cinta hati mama

cinta hati mama
Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan

Khamis, 17 Februari 2011

sayur goreng petola

SAYUR GORENG PETOLA
(hubby beli barang kat NSK selayang sayur dia mesti banyak2,jenuh nak abiskan sayur yg sama)

  • BAHAN-BAHAN
  • 1 batang petola (buang kulit sampai bersih ita kerjakan)
  • 1 gengam ikan bilis(ditumbuk)
  • 1 biji bawang putih(ditumbuk)
  • 1/2 biji bawang merah(ditumbuk)
  • 1 ketul tahu putih-dipotong2 dan digoreng sedikit
  • 1 ketul isi dada ayam -dihiris sikit
  • garam dan aji
  • sedikit minyak menumis
  • 1 sudu sos tiram
CARA-CARA MEMBUATNYA;
  • panaskan minyak.masukkan bawang putih,sampai naik bau
  • masukan bawang merah dan ikan bilis,sampai  naik bau gak
  • masukan isi ayam,sedikit air..biar masak 
  • masukan petola, tahu ,sos tiram garam dan aji kacau2 dah siap sonang aje...

Ahad, 13 Februari 2011

sayur petola rebus air


SAYUR PETOLA REBUS AIR
  • BAHAN-BAHAN
  • 1 batang petola
  • sedikit daging
  • 1 biji bawang putih-di tumbuk
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit suoun
  • sedikit minyak
  • sedilit air
CARA-CARA MEMBUATNYA
  • panas kan minyak.tumiskan bawak putih sampai naik bau
  • masukan daging dan bubuh air masak sampai daging empuk
  • masukan sos tiram
  • bila daging dah empuk ,masukan sayur petola
  • bila dah empuk masuakn suoan dan letak garam..siap..

pucuk ubi masaklemak cili api


PUCUK UBI MASAK LEMAK
  • BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ikat pucuk ubi (direbus dulu dan dihiris halus)
  • 7 biji cili api-di tumbuk
  • segengam ikan bilis-di tumbuk
  • serbuk kunyit(lagi bagus kunyit )
  • 1/2 biji santan pekat
  • garam dan aji
 CARA-CARA MEMBUATNYA
  •  masukan semua dalam periuk
  • hendak selalu dikacau
  • biar mendidih masukan garam dan aji
  • ita suka pucuk ubi yg kuah agak pekat..santan bubuh sikit aje air ok..siap