cinta hati mama

cinta hati mama
Memaparkan catatan dengan label Eczema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Eczema. Papar semua catatan

Khamis, 13 Jun 2013

Eczema arryan tak seteruk kak arisya



Eczema Arryan tak seteruk kak arisya,arryan kat pipi dan badan sikit..harap sampai besar lah....bila tengok arisya kena dulu kesihan sangat..sampai bedarah-darah di garunya...sekarang ita pakai krim yg hospital HKL bagi masa kat arisya dulu..masih banyak lagi...ubat tu duduk dalam peti ais..sejuk aje..banyak pakai pelembat(AQUEOUS cream)...ini kena sentiasa sapu...Eczema ne sakit kulit kering dan kena kerap pakai pelembat..itu aje ubat nya...si arisya dah besar ne kurang dah...ada  juga lah sikit-sikit...bila terlampau  main panas  naik juga lah kat pipinya...tapi sapu ok lah...

pada 3/6.. tingkap kereta rosak..ajak hubby naik motor bawa arryan gi HKL..memandangkan kak diana ada kat rumah...boleh jaga aqil aje..bawa arisya dan arryan... gi HKL tak bawa GL...siap mintak RM 30..ita cakap boleh tengok kat HRMIS...nasib baik ok...kalu tak melayang rm30...duit juga tu....masa gi tu doktor tengok badan arryan..byak mcm ruam...doktor cakap macam panau..pelik lah pulak. tapi tang pipi tu memang eczema...nanti kena gi lagi HKL pada 26 /6-kat bird-bird pun mcm panau juga....ke salin kulit..risau juga sebenarnya...

Rabu, 6 Mac 2013

Eczema lagi ke?.....


salam semua....cuba lah tengok muka si arryan ne..mula-mula naik macam ruam,mcm bijik-bijik..terus kulitnya tercopek..kat kepala tu mcm kuping-kuping..orang cakap sawan...ita selalu pakai minyak jonson-bagi lembut.....lepas tu pakai sikat...kuar lah juga..sampai kat telinga dan tengok dia...kulit dia..berkuping...kulit kering...bawa kelinik ..dr.cakap ruam susu lah,gi lagi kelinik lain..dr. cakap eczema..sekarang macam ne..ne pic sekarang...macam nak salin kulit...sekang ne pakai ubat untuk eczema...muka agak licin...tapi nampak tompok tu..harap kulit arryan ok lah..kalu tak kena gi jumpa pakar kulit lah..macam kak arisya nya..dulu...



Rabu, 29 Februari 2012

Panduan pesakit EKZEMA~29/2/12~

Pagi tadi ada temujanji arisya di HKL untuk jumpa doktor,pasal EKZEMA nya..alhamdulilah doktor cakap kulit dah ok,cantik dan ujian makmal ,masa ambil sample kat arisya,doktor cakap ok,so doktor kata tak perlu dah rawatan  susulan di HKL lagi..cuma doktor bekal kan ubat ,dan krim SAPU...EKZEMA dan pelembab ne..penting EKZEMA ne kulit kering dan kena pakai pelembab ...so kat bawah ne ada lah ita nak syer pasal sakit ekzema ne..mula-mula dulu ita buat kat Hospital PPUM..atas nasihat kawan TQ (lin bam)...suruh bawa arisya kat HKL..ternyata berhasil.....sekarang kulit arisya ok lah...dah tak ada naik-naik mcm ruam tu....



















Selasa, 20 September 2011

Penyakit lazim di negara maju
“BAPA borek, anak rintik. Bapa gatal, anak pun gatal...,” kata Perunding Dermatologi Paediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon sambil tersenyum. Kaum bapa jangan marah ya, kata-kata ini bukannya bertujuan menyindir sesiapa tetapi ia digunakan bagi menerangkan masalah kegatalan kronik akibat ekzema iaitu sejenis penyakit kulit.
Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu daripada penyakit kulit yang paling lazim, membabitkan 10 hingga 20 peratus kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus orang dewasa di seluruh dunia. Ia penyakit kulit yang kronik dan sangat gatal menyebabkan pesakit khusus�nya kanak-kanak menderita.
sebelum   selepas


  • GATAL...keadaan ekzema yang teruk



  • GATAL...keadaan ekzema yang teruk

  • GATAL...keadaan ekzema yang teruk
Di seluruh dunia, kadar kelaziman ekzema semakin meningkat terutama di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan kajian tempatan, didapati kadar kes ekzema di kalangan kanak-kanak sekolah di Malaysia meningkat kepada 12.6 peratus (2006) berbanding 9.5 peratus pada 1999. Di kalangan remaja berusia 13 hingga 14 tahun, kes ekzema antara 9.5 peratus dan 6.3 hingga 9.5 peratus.

