cinta hati mama

cinta hati mama
Memaparkan catatan dengan label luv islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luv islam. Papar semua catatan

Selasa, 28 Februari 2012


Anak Buang Ibu Bapa

Setelah hampir 20 tahun saya bekerja di bidang perubatan, saya didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang mengembirakan dan juga yang sangat menyedihkan hati.
Seperkara yang menyedihkan saya ialah apabila menyaksikan semakin ramai ibu-bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka sendiri samada di hospital, rumah orang-orang tua dan ada juga yang dibuang ke masjid atau ke surau.
Kalau dulu, perkara seumpama ini banyak berlaku di kalangan masyarakat Cina terutamanya di kalangan mereka yang berada tetapi kini ianya telah menular kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam.
Semakin kerap kedengaran berita anak-anak yang sibuk dengan kerjaya mereka menghantar ibubapanya ke rumah kebajikan orang tua. Apalagi apabila anak yang beragama Islam itu menghantar ibu atau ayahnya ke rumah kebajikan orang tua bukan Islam yang menjadi pilihan untuk dia membuang orang tuanya!
Tidakkah mungkin mereka berusaha mendapatkan pembantu rumah yang boleh menjaga dan membantu urusan kehidupan orang tua yang dahagakan kasih sayang mereka dan cucu-cicit mereka?
Sudah tiada tempatkah untuk orang tuanya di rumah kebajikan Islam? Mungkin juga dia merasakan orang tuanya akan dapat layanan terbaik di sana atau ada niat yang tersirat dalam memerli orang tuanya?
Saya sangat khuatir bahawa anak-anak yang kurang adab dan akhlaknya kepada orang tua mereka ini akan menerima nasib yang sama atau mungkin lebih teruk apabila mereka sendiri meniti usia senja nanti.....!
Kasihanilah ibu bapa dan garaplah kehebatan syurga melalui kasih-sayang dan bersabar dengan karenah ibu bapa yang berada di penghujung usia.

Sesungguhnya budaya menghormati dan mengasihi ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Mari kita perhatikan maksud hadith Rasulullah saw ini sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dan berkasih-sayang dengan ibu bapa.
"Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami." (Hadis riwayat Tabrani).
Dalam hadith yang lain, baginda mengatakan bahawa perbuatan menderhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Ingatlah saudaraku,
Syurgamu kelak adalah pada redha ibumu, redha ibumu, redha ibumu dan juga pada redha bapamu.....!
- Artikel iluvislam.com
~ita nak syer bersama bloger bagus ita rasa~

Khamis, 1 Disember 2011

Tahniah su...syukur alhamdulilah...


Sukacita dimaklumkan bahawa Suhaila@Sulahia telah selamat melahirkan baby boy pada hari ini (30/11/2011)pukul 3.48 petang di HUKM. Berat baby 3.41 kg. Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat.(e-mel opis)......

nak ucapkan tahniah buat su dan family.....dan selamat berpantang ya su....tak gi melawat su lagi..so belum ada pic baby....masuk blog sini... nak tuju kan Khas ~coz su ada jengah2 kat blog yg tak seberapa ne...

Jumaat, 25 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433 H


Asalamuaikum.....bloger.....ita nak ucapkan salam Maal Hijrah  1433H kepada semua dan yg sudi baca blog yg tak seberapa ne..semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. cuti yang agak panjang ne..ita pun nak balik kg lepas keja ne..kampung ita Melaka lah....ok semua selamat bercuti kalu memandu berhati-hati ok...

Isnin, 14 November 2011

khas buat Ariana Natasya(adik ipar) semoga berjaya dalam peperiksaan SPM....jawap sebaik mungkin..insyallah....

