cinta hati mama

cinta hati mama
Memaparkan catatan dengan label fakta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fakta. Papar semua catatan

Selasa, 20 November 2012

jom jahanamkan duit poket minggu ne bagi sesiapa nak beli barang beby..he..he 24-25/11/12

Jualan gudang PUREEN memang ita tunggu-tunggu nak beli barang beby,selalu buat setahun tu banyak kali juga,memang ita tunggu hujung tahun ke konon dapat lah tahu beby apa kan..sehingga kini tak tahu...kena juga beli coz ita pun nak masuk 8 bulan dah..dedulu memang murah lah baju-baju beby pureen ne dari RM1-RM 5.lepas tu mandian tu semua RM 5 untuk yang besarnya,sekarang ne baju RM 8. hinggaRM 10.mandian tu pun mahal juga...tapi kali ne tak tahu juga...tapi beli tak banyak kot..coz..dah basuh banyak baju si kak arisya dah 1 tong...harap tak rambang mata lah kan...tapi memang ramai orang,so sisiapa yang ada anak kecil tu tak payah lah bawa,susah nak jalan...

Ahad, 18 November 2012

jurang usia bukan halangan bahagia.


ita baca kat sini..best ada kena mengena dengan ita sikit-sikit beza umur ita dengan hubby 13 tahun,ita 38tahun-(1974) dan hubby 25,(1987)-alhamdulilah bahagia dan semoga kekal lah hendaknya ke hujung nyawa.. Tq abang love u ....amin...
kisah hampis sama,cuma ita bukan andartu tapi janda anak 1,yang ita tertarik dengan hubby 1st time jumpa terus bawa jumpa family dia,masa 1st jumpa juga ita bawa diana(anak ita sekali)..bila berkawan ita tak pernah sembunyikan status ita ..status ita JANDA...dan paling best mak mertua merestui masa 1st jumpa tu lagi..masa tu cuma sekadar kawan-kawan sahaja...maknya melayan ita dan anak dengan baik sekali..org cakap kalu nak kawin kena kawin dengan familynya sekali...walaupun hubby orang yang agak susah ita terima seadanya....susah sama-sama susah ,dan hubby memang terlebih-lebih sayang ita dan anak-anak sekarang....tulah kan jodoh... ALHAMDULILAH SYUKUR..


Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Monday, October 22, 2012n  (sini)

JODOH adalah ketentuan daripada Allah, namun kita juga perlu berusaha untuk mencari yang serasi agar hidup kekal bahagia sepanjang hayat.

Tidak mudah untuk memiliki yang berkenan di hati kerana cita rasa manusia boleh berubah mengikut mood dan masa.

Jika ada yang bertahan, itu sesuatu yang membahagiakan dan yang patah di tengah jalan, anggaplah itu sebagai takdir dan tiada jodoh lagi untuk terus bersama. Itu juga ketentuan Allah.

Dalam mencari calon suami atau isteri, banyak dugaan yang dilalui termasuk daripada keluarga, kawan-kawan dan suasana keliling.

Kepada saya, lelaki ini yang menamakan dirinya Majid (bukan nama sebenar) berkongsi cerita tentang pengalamannya mencari calon isteri.

Apa yang terjadi kepada Majid, kita ikuti kisahnya.

"Ketika itu, saya berusia awal 20-an dan merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di ibu kota. Sebagai lelaki, saya merasakan tidak mudah untuk mencari calon isteri. Jika tersalah pilih, yang dirancang tidak menjadi.

"Begitulah permulaan kisah yang ingin saya kongsi dengan anda minggu ini. Kisah tentang jodoh saya.

"Keluarga memberi sepenuh kepercayaan kepada saya memilih calon isteri. Jika saya tiada pilihan, mereka akan menolong untuk mencari calon yang sesuai. Doa adalah senjata yang paling mustajab untuk kita mendapatkan yang terbaik. Ini kerana setiap insan dijadikan berpasangan, itu janji Allah dan setiap kali bersolat, saya bermohon semoga diperkenankan hajat ini.

"Maka takdir telah mempertemukan saya dengan seorang gadis yang lebih berusia daripada saya. Saya senang berkawan dengannya walaupun mendapat tentangan yang cukup hebat daripada kawan-kawan yang kebanyakannya adalah wanita.

"Pelbagai cerita negatif yang saya dengar mengenai gadis pilihan saya itu yang saya kenalkan sebagai Zati (bukan nama sebenar), tetapi saya diamkan sahaja kerana tiada bukti kukuh yang boleh saya percaya kata-kata mereka.

"Saya membuat andaian mereka cemburu dengan saya atau iri hati. Mungkin juga mereka merancang sesuatu. Tetapi mereka harus ingat, ini soal hati dan perasaan.