Tidak dapat menahan rasa gatal inilah yang membuatkan pesakit menggaru bahagian kulit yang mengalami keradangan. Semakin digaru semakin sedap rasanya, tetapi masalahnya lebih giat anda menggaru, lebih luaslah kawasan kulit yang mengalami ekzema.

Tindakan ini juga menyebab
�kan masalah kulit pesakit bertambah teruk. Adakalanya kerana terlalu gatal dan asyik menggaru, pesakit tidak sedar kulit yang digaru itu luka dan mengundang masalah lain pula kerana ia terdedah kepada jangkitan bakteria.

Menurut Dr Leong, ekzema ialah sejenis penyakit kulit dengan beberapa ciri iaitu:
·  Rasa gatal dan sakit - Ia adalah penyakit yang sangat menyeksakan. Rasa gatal ini akan menyebabkan pesakit menggaru dan apabila kulit digaru terlalu kuat ia akan mengalami kerosakan. Ketika inilah badan akan menghasilkan bahan kimia keradangan yang membuatkan kulit menjadi lebih gatal dan keinginan untuk menggaru akan lebih tinggi.

Ia tidak sekadar menyebabkan rasa sakit pada pesakit tetapi turut menjejaskan kualiti hidup ibu bapa. Apabila anak tidak boleh tidur (kerana gatal dan asyik menggaru), ibu bapa juga tidak dapat melelapkan mata.
·  Kulit sangat kering - Pesakit ekzema mempunyai kulit yang sangat kering kerana ketiadaan lapisan penghalang untuk memerangkap cecair dalam kulit. Tidak kira berapa banyak air yang diminum, ia masih tidak dapat mengatasi masalah ini.
·  Bahagian kulit yang mengalami ekzema terasa panas. Tahap kepanasan ini bergantung kepada keadaan ekzema setiap pesakit sama ada sedikit, sederhana atau teruk.
·  Ekzema bermula dalam lima tahun pertama kehidupan seseorang kanak-kanak. Bagi kebanyakan pesakit, keadaan ekzema mereka akan bertambah baik dengan peningkatan umur. Bagi pesakit bertuah, ekzema mereka akan hilang sendiri pada usia enam hingga 12 bulan. Bagaimanapun, 30 peratus kes ekzema berlanjutan sehingga dewasa.

“Kira-kira 50 peratus kes ekzema berlaku sebelum kanak-kanak berumur setahun dan lebih 80 peratus kes apabila kanak-kanak mencapai umur lima tahun.

“Tempoh pengulangan serangan ekzema berbeza antara pesakit - ia boleh berlaku dalam masa beberapa bulan atau tahun. Biasanya penerimaan pesakit terhadap serangan berulang ini lebih baik apabila umur mereka meningkat. Kajian mendapati 50 hingga 70 peratus pesakit dewasa tidak terganggu dengan serangan ekzema yang sudah dialami sejak kecil,” katanya pada majlis pelancaran kempen Bersama Membanteras Kegatalan anjuran Leo Pharma.
·  Faktor genetik - Ekzema ada kaitan dengan faktor genetik dan jika salah seorang ibu atau bapa ada masalah ini, anak-anak mempunyai 20 hingga 40 peratus mengalami ekzema. Ini bersesuaian dengan ungkapan ‘bapa borek, anak rintik. Bapa gatal, anak pun gatal’ di atas.