Jumaat, 4 November 2011


 Sempena Hari Raya Qurban 1432H, ita mohon ampun dan maaf ,sekiranya terdapat salah dan silap selama ini....kepada yg sudi membaca dan komen, kat blog ita  yg tak seberapa ini..ita ucapkan terima kasih...muahhhhhhhhhhh kat u all....petang ini lepas balik keja balik kg ita  dulu di melaka ..nenek buat korban dua ekor lembu....kemudian baru balik kampung hubby di PD...


 akhir sekali, ita ucapkan Salam Aldil Adha daripada  ita sekeluarga...hati-hati di jalan raya...bey...bey



Jumaat, 28 Oktober 2011

Tazkirah Jumaat : Berdoalah utk org tua kita


Rassulullah SAW pernah bersabda :
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan
doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa
kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan
Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang
banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa
Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita
untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,
waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau
malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku,
berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki
mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi
lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang
masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :  "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2
orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
Wassalam,




Jumaat, 7 Oktober 2011


Sesungguhnya wanita terlalu istimewa‏

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
sumber : Blogger

Jumaat, 30 September 2011


Kemudahan Dalam Menjemput Jodoh


Sahabatku, terkadang tanpa kita sedari, kita sering meminta dan meminta kepada Allah, agar dapat menjemput jodoh yang ideal, yang biasanya dengan berbagai kriteria yang kita minta. Tanpa menyedari kalau diri kita masih banyak memiliki kekurangan dibandingkan dengan kriteria jodoh yang kita minta. Alangkah indahnya, kalau kita meminta kepada Allah, untuk dipertemukan dengan jodoh, yang kita mampu menerimanya. Dan yang penting, jodoh yang terbaik menurut Allah. Kalau sudah memasrahkan diri kepada Allah, lalu kenapa lagi kita masih memiliki kriteria jodoh yang cenderung duniawi?
Sahabatku, mudahkanlah diri kita sendiri dalam menjemput jodoh dengan mengurangi kriteria yang cenderung duniawi. Ambillah kriteria jodoh yang akan memudahkan jalan untuk menggapai redha Allah. Jika kesempatan menjemput sudah datang dan hadir di hadapan kita, maka mudahkanlah saat menerimanya. Setelah itu segerakanlah urusannya. Sahabatku, bila memang ada niat & keinginan sungguh2 untuk menjemput jodohnya maka Allah akan kirimkan jodoh yg terbaik dari sisiNya. Jangan putus asa, tetaplah berikhitiar menjemput jodoh anda & memohon kpd Allah agar diberikan jodoh yg terbaik “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaKu tentang AKU, maka (jawablah), bahwa AKU sangat dekat, AKU mengabulkan permohonan orang yang memohon kepadaKU.” (Qs. 2:186)
Wassalam,M. Agus Syafii

(copy dari kawan).. 

Selasa, 20 September 2011

selamat bercuti


rancangan awal memang nak balik PD..coz masa hari raya ari tu tak puas berjalan rumah family hubby..ita yg rancang...coz raya pertama aje kat PD. raya ke 2 dah kat melaka pulak....tetiba terima call kata mak masuk hospital seremban coz sesak nafas dan kaki mak membengkak (kencing manis)...so kena gak balik..tapi rancangan dan jadi lain..harap mak cepat sembuh..ok.....so kekawan selamat bercuti..bagi yg buat open house minggu ne kak ita minta maaf tak dapat hadir....

Khamis, 25 Ogos 2011

selamat hari raya maaf zahir & batin..


Asalamuaikum  kepada kawan-kawan,kekawan blogger sekelian, terima kasih kerana sudi datang ke blog yg tak seberapa ne dan sudi tinggalkan komen,kak ita sangat-sangat menghargainya...di kesempatan ini kak ita sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir dan batin kepada semua dan halalkan makan,minum.....dan kepada kekawan di alam maya ingin minta maaf kalu ada silap dan salah masa komen  mengomen tu....tahun ini kak ita akan berhari raya dulu di kampung hubby di PD,dan pada hari raya ke 2 di rumah mak kak ita di melaka,jemput lah datang kat rumah....so tutup dulu lah blog kesayangan ne start cuti pada 26/8/11 -5/9/11. lama tol ne..adoi...

Jumaat, 29 Julai 2011

Salam Ramadhan 1432H


 Syukur alhamdulilah .......
Dikesempatan ini, ita ingin mohon ampun dan maaf kepada  sahabat-sahabat dan kenalan .dan sesiapa juga yg singgah datang membaca blog  ita yg tak seberapa ini. Semoga Ramadhan kali ini mendapat keberkatan.......amin...

selamat menjalani ibadat puasa........sayangggggggggggggg kau orang....

