cinta hati mama

cinta hati mama
Memaparkan catatan dengan label makanan beby arisya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan beby arisya. Papar semua catatan

Khamis, 24 Februari 2011

bubur nasi berjagung dan ikan goreng


BAHAN-BAHAN:
2 Senduk nasi
Jagung manis(rebus dulu)
 isi ikan sardin(goreng)

CARA MENBUATNYA:
Semua dimasuk dan dibelender dan di masak dan dibubuh garam sedikit
dah siap...

Jumaat, 18 Februari 2011

bubur nasi jagung


BUBUR NASI JAGUNG
BAHAN-BAHAN
  • 2 senduk nasi panas
  • 1/2 tongkol jagung manis(direbus dulu)
CARA-CARA MEMBUATNYA
  • blender kan aje semua...siap..

Khamis, 17 Februari 2011

bubur nasi bertahu dan ayam


BUBUR NASI BERTAHU CAMPUR ISI AYAM
  • BAHAN-BAHAN
  • 2 Senduk nasi panas
  • 1/2 keping tahu putih
  • 5 ketul hirisan isi ayam
  • sedikit sesangat garam
  • sedikit sesangat rempah sup adabi
CARA-CARA MEMBUATNYA;
  • rebus tahu,isi ayam dengan rempah sup sampai masak
  • nasi dan rebusan tadi dibelender sampai agak-agak hancur
  • kuarkan dan masak bagi pekat dan bubuh sedikit garam..siap 

Selasa, 15 Februari 2011

bubur nasi kacang panjang


BUBUR NASI KACANG PANJANG+DAGING
  • BAHAN-BAHANYA
  • 2 senduk nasi panas
  • 1 urat kacang panjang
  • 5 ketul  kecil daging lembu(direbus dulu bagi empuk lepas tu masukan kacang panjang bagi masak)
  • sedikit sesangat garam
CARA MEMBUATNYA;
  • daging dibelendar terlebih dulu bagi hancur bersama air rebusan dia.
  • masukan nasi panas dan kacang td..bagi hancur
  • kuarkan masukan kuali bagi pekat bubuh garam...siap..senang aje...
  • (banyak arisya makan aqil pun sibuk nak makan adiknya coz tengok colour dia hijau)

Ahad, 13 Februari 2011

bubur nasi petola


BUBUR NASI PETOLA
  • BAHAN-BAHAN
  • 2  senduk nasi panas
  • 1senduk sayur petola
CARA MEMBUATNYA.
  • semua bahan dibelenderkan
  • masak dalam kuali bagi pekat...siap..

roti+telur kukus

BAHAN-BAHAN..
  • 1 keping roti(rendam dengan sedikit air panas)
  • 1 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • sedikit sesangat2 garam
CARA MEMBUATNYA..
  • semua di belender dan kukus 
  • selama 30 minit
ita wat ceremel puding roti...tapi masa nak terbalikan tu jatuh kat lantai sedih..tak ada rezeki..hancur...

Jumaat, 11 Februari 2011

bubur nasi .....untuk anak mama arisya..








BUBUR NASI
BAHAN-BAHAN:
  • 2 senduk nasi panas
  • sedikit santan
  • ikan bilis goreng
  • 4 keutul isi ayam kecil (di rebus dengan sedikit air bagi masak )
  • sedikit sesangat garam
cara menbuatnya;
  • senang aje masukan semua dalam blender  mesin agak2 halus
  • masukan dalam kuali bagi  mendidih (pekatkan)
  • angkat siap dah...
(ita rasa lah satu sudu sedap lah pulak rasa berlemak)



Khamis, 10 Februari 2011

soup labu untuk arisya


soup labu
1 line biji labu (potong dadu kecil)
sedikit saderi
1/2 biji bawang besar
3 sudu tepung gandum
sedikit minyak menumis
3 cawan air

cara membuatnya;
mula2 panaskan minyak,masukan bawang tumis sampai wangi
masukan saderi dan labu ,biar sampai layu dan masukan tepung sikit2,masukan air biar labu sampai empuk...
dan blender...lepas tu masukan balik dalam kuali bagi dia pekat...dan ita bubuh 2 keping roti putih(rendam dng sedikit air panas dan belender dengan soup labu tu dah siap..senang aje..kasihan arisya asyik makan nasi aje...

yang bawah ne ita kuarkan sikit bubuh lada itam dan sedikit oregana untuk ita makan,dan bagi ida satu tupperware kecil..bagi ida rasa...