Jika salah seorang anak ada alahan, peluang anak seterus
�nya mendapat ekzema ialah 30 peratus. Peluang anak mendapat ekzema akan lebih tinggi (40 hingga 60 peratus) jika kedua-dua ibu bapa ada alahan dan sekira�nya mereka mengalami gejala alahan yang sama peluang ini melonjak kepada 72 peratus! (Rujuk Jadual 1)


Punca dan gejala

Ibu bapa terutama yang tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami alahan sering bertanya bagaimana anak mereka boleh mendapat ekzema. Pakar perubatan percaya ia disebab
�kan interaksi kompleks antara faktor genetik dengan persekitaran. Ia boleh disebabkan faktor genetik saja atau dirangsang persekitaran atau tindak balas dua faktor ini.

Sesetengah orang yang ada mewarisi genetik ekzema boleh mengalami tindak balas dengan sesuatu dari persekitaran yang tidak mendatangkan masalah pada orang lain. Ia juga dikait
�kan dengan masalah kecacatan pada fungsi sekatan atau halangan pada kulit dan sistem imun yang tidak normal.

“Apabila serangan ekzema berlaku, kulit pesakit akan berasa sangat gatal, menjadi merah, timbul ruam dan kadangkala lesi. Gejala ini biasanya bermula di muka dan merebak ke dada. Apabila kanak-kanak membesar, lebih banyak kawasan yang akan mengalami ekzema terutama di kulit yang berkedut seperti di siku dan lutut.

“Oleh kerana kulit pesakit mengalami kecacatan pada fungsi sekatan, maka ia akan menjadi kering. Kulit yang kering akan mudah berasa gatal. Apabila pesakit menggaru, ia akan mengganggu fungsi sekatan dan jika kulit luka, boleh berlaku jangkitan bakteria khususnya Staphylococcus aureus. Keadaan ekzema akan lebih teruk pada kulit yang lebih kering.

“Menggaru bukan saja mendedahkan pesakit kepada jangkitan tetapi ia juga akan membuatkan kulit menjadi tebal dan menjadi lebih tidak sihat,” kata Pensyarah Kanan Onkologi Dermatologi Universiti Buckingham, United Kingdom, Prof Anthony Chu.

Bakteria S aureus ini bukanlah asing pada kita. Namun 70 peratus pesakit ekzema ada bakteria ini dalam hidung mereka berbanding 30 peratus pada bukan pesakit. Hampir 100 peratus kulit yang mengalami ekzema ada bakteria ini dan ia boleh membiak (membentuk koloni) dengan cepat kerana ia akan melekat pada kulit yang kering.

Jika kulit pesakit luka, bakteria ini akan memasuki badan dan menghasilkan bahan kimia eksotoksin yang bertindak sebagai antigen super (bahan yang merangsang pembentukan atau pengeluaran antibodi). Antigen super inilah yang akan merangsang tindak balas sistem imun untuk menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk (bengkak, merah dan sangat gatal).

Menurut Dr Leong, teori kebersihan yang dikemukakan pakar penyelidik juga ada munasabahnya kerana kajian mendapati kes ekzema di kalangan kanak-kanak bandar yang tinggal dalam persekitaran ‘terlalu’ bersih lebih tinggi berbanding kanak-kanak luar bandar.

Berdasarkan teori ini, dalam keadaan bersih, sistem imun badan menjadi tidak matang dan ‘malas’. Ia tidak dapat membezakan antara penceroboh yang baik dengan jahat. Akibatnya, sistem imun ini akan bertindak balas terhadap semua penceroboh badan dan inilah yang menyebabkan seseorang itu menjadi terlalu sensitif atau mengalami alahan.

Teori ini diperkuatkan dengan keputusan banyak kajian yang mendapati kadar kelaziman ekzema meningkat dua hingga tiga kali ganda di negara industri dan maju dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini membabitkan 15 hingga 30 peratus kanak-kanak dan dua hingga 10 peratus orang dewasa.

Jadi tidak hairanlah jika kes ekzema di kalangan kanak-kanak di negara maju seperti United Kingdom jauh lebih tinggi berbanding Malaysia iaitu antara 20 hingga 30 peratus.


Rawatan dan pengurusan

Sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan ekzema yang juga dipanggil penyakit sistem imun kerana ia membabitkan banyak faktor. Bagaimanapun, ia boleh dirawat dan sasaran rawatan bukanlah untuk menyembuh tetapi mengurang
�kan gejala memanjangkan tempoh bebas daripada serangan berulang yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Antara rawatan yang ada ialah steroid sapuan (dalam bentuk krim, gel atau balsam dalam pelbagai kekuatan) untuk menghentikan keradangan dan membantu menyembuhkan kulit.

Doktor juga mungkin akan mencadangkan penggunaan krim kombinasi steroid dan antibiotik khususnya apabila steroid sapuan tidak berkesan. Krim kombinasi ini lebih berkesan untuk merawat ekzema kerana ia boleh disapu pada kulit yang luka untuk menghentikan rasa gatal dengan segera. Malah ia juga boleh digunakan walaupun tiada kesan jangkitan.

“Steroid adalah ubat yang sangat baik tetapi ia mestilah digunakan mengikut arahan doktor. Malangnya kebanyakan ibu bapa di Malaysia mahukan ubat yang kuat supaya penyakit anak mereka sembuh. Mereka mahu anak mereka diberikan antibiotik untuk membunuh semua bakteria yang boleh merangsang ekzema tetapi kaedah ini tidak praktikal kerana kita sentiasa terdedah kepada bakteria.

“Cara yang lebih baik ialah mengawal dan menguruskan penyakit anak. Antaranya dengan mengetahui faktor yang boleh merangsang serangan seperti rasa gatal, tindakan menggaru, cuaca panas dan lembap, bakteria, alergen (bahan yang boleh menyebabkan alahan), penggunaan sabun atau bahan pencuci yang kuat (bagi individu dengan kulit sensitif), alahan makanan dan habuk rumah,” kata Dr Leong.

Kaedah rawatan konvensional masih berguna dan boleh diamalkan. Ini termasuk:
·  Mandi setiap hari (sekerap yang dikehendaki jika tinggal di negara panas lembap). Jika pergi ke negara lain pada musim sejuk, hanya dibenarkan mandi sekejap sekali sehari. Serangan ekzema boleh menjadi lebih teruk pada musim sejuk kerana cuacanya yang kering dan penggunaan alat pemanas hawa yang menyebabkan kulit semakin kering.
·  Menggunakan sabun yang lembut.
·  Menyapukan losen pelembap selepas mandi (sangat penting).
·  Menyapukan ubat steroid atau kombinasi steroid dan antibiotik.
·  Memberikan suntikan sedatif antihistamin (hanya untuk kes yang teruk, biasanya pada bayi atau kanak-kanak kecil).

“Orang kita selalu percaya ekzema disebabkan alahan makanan. Ia mungkin ada kaitan tetapi makanan laut bukanlah puncanya. Ia boleh menjadi faktor perangsang kepada serangan ekzema. Justeru, buatlah pemerhatian, sama ada anak anda ada alahan pada makanan laut.

“Namun secara umumnya tidak perlu menyekat diet anak kerana dalam tempoh inilah mereka sangat memerlukan pemakanan seimbang untuk membesar. Berbincanglah dengan doktor sebelum anda mengehadkan pemakanan anak.

“Pengurusan masalah ekzema anak perlulah bersifat dinamik dan seimbang iaitu berubah mengikut keadaan, umur dan cuaca. Dalam soal ini, biarlah kita mengambil pendekatan yang lembut. Janganlah pilih kaedah untuk ‘menghapuskan’ semua bakteria kerana kesan jangka panjangnya mungkin lebih serius.

“Manusia sebenarnya boleh hidup dengan bakteria pada tahap tertentu. Memang kita mahu hidup dalam persekitaran yang bersih tetapi kita perlu ada had supaya ia tidak mendatang
�kan masalah kepada anak,” kata Dr Leong.

Ibu bapa di Scandinavia yang mempunyai anak ekzema akan membawa bayi mereka menunggang kuda untuk mendedahkan anak kepada persekitaran ‘kotor’ dan ia didapati mampu mengurangkan sedikit masalah ekzema.

Akhir sekali, kita perlu membantu anak menghentikan kitaran garu-gatal-keradangan-jangkitan yang menyebabkan ekzema semakin teruk. Antara langkah yang boleh diambil ialah memastikan kuku sentiasa pendek, ubah kaedah daripada menggaru kepada menepuk-nepuk bahagian yang gatal, balut tangan anak dengan tuala lembap dan sejuk untuk mengurangkan rasa gatal, menyapukan ubat steroid mengikut arahan doktor dan sentiasa memberi sokongan kepada si kecil.


P/s~ sumber~metro/zura e-melkan

Selasa, 6 September 2011

Eczema dan arisya...25/8/11

pada 25/8/11 -ita dan hubby bawa arisya ke HKL untuk jumpa pakar kulit...naik motor aje..senang paking..kat hospital kan susah..so abg aqil tinggal rumah pengasuh...di hospital di adakan sesi penerangan dan perbincangan bersama ibu bapa anak eczema yang lain,masa ita pergi tu ada 3 pasangan termasuk ita..berbincang dan berkongsi pengalaman tentang anak-anak ecema masing-masing....disamping di beri penerangan lanjut oleh doktor pakar kulit...baru kita lebih paham tentang sakit ini....so doktor bagi stok ubat dan temujanji yg baru bulan 12 nanti..banyak betul ubat kali ne..itu pun pihak farmasi bagi sikit dulu kalu tak cukup..bawa slip ubat berkenaan boleh ambil lagi.....yg bagusnya HKL ..mesra sesanggat..dengan..kita dan anak-anak..







Jumaat, 6 Mei 2011

ubat ECZEMA arisya....

pagi tadi gi PPUM ada temu janji dengan pakar kulit untuk arisya..ne ubat untuk stok 2 bulan...ada tambahan ubat..nanti 2/7/11 kena gi ambil lagi ubat yg sana...

 ini krim biasa sebagai pelembab..boleh sapu selalu bila kulit jd kering nama dia AQUEOUS CREAM..dapat 4 botol..

 ini ubat makan...bagi tak gatal sangat..ne baru bagi..sebelum ne tak pernah...nama dia CHLORPHENAMINE 4mg/5ml SYRUP (60ML)

 HYDROCORT  ne dapat 2 kotak..ne kena sapu nipis2..tak boleh pakai banyak2..
 ne pun baru dapat nama dia EMULSIFYING OINTMENT SOAP BAR..untuk sabun mandi...

Khamis, 10 Februari 2011

ubat-ubat untuk ECZEMA arisya


Pada hari selasa 8/2/11,pengasuh mintak cuti coz dia dapat jemputan ibu tunggal ,untuk terima sumbangan majlis Anti dadah kat Flat sri bangsar....dan ita ambil peluang ini jumpa pakar kulit kat PPUM,work in  aje,tak ada temujanji pun..aqil tingal kejap umah pengasuh,coz majlis kul 3 ptg....bawa arisya jumpa pakar kulit...Prof Rokiah kalu tak silap..baik dan peramah prof ne..mcm mak2..siap ambil pic arisya..bukan sebab comel tapi pipi arisya yg dah nipis pakai HYDROCORT,mcm pic dalam kotak ne...dia mengandungi steriod(dadah)..tak baik untuk kulit beby..tu yg kulit arisya nipis..siap pangil doktor yg lain ..prof..suruh ajar cara pakai ubat mcm ne...siap panggil masuk bilik rawatan dan staf nurse ajar terus siap sapu kat arisya...dan masa ambil ubat tu dia banyak ...penuh handbag ita dengan ubat dia..tekejut masa ambil kat famasi PPUM,dalam pic ne kurang dah 4....coz masa ambil aqil bagi terus kat pengasuh dan terang kan mcm ne nak guna.

yang ne nama dia EMULSIFYING OINTMENT ne lepas mandikan arisya tak perlu lap badan dia,terus sapukan ubat ne keseluruh badan..mcm beminyak sikit ubat ne..senang...masa basah dia licin..sapu sambai putih tu hilang dan meresap dalam kulit dia.....

kemudian boleh sapu ubat ne AQUEOUS CREAM ne ke selurug badan lak.....dan akhir sekali bubuh HYDROCORT (besar butir beras) sikit sangat2 colek2 kat tempat yg teruk..prof suruh sapu 1 minggu sekali aje..coz tak baik untuk bahagian muka dan leher...tak bubuh tak pa...dan temujanji arisya untuk pakar kulit pada 6/5/11.lagi 3 bulan..yg paling tak best prof suruh ita kurus..dia ckp mak kena kurus ya...nanti sapa nak take care anak...sabar ajo lah...