"Berdiri biar sama tinggi dan duduk biarlah sama rendah, itu yang sepatutnya terjadi supaya serasi dan sedap mata memandang. Itu antara nasihat yang dilontarkan kepada saya ketika sedang minum petang dengan kakak-kakak di pejabat.

"Kakak ingin melihat Majid bahagia dan carilah calon isteri yang sepadan dan muda kerana perempuan akan kelihatan cepat tua.''

"Saya hanya tersenyum dan faham maksudnya, tidak salah untuk kita mendengar nasihat daripada seorang yang lebih berpengalaman.

"Hampir bertahun juga saya cuba untuk menghampiri Zati dengan harapan yang satu, untuk dijadikan calon isteri. Tidak semudah yang disangka kerana pelbagai 'ujian' yang saya hadapi termasuk tekanan daripada kawan-kawan sekeliling yang kesemuanya tidak setuju dengan pilihan saya.

"Mereka kebanyakannya menentang. Kata mereka kami tidak sekufu dan masih ramai lagi yang sesuai untuk disunting. Bagi saya, amat tidak adil jika Zati dihukum kerana saya. Mengapa harus bersandarkan kepada pendapat orang lain jika itu yang terbaik dan diciptakan untuk saya.

"Usia bukan penentu kebahagiaan seseorang dan kekayaan juga bukan tiket untuk mudah mendapat segala yang dihajati, kerana ketentuan itu milik Allah.

"Saya nasihatkan Zati supaya jangan terlalu memikirkan apa yang diperkatakan oleh orang sekeliling. Pedulikan mereka kerana jika dilayan akan bertambah kecoh dan tiada kesudahan.

"Dengan izin Allah segalanya berjalan lancar dan kami akhirnya bertunang dalam suatu majlis yang sederhana. Pelbagai cerita timbul, di samping heboh cerita saya bertunang dengan andartu.

"Itulah hakikatnya. Amat sukar untuk membahagiakan hati orang kerana kebahagiaan itu milik kita dan pemberian daripada Allah yang harus disyukuri.

"Yang paling saya gembira adalah kerana pertunangan kami dipersetujui keluarga dan mendapat restu daripada kedua ibu bapa dan keluarga pada hari pernikahan kami.

"Itu kisah 30 tahun yang lalu. 

Khamis, 5 Julai 2012

Jom cantik


Petua Kecantikan Untuk Semua

1. Minum banyak air. Minum, minum dan minum. Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh, tetapi air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas utk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah. 

3. Jangan Merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. 

5. Pada waktu tertentu, pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Tidak payahlah sapu itu dan ini. Cukuplah dengan wajah yang bersih. 

6. Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik (sunnah), makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata. 

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan. 

8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. The best way are berzikir, berselawat, solat & istigfar

9. Ketawa adalah penghibur duka. Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka

10. Hati mesti sentiasa bersih & suci.  Tiada hasad dengki, buruk sangka, iri hati, sombong…sentiasa ikhlas, berlapang dada, bersyukur, menghargai & bertoleransi. 



copy :kawan opis e-melkan Tq;Mohamad Fairul Mohamad Hatim


Sabtu, 14 April 2012

Mengapa Yahudi Bijak~Dr. Stephen Carr Leon~


Mengapa Yahudi Bijak
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Jumaat, 18 November 2011

Status Halal Tobasco Sauce

Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia..ne kawan opis e-melkan..rasanya ita pernah makan sos ne kat pizza hut..sos yg botol kecil tu..pedas sanggat...ada lah sekali 2 kot...jahat sungguh lah....nak makan kat luar pun takut dah ...



Jumaat, 4 November 2011

e-mel yg ita suka......

TQ ~M. Jaafar & Nor Azlina....biasa 2 org ne akan e-melkan kat ita serpeti di bawah ne..apa2 perayaan pun..suka siap dengan fakta..dan kata2 sunguh nice. aje..siapa yg nak beli atau nak tengok boleh lah ke link di bawah tu ya...atau e-melkan kat mereka...M.Jaafar & Nor Azlina [admin@rahsiaanakpintar.com]


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Anita

Apa khabar Anita ? Semoga sihat-sihat hendaknya..

Beberapa hari sahaja lagi akan muncul pula Hari Raya Qurban. Pada ketika ini sekitar 3 juta umat Islam sedang beribadah di Masjidil Haram sementara menunggu untuk berangkat ke Arafah pada 8 Zulhijjah. Yang uniknya, umat Islam seluruh dunia juga akan melaksanakan ibadah Qurban serentak pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah  tidak kira jemaah haji atau tidak..