Isnin, 20 Jun 2011

selamat hari bapa 19/6/11

selamat hari bapa khas tu bapa-bapa sekelian dan bakal-bakal bapa,dan ita minta sama2 sedekahkan al-fatihah untuk arwah ayah ita osman bin abdullah tak lupa kepada arwah ayah mertua ita mohideen bin hj.jalal...al-fatihah... kepada hubby ita mohammad sharrul haizad ,terima kasih menjadi papa yang terbaik untuk anak-anak..alhamdulilah..semoga kasih sayang,perhatian abg kat sayang dan anak-anak sentiasa megar mengharum..hingga ke hujung nyawa amin....

SO KEPADA SESIAPA YANG MASIH ADA AYAH..JENGUK-JENGUK LAH DI KAMPUNG...KALU ADA PERSENGKETAAN..MAAF KAN LAH..DAN KITA SEBAGAI ANAK MENGALAH LAH...BILA DAH TIADA BARU TERASA...ITA SANGAT2 MERINDUI AYAH..DAN ITA SANGAT MANJA DENGAN ARWAH AYAH...

Khamis, 2 Jun 2011

‏Cinta itu Wujud..‏

cinta itu wujud..
Pada hati-hati yang suci..
Pada jiwa-jiwa yang ingin cuba mengenaliNya..
Pada hamba yang semakin insaf akan kekhilafannya..

Cinta itu ada..
Pada Allah yang mencipta kita..
Indah pada pandangan mata..
Berbeza paras dan rupa, itu bukan ukuranNya..

Cinta itu adil..
Pada saat umat jahil..
Rasulullah menjadi pilihanNya..
Membawa umat kembali mencintaiNya..

Cinta itu pasti ada..
Pada seraut wajah redup ibu bapa..
Penat lelahnya membesarkan kita..
Ikhlas hatinya, entah dapat dibalas atau sebaliknya..

Cinta itu hadir..
Pada seorang saudara yang menasihati saudaranya yang lain..
Keduanya saling menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran..
Supaya ukhuwah menuju Syurgawi tidak dilupakan..

Cinta itu pasti muncul..
Dalam hati seorang sahabat sejati..
Mencari dan mengajak sahabat lain ke jalan Ilahi..
Agar diri dan sahabat tidak terhumban ke dalam gaung Neraka yang dahsyat tak terperi..

Cinta itu satu anugerah..
Bila hati bertemu hati..
Saat lafaz ijabkabul selesai terurai..
Keikhlasan si suami isteri memikat redhaNya..

Cinta itu memang indah..
Bila berlandaskan al-quran dan as-sunnah..
Bila tujuannya kerana Allah..
Bila matlamatnya Syurga yang barakah..

Cinta itu pasti ada!!
Pasti kau akan temuinya..
Dengan membersihkan dirimu daripada segala noda dan dosa..Kelak, cinta abadi dan hakiki akan mula bertakhta dalam jiwa seorang hamba

Selasa, 10 Mei 2011

selamat hari ibu buat omak ita HALIMAH mak mertua ita sharifah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini






Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini








hargai lah ibu kita dan ibu mertua kita(taraf tetap sama mcm mak kita gak)..selagi mak masih ada..kekadang kita kecil ati atau terasa ati..kita yg muda ne mengalah lah......jangan panjang2 cerita....apa2 pun baik atau buruk..mak..tetap mak..tak boleh cari ganti....so kepada sesiapa yg di luar sana..sama2 kita jenguk2 mak2 kita di kg..sementara mereka masih ada...allah sekarang bayar cash..tak tunggu kat akhirat dah...nanti anak2 buat kat kita mcm ne....so lu pikirlah sendiri(pinjam ayat nabil raja lawak)..hayati cite sedih kat bawah ne....mcm tu gak nyawa mak kita di hujung tanduk masa melahirkan kita....tapi mak kita masih hidup...



Susu Terakhir buat si keciloleh محمد هداية حسيني pada pada 05hb Mei 2011 pukul 12.18 ptg


Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".
Kongsi