) pada 2 Disember 2012 jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Karnival tersebut dijangka akan disempurnakan oleh Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Bt Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia. Karnival tersebut merupakan acara tahunan KPL yang menonjolkan produk pelancongan berorientasikan gerak tari masyarakat Malaysia secara riadah yang berkonsepkan 1Malaysia. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap budaya kita yang perlu dihayati bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni melalui kebudayaan dan pelancongan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia.  Kementerian berharap melalui penganjuran acara seperti ini juga dapat menarik lebih ramai pelancong untuk mempelajari gerak tari ini dan turut sama dalam menjayakan Karnival tersebut kelak.

3.     Persembahan TCC1M yang berdurasi lebih kurang 25 minit merangkumi tarian-tarian seperti berikut 

(1)          Tarian Overture (Malaysia Truly Aisa)
(2)          Tarian Cina (Man Chang Sei)
(3)          Tarian Sabah (Jambatan Tamparuli)
(4)          Tarian India (Paattu Paadavee)
(5)          Tarian Sarawak (Puteri Santubong)
(6)          Tarian Orang Kita (Sewang)
(7)          Tarian Siam
(8)          Tarian Zapin (Zapin Bunga Hutan)
(9)          Tarian 1M4U
(10)         Tarian 1Malaysia
(11)         Tarian VMY 2014
(12)         Tarian Finale (Cuti Cuti Malaysia)

Hari Kanak-Kanak@MQA 2012 dan Pesta buku~30/11/12


saja aje bawa aqil dan arisya sesuka...dapat barang-barang untuk anak-anak,aqil masuk  merwarna,walaupun tak gi sekolah lagi,boleh lah merwarna tak kuar-kuar lah kan...pic seperti biasa tak boleh nak up-load...kak diana ada best juga..dia suka menyanyi,boleh lah kan(masih di melaka)...ne aqil hati ada taman semua dia tak mahu buat...


(ini e-mel yg urussetia bagi-malas nak cite apa..bila pic tak b oleh nak up-load)...

Sukacita dimaklumkan bahawa sempena musim cuti persekolahan, Unit Pusat Sumber Bahagian Pentadbiran akan mengadakan Pesta Buku dan Hari Kanak-Kanak@MQA 2012 seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh         :        30 November 2012 (Jumaat)
Masa           :        9.00 pagi hingga 5.00 petang 
Tempat      :        Dewan Utama, Tingkat 12A

3.       Aturcara program adalah seperti berikut:

Pesta Buku
          9.00 pagi – 5.00 petang :        Gerai Jualan Buku

Hari Kanak-Kanak@MQA 2012
          9.00 – 9.15 pagi             :        Senamrobik
          9.15 – 9.30 pagi             :        Minum Pagi
          9.30 – 10.00 pagi           :        Puzzle and Cross Word
          10.00 – 10.30 pagi         :        Singing and Dancing
          10.30 – 11.00 pagi         :        Kuiz Interaktif
          11.00 – 11.45 pagi         :        Puppet Show
          12.00 tengahari             :        Makan Tengahari
          1.00 – 2.00 petang        :        Pertandingan Mewarna
          2.00 – 2.45 petang        :        Tayangan Video
          3.00 – 4.00 petang        :        Bakat Si Cilik
          4.00 – 5.00 petang        :        Penyampaian Hadiah dan Bersurai

Derma darah dan Hari Kesedaran Kesihatan pada 28/11/2012

Pada 28/11/2012-  Kempen Derma darah dan Hari Kesedaran Kesihatan yang di anjurkan oleh biro kebajikan-biro yang ita join lah..tetapi pihak PUSPANITA DAN BAHAGIAN PENTADBIRAN nak bergabung juga,memandangkan ne aktiviti penutup untuk tahun ne dan bagi biro kebajikan untuk tahun ne(tahun last sebelum dibubarkan)..tahniah kat semua yang menjayakan..walaupun dalam masa yang singkat ..semua berjalan dengan lancar dan menepati sasaran..sebelum ne darah yg berjaya dikumpulkan sebanyak 40 lebih aje..tahun ne lebih dari 100 beg.....danTQ  pihak PPUM  ..walaupun penat tapi best..ita tak boleh derma..so minta hubby menyumbangkan darah..banyak hari juga nak up- load gambar tak boleh..geramnya...bila nak masuk tak boleh.....nanti bila dah boleh masuk lah kan...