Pada umat Islam, inilah peluang bagi mereka yang mempunyai lebihan rezeki untuk melakukan ibadah Qurban. Antara manfaat yang diperolehi daripada ibadah Qurban ialah ianya dapat mendidik hati supaya sentiasa bersyukur, mengukuhkan persaudaraan dan meningkatkan ketaqwaan...

Sukacita kami kongsikan sebuah hadis Rasulullah s.a.w mengenai kelebihan berqurban: "Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (qurban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi : "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

Akhirnya Anita , Sempena Hari Raya Qurban 1432H, kami mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap selama ini..

Sekian dahulu, sedikit perkongsian pada kali ini semoga ianya bermanfaat.

Salam Hormat dan Salam Aldil Adha daripada kami

M. Jaafar & Nor Azlina
www.facebook.com/anakpintar2u

# Manfaatkan musim cuti sekolah anak-anak dengan baik melalui games Anakku Sayang www.games.anakpintar2u.com

# Belajar Bahasa Inggeris sendiri di rumah  http://tinyurl.com/3j76wk8

#Perkemas IQ, EQ dan SQ anak-anak melalui ebook Rahsia Anak Pintar www.rahsiaanakpintar.com

Rabu, 6 Julai 2011

~Mooka Booko~

(ini ita dapat daripada kawan  opis e-melkan..ada kebenarannya.....)

fikir-fikirkan bersama
kita renung-renungkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,

akaun facebook ini hanya kita yang tahu password

hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..

apa yang jadi pada akaun fb kita?

mungkin ada yang akan ucapkan takziah

mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..

sedarkah kita

gambar-gambar kita..

akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?

gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna

macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok

dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..

walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..

saham dosa terus meningkat..

macam mana?

pernah terfikir tak?

tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?

legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?

baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini

kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik

tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..

semua itu tidak akan membawa erti

semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup

di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,

saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan

peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah

mati itu pasti

persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini

amin~

renung-renungkan dan selamat beramal :)

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●

sumber : layar minda

Rabu, 22 Jun 2011

Menjadi Pasangan Yang Baik

KURANG berkomunikasi, cemburu dan sikap tidak peduli menjadi antara sebab utama pasangan sering bertelingkah dan bermasam muka.Sudah tentu kebahagiaan tanpa sebarang pertelingkahan yang serius diidamkan setiap pasangan dan perpisahan adalah sesuatu yang patut dielakkan.Kadangkala individu tidak mempedulikan kekurangan diri dan tidak berusaha untuk mengubah diri demi memenuhi kepentingan perhubungan dan percintaan.Tidak perlu menyalahkan pasangan jika berlaku sebarang salah faham. Sebaliknya, cuba perbaiki diri agar tidak menyumbang kepada pertelagahan.



1 )Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.



2) Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.



3) Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.



4) Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata ‘sudah kahwin untuk apa romantik lagi’. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.



5) Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.



6. Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.



7) Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.



8) Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.



9) Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.



10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.


ita copy kawan nya blog...suka baca blog dia..banyak ilmu..walaupun ita dah kawin...masih dalam pembelajaraan lagi untuk memperbaiki kelemahan2 diri.....semoga ita menjadi pasangan yg baik untuk hubby tercinta...hingga ke hujung nyawa ita amin....

Jumaat, 27 Mei 2011

klinik...talasemia

ari ne 27/5/11.pagi tadi bangun dan memasak seperti biasa(lama tak masukan gambar masakan)..sebenarnya ada temujanji arisya dan aqil sekali di klinik kesihatan kat rumah...sampai2 aje..org dah ramai..bukan sebab ada temujanji rupa2 ada ceramah oleh doktor tentang talasemia...ita memang ada temujanji lah..tapi dapat lah gudis beg..dia org kasi..pakaian jururawat pun cantik..mcm baju koprat seluar itam dan baju kemeja..ada list2 hijau...nice lah..ita tengok...

seperti biasa sampai sama kena timbang lah arisya naik sikit daripada 8.3kg..naik 9kg..jururawat ckp normal..dan perkembangan arisya ok...dan arisya kena suntik untuk 1 tahun nya..kat lengan kanan..menanggis gak..biasa tak menanggis. ne .dah cerdik....tapi kejap sangat menanggisnya..untuk aqil yg gendut lah timbang tadi berat dah 23kg..dah OBES...(berat badan berlebihan)..buat temujanji lain untuk jumpa doktor...so sekarang tarikh temujanji untuk aqil dan arisya dah tak sama...agak susah lah mcm ne kena masuk lambat lah...bos iangan marah ya....

masa tadi dengar lah pasal telesimia ne ada sedikit info yg ita nak kongsikan....


Korang dah pergi check ke talasemia? ya lah.. la nak jugak tahu kan, yang diri kita ni pembawa penyakit talasemia atau tak..ita dah check masa mengandungkan aqil doktor cakap ita talasemia genetik...(sepatut nya kita kena check masa buat HIV TEST ,BUAT SEKALI SARINGAN UNTUK TALASEMIA OK)
...
Penyakit Talasemia ni penyakit keturunan tau,ia berkaitan dengan sel darah merah(hemoglobin)-ia mudah pecah dan tak tahan lama... maknanya penyakit yang akan di wariskan kepada kita sekiranya ibu bapa kita pembawa Talasemia. Ia juga di panggil penyakit anemia(pucat)  iaitu kecacatan darah. 1 dalam 20 rakyat Malaysia pembawa gen Talasemia.
Punca :
  • Ibu @ bapa yang pembawa Talasemia (kalau ibu @ bapa kita ada talasemia kemungkinan 25% kita akan di jangkati)
Tanda dan Gejala :
  • Pada awal kelahiran, kanak2 kelihatan normal tapi bila berusia 3 – 18 bulan, masalah anemia mula kelihatan.
  • Kelihatan pucat, resah dan lemah
  • Kesukaran bernafas bila di tahap yang serius
  • Jaundis (demam kuning)
  • Perut buncit akibat hati dan limpa bengkak
  • tumbesaran terbantut
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal( tanda lewat)
Rawatan :
  • Pesakit perlu menjalani tranfusi darah setiap bulan( tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan menyebabkan pesakit meninggal dunia di usia remaja )
  • pemindahan sum-sum tulang
  • Ubat membuang zat besi dari tubuh sepanjang hayat mereka.
Langkah Pencegahan :
  • Elak perkahwinan di kalangan pembawa
Amat penting la bagi korang yang belum kahwin masih belum terlambat utk buat pemeriksaan . Semestinya kita nak zuriat yang sihat kan? Bagi ita  yang dah kawin ni, redha je laa..






kat sini lagi banyak info nya...TOLONG BACA......



Secara jujurnya, sanggupkah anda membiarkan si kecil anda menghabiskan sisa usianya di hospital sepanjang hayatnya? Atau, tabahkah anda melihat kesengsaraan si kecil menahan kesakitan akibat tusukan jarum suntikan semata-mata untuk menyelamatkan nyawanya? Atau, terpikulkah beban untuk menanggung kos rawatan yang mencecah ratusan ribu ringgit ?

Sebagai ibu atau bapa, bersediakah anda menerima pelbagai ujian dan cabaran kerana `bertanggungjawab’ melahirkan anak-anak yang menghidap penyakit talasemia? Jika jawapannya tidak, andalah `penentu’nya. Langkah pertama, untuk menghentikan kelahiran generasi ini, seharusnya bermula dengan anda. Ini kerana, belum ada penawar paling berkesan untuk menangani penyakit darah yang diwarisi secara turun-temurun ini.

Kecuali, anda seorang yang terbuka dan bersedia untuk `tidak berkahwin’ sesama pembawa talasemia. Sehubungan itu, kepada anda yang belum berkahwin dan merancang untuk berkahwin, ada baiknya anda mengetahui status kesihatan diri. Hanya dengan ujian darah yang mudah dan kos yang berpatutan, status kesihatan diri akan menentukan tindakan anda seterusnya.

“Sebagai pembawa anda kelihatan normal, tidak ada bezanya dengan individu lain dan tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit ini. “Tetapi, jika berkahwin sesama pembawa, risiko anda untuk melahirkan keturunan yang menghidap penyakit ini sebanyak 25 peratus,” kata Pakar Hematologi, Unit Hematologi, Jabatan Klinikal Sains Makmal, Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Elizabeth George.
Menurut beliau, sikap acuh tak acuh atau enggan ambil tahu mengenai status diri menyebabkan lebih ramai generasi talasemia dilahirkan.

Lebih membimbangkan, penyakit ini menyebabkan penghidapnya menderita sepanjang hayat.
“Kenapa kita mesti membawa anak-anak ini ke dunia, sedangkan mereka terpaksa menderita sepanjang hayat? “Apa akan jadi kepada generasi negara ini pada masa akan datang, jika kita terus melahirkan mereka?” tegas beliau.

Menurut Elizabeth, pesakit talasemia memerlukan pemindahan darah setiap bulan, selain kos ubat membuang zat besi dari tubuh sepanjang hayat mereka.
Tetapi, apa yang lebih menakutkan, jangka hayat mereka juga tidak panjang iaitu antara satu hingga dua dekad saja. Ini kerana, 80 peratus daripada mereka akan meninggal dunia.

Talasemia merupakan sejenis penyakit darah yang diwarisi kerana ketidakupayaan tubuh menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin sejenis protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh.
Menurut beliau, sekiranya pasangan terbabit tahu status diri dan tetap mengambil keputusan untuk berkahwin, itu adalah hak mereka.

Begitu juga dengan anak-anak yang bakal mereka lahirkan. Menceritakan pengalamannya, Elizabeth memberitahu, setiap kali beliau membuat diagnosa kanak-kanak di klinik, rata-rata di kalangan ibu mereka tidak tahu status kesihatan diri.
“Itulah yang menyentuh perasaan saya, kerana setiap kali saya mengajukan soalan, jawapan mereka mengecewakan.

“Rata-rata tidak tahu mereka pembawa talasemia. Ini menunjukkan adalah bahawa kesedaran tentang talasemia masih rendah,” jelasnya. Di sesetengah negara seperti Cyprus misalnya, pasangan yang merancang berkahwin perlu menyediakan sijil yang mengesahkan mereka telah menjalani ujian darah.

Begitu juga di Maldives, sebahagian besar rakyatnya beragama Islam. Kadi yang menikahkan pasangan akan meminta sijil pengesahan menjalani ujian darah.
“Sekalipun ia bukanlah sesuatu yang termaktub dalam undang-undang, tetapi kerana kesedaran, mereka sanggup melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat negara mereka,” jelas Elizabeth.

Menurut beliau, talasemia merupakan sejenis penyakit yang meninggalkan trauma bukan saja kepada pesakit, malah kepada seluruh keluarga.
Bayangkan, katanya, bayi yang didiagnos seawal tiga bulan terpaksa menanggung kesakitan dan menjalani pemindahan darah untuk memastikan mereka terus bernafas.
Malah, katanya, tidak seperti kanak-kanak lain, semangat kanak-kanak talasemia ini agak luntur.

Ini kerana, sebahagian besar kehidupan mereka terpaksa dihabiskan di hospital menyebabkan mereka kelihatan bosan dengan sesiapa saja yang menyapa mereka.
Menurut Elizabeth, pemindahan darah, suntikan ubat-ubatan untuk mengeluarkan zat besi antara trauma dan pengalaman pahit yang terpaksa dilalui oleh kanak-kanak talasemia ini.

Sehubungan itu, kata beliau, tiada cara terbaik untuk menangani talasemia melainkan pencegahan. Pencegahan terbaik ialah dengan melakukan ujian saringan darah kepada pelajar sekolah menengah. Malaysia seharusnya mencontohi Singapura, kerana sejak lima tahun lalu, negara tersebut bebas daripada kelahiran baru penyakit ini.

Apa itu talasemia?

Sejenis penyakit keturunan di mana sel-sel darah merah gagal membawa bekalan oksigen yang mencukupi untuk keperluan tubuh sebelum ini dikenali sebagai penyakit Mediterranean anemia.

Ia berasal dari perkataan Greek, thalasanemia yang bermaksud anemia berhampiran laut. Sejak berabad-abad lamanya, ia mengakibatkan kematian di kalangan kanak-kanak.
Sehingga tahun 1925, gambaran klinikal penyakit ini hanya baru dikenal pasti oleh seorang pakar pediatrik, Dr. Thomas Cooley.

Ia kemudian dikenali sebagai anemia Cooley. Penyakit ini, tidak hanya berlaku di kalangan orang Mediterranean, malah di Asia Barat, India, Asia Tenggara dan Afrika.
- Penyakit ini menyebabkan:
* Sumsum tulang tidak boleh menghasilkan sel-sel darah merah
* Jantung dan lain-lain organ penting gagal berfungsi
* Pesakit kelihatan pucat dan letih sepanjang masa
* Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit biasanya meninggal dunia antara satu hingga lapan tahun.
- Bagaimana seseorang boleh menghidap talasemia
Ia adalah penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak melalui baka.
Bagaimanapun, ia bukanlah penyakit berjangkit seperti demam selesema.
- Jenis-jenis talasemia
* Talasemia minor - individu sihat yang menjadi pembawa
* Talasemia major - pesakit talasemia yang serius, memerlukan pemindahan darah setiap bulan dan ubat-ubatan untuk membuang zat besi.
* Talasemia intermedia - individu yang tidak mempunyai gejala talasemia tetapi mungkin memerlukan pemindahan darah semasa hamil, jangkitan yang serius dan sebagainya.

FAKTA TALASEMIA

* Penyakit keturunan yang paling kerap ditemui, tetapi kurang mendapat perhatian masyarakat.
* Kira-kira 90 peratus kanak-kanak talasemia lahir daripada ibu bapa yang tidak sedar status mereka sebagai pembawa.
* Sabah, negeri yang mencatatkan pesakit talasemia major tertinggi di negara ini.
* Kira-kira 4.5 peratus orang Cina di negara ini terdiri daripada pembawa penyakit ini, tetapi agak jarang di kalangan orang India.
* Bagaimanapun, mereka yang berasal dari utara India berkecenderungan mempunyai status sebagai pembawa.


Khamis, 5 Mei 2011

Renungkan......

Benarkah lelaki yg baik utk wanita yg baik?


Dua hari lepas, seorang adik rakan sekerja menanyakan; sejauhmanakah kebenaran fakta ‘lelaki yang baik untuk wanita yang baik, lelaki jahat pula untuk wanita yang jahat’? Terkejut juga bila soalan itu diajukan kepada saya pada awal-awal pagi.

Sebelum jawapan saya berikan, saya tanyakan dulu kenapa soalan tersebut diajukan kepada saya. Menurut adik yang dikenali dengan nama Suci ini, seorang rakannya bakal berkahwin tidak lama lagi. Ketika pertemuan baru-baru ini, rakannya tersebut meluahkan rasa bimbang dengan latar belakang gadis yang bakal dikahwininya.

Kenapa bimbang? Menurut ceritanya, rakan Suci adalah seorang lelaki yang agak liar sebelum ini, mengamalkan pergaulan bebas tanpa batas dan pernah mengamalkan cara hidup melanggar hukum syarak. Tapi itu dulu, suatu masa dulu dan kini rakan Suci dah pun berubah. Latar belakang dirinya yang jahat sebelum ini yang menimbulkan kerisauan; apakah gadis yang bakal dikahwininya mempunyai sejarah yang sama dengan sejarah hidupnya?

Jawapan saya kepada persoalan Suci akan saya bincangkan di dalam resipi kali ini. Hakikatnya, tak ada seorang individu pun di dunia ini yang suka kepada kejahatan atau suka untuk berkawan dengan orang yang jahat. Malah, individu yang terlibat dalam aktiviti tidak sihat, tidak pernah merasakan mereka jahat. Apakah maksudnya? Ya!! Baik atau jahat itu adalah satu perkara yang tidak sama definisinya atau konsepnya kepada setiap individu. Bagi seseorang yang tidak sukakan individu perokok, tidak mustahil perokok adalah tergolong di dalam kategori jahat. Jelasnya, maksud baik dan jahat adalah bergantung kepada penerimaan seseorang. Berkaitan persoalan Suci tadi, ya… di dalam al-Quran jelas menyatakan: “Perempuan-perempuan jahat untuk lelaki-lelaki jahat, lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki baik, lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.” Menurut pengajian ulum al-Quran, ayat ini sebenarnya diturunkan oleh Allah SWT selepasnya meletusnya tuduhan dan fitnah terhadap isteri Rasulullah SAW, Saiyidatina Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki. Walaupun sekadar satu penafian terhadap fitnah tersebut, ayat ini juga difahami sebagai satu janji Allah SAW kepada hamba-Nya. Saya yakin, anda biasa bertemu dengan kes seseorang ber’title’ ustaz atau ustazah (yang sinonim dengan seorang yang baik) mengahwini individu yang biasa-biasa sahaja atau mungkin bagi sesetengah orang, agak kurang baik jika dibandingkan dengan pasangannya. Jika ayat tadi adalah janji Allah kepada hamba-Nya, kenapa jodoh sebegini tetap ada? Hakikatnya, setiap pasangan yang ditakdirkan bertemu jodoh adalah dengan kehendak-Nya juga. Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah mempunyai sebab dan hikmah yang tersendiri. Sama jugalah dengan jodoh seseorang.

Saya percaya, kebanyakan individu mempercayai dan mengharapkan pasangannya adalah yang terbaik untuk dirinya. Bererti, tercapailah maksud ayat, lelaki baik untuk perempuan baik. Namun, apabila berlaku ketidakadilan atau perlanggaran hak ketika melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang sewajarnya di dalam perkahwinan dan rumahtangga, sudah pasti akan menyebabkan timbulnya masalah. Apabila pihak yang sengaja enggan melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya yang sewajarnya, tetap enggan biarpun telah diberikan teguran, selalunya akan menyebabkan berlakunya perceraian. Tika inilah janji kedua di dalam ayat tersebut, berlaku: lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat - bererti sudah tidak ada jodoh antara mereka disebabkan berlakunya perbezaan sikap di dalam melaksanakan tanggungjawab yang patut dan perlu. Sama juga dengan kes suami isteri yang bertemu jodoh dalam keadaan sama-sama menggagalkan diri daripada menunaikan tanggungjawab yang patut dan wajar di dalam kehidupan Muslim dan rumahtangga.


Apabila seorang daripada mereka tersedar dan kembali cuba menunaikan tanggungjawab yang perlu, selalunya akan berlaku perpisahan, menepati janji termaktub di dalam ayat 26, surah an-Nur tadi. Merujuk kes kawan Suci, hakikatnya sejarah hitam seseorang tidak perlu diungkit. Tambahan pula, kawan Suci dah pun bertaubat dan dek kerana kebaikan yang wujud di dalam diri kawan Suci tadi, dia bertemu jodoh dengan seseorang yang dianggap terbaik untuk dirinya tika itu.

Kenapa nak fikirkan kisah silam sendiri atau bakal pasangan? Allah SWT Maha Pengampun malah seseorang yang melakukan dosa besar dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat adalah lebih mulia dan suci berbanding mereka yang seringkali melakukan dosa kecil. Tak perlu bincangkan kisah lama kerana kita perlu hidup untuk hari ini dan masa depan. Paling penting, sentiasa berusaha untuk tingkatkan keimanan dan kebaikan di dalam diri sendiri dan pasangan kita. InsyaAllah, jika satu pihak yang baik ditemukan dengan yang kurang baik namun mahu dan sanggup berusaha ke arah yang lebih baik, maka akan jadi baiklah juga akhirnya./Suzana Ghazali Posted by ahmadi

Rabu, 4 Mei 2011

Pemakanan Dalam Islam

Saya kongsi artikel menarik yang saya baru terima melalui emel seorang kawan baru je sebentar tadi…

Bertepatan dengan HaDith Rasullulah s.a.w : marhumnya :

“ berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil “



Vitamin B dan Tambah Darah
Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan ( kajian dan terbitan para kafir ini ) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kalo nak darah lebih, makan buah delima insyaAllah banyak khasiatnya. Tak pun makan buah avocado, atau yang berkaitan dengannya. Buat air ke. InsyaAllah, buah tersebut merupakan ubat bagi segala barah.

Kopi untuk kesihatan

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegembaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok yahudi, mereka minum kopi, starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.

Nescaffe je yang setakat ni ada kesan negative bagi pengamalnya. Tu pun disebabkan ianya diproses menggunakan resepi orang-orang bukan islam. kopi lain kan banyak. Lagi banyak khasiatnya. Kopi kampung pun best. Tak payahla kita nak sibukkan diri nak minum starbuck. Kopi isteri kita buat, kopi mak kita buat. Bukan kah diadun dan dibancuh dari tangan-tangan yang sepastinya kita tahu sumbernya. Dahlah tak mahal, Cuma dapatkan serbuk kopi ngan gula je dari kedai.

Daging kambing makanan nabi

Kita diajar kalau memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Yang jadikkan kita darah tinggi atau serangan jantung sebenarnya rempah yang tidak diadun dengan betul dan sempurna. Tapi janganlah makan kambing dengan banyak, sebabnya kalau makan banyak apa-apa jenis makanan pun, tetap ia boleh datangkan mudarat. Kalau nak elok lagi, lepas makan kambing tu, cuba minum air limau nipis. Kalau berani lagi. Perah je air perahan lima nipis dalam mulut.

McDonalds

Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

Kalau nak wat burger ke, kentang ke, buat je sendiri. Carik daging burger then goreng sendiri kat umah. Macam-macam resepi burger boleh kita buat ikut sukati kita, Kalau malas sangat, pegi je mana-mana gerai abang burger yang kita kenal tu, order je dari situ. Lagi puas hati. Sekurang-kurangnya kita Nampak proses penyediaan dan bahan yang digunakan. Baru hilang syubahah dan tenang dalam amalan dan ibadat seharian.

Coke dan Maggi

Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makananan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu tidak bagus untuk kesihatan 9 gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi ). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

Berentilah minum semua air bikarbonat nih, banyak bahaya daripada faedahnya. Minum air sejuk kan best. Nanti bersih usus kita. Kita gak hepi..hehehe. Minum je susu kambing atau lembu. Takpun, beli jek mana-mana buah then proses buat jus. Lagi jimat. Bahan pun sepastinya diyakini kehalalannya. Meggi tu payah gak nak cakap, kalau dah yakin halal kita makan je. Banyak gak meggi yang orang islam buat.

Soya
Untuk pengetahuan , para kafir agen dajjal ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya ( sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar ), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurang kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuat penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Minum je susu kambing. Pasti banyak khasiatnya.

Petua mendapat anak
Kalau yang nak dapat anak, tapi belum dapat-dapat dan dah lama berusaha, cuba kaedah ni. Baru-baru ni ade terdengar dekat telivisyen rancangan tanyalah ustaz kaedah macam kat bawah ni.



“Ambil susu kambing segelas. Buah kurma segenggam. Asingkan buah kurma dari biji. Kemudian campurkan buah kurma tersebut kedalam susu kambing. Kemudian di kisar hingga sebati. Amalkan minum setiap hari samada nak minum satu gelas teros atau minum 7 teguk sehari. Sebelum minum bacalah BISMILLAH dan jangan lupa untuk bersalawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Nak elok lagi, salawat Syifa. Lebih elok lagi kita baca selepas salawat tu, doa-doa amalan Rasulullah dan Sahabat. InsyaAllah akan dikurniakan anak oleh Allah dengan berkat dan rahmatNya atas usaha yang kita kerjakan. Amin”


Sekadar berkongsi ilmu dan Semoga Selamat dalam amalan seharian kita.

Sabtu, 30 April 2011

botol susu Tupperware untuk aqil dan arisya...


pakai botol ne susu skrg...


 ini yg baru beli..
baca baca ne..untuk paham kena ita yakin dengan prodak ini...dari dulu lagi..he..he Tq kak rose bagi tempat letak susu tu...biasa beli dengan kakak rose....mesti ada free gift..itu yg best nya... 

Thanx to Nora Herni atas artikel yang ditulis oleh beliau.. Refer sini yer...
Sejak Kementerian Kesihatan mencetuskan isu pengharaman botol susu bayi yang mengandungi BPA,masyarakat mula panik dan menjadi kelam-kabut seketika, terutamanya ibu bapa yang bergantung kepada penggunaan botol susu kepada anak mereka. Selepas pengumuman itu dibuat, bahagian botol bayi di pasar raya-pasar raya mula menjadi perhatian mereka. Masing-masing risau dan mula mencari jenis botol yang dimaksudkan, mahupun alternatif kepada botol BPA.

Menegaskan lagi keprihatinan kerajaan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata:
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar."

Ramai orang mula mempersoalkan, mengapa mesti dilaksanakan pada 2012? Mengapa tidak dilaksanakan terus secara serius. Sekiranya benar 'Kementerian tidak akan berkompromi...' mengapa perkara penting begini masih perlu ditangguh? Kata beliau lagi:
"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai."

Ramai pihak menggesa Kementerian Kesihatan mengkaji semula tempoh penangguhan itu, termasukPengarang Berita Harian.
"Kementerian sepatutnya bertegas dalam soal ini kerana kita tidak mahu rakyat membuat andaian bahawa kerajaan lebih mengutamakan kepentingan komuniti perniagaan – pengilang, pengedar dan peruncit, sebaliknya memperjudikan keselamatan pengguna. Risiko perniagaan tidak boleh disamakan dengan nilai serta kebahagiaan rakyat apabila kesihatan mereka terancam, apatah lagi bayi yang tidak berdosa. Walaupun tempoh pengharaman itu diputuskan Kabinet minggu lalu, tetapi Kementerian Kesihatan boleh memberi rasional terbaik kenapa botol susu berkenaan perlu diharamkan serta-merta di pasaran. Kita juga tidak mahu rakyat mempersoalkan langkah Kementerian Kesihatan kerana ia tidak selari dengan slogan gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang diilhamkan Perdana Menteri. Justeru, keputusan yang tidak memihak kepada kepentingan rakyat seperti ini dikhuatiri menjejaskan usaha kerajaan yang sedang giat merealisasikan slogan berkenaan. Bukti saintifik mengenai kesan BPA terhadap bayi dan kanak-kanak ternyata serius."

Sebagai orang biasa, yang 'tidak mempunyai kuasa', apa pula tindakan kita? Adakah terus pasrah dengan botol yang ada, kerana lebih murah dan sesuai dengan bajet bulanan yang sentiasa mendesak? Bagaimana pula dengan soal risiko kesihatan anak, waris generasi kita pada masa hadapan? Bukankah kita mempunyai 'kuasa pembeli'?

Berikut, saya kongsikan tip-tip mudah bagi mengenal pasti sama ada botol itu mengandungi bahan BPA ataupun tidak.

Botol susu yang mengandungi BPA:

1. Botolnya jernih (crystal clear)
2. Biasanya terdapat dalam pelbagai corak yang menarik
3. Harganya murah (sehingga ada pakej 3 botol hanya RM7.90)
4. Sekiranya di pasar raya besar, biasanya botol-botol ini dilonggokkan di dalam 'wagon'
5. Tiada label 'BPA FREE' pada pembungkusannya
6. Pada bahagian bawah botol, terdapat 'nombor 7' dalam segitiga beranak panah
7. Ada botol yang tidak mengandungi nombor langsung di bahagian bawahnya.

Nombor kod plastik yang berbahaya kepada manusia:

Bekas ataupun botol plastik yang menggunakan nombor kod 1, 3, 6, dan 7 sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan berulang kali, malah ada yang tidak sesuai digunakan sebagai bekas 'bahan makanan' manusia.

Sebagai contoh, botol susu dengan kod bernombor 6, sekiranya di pasar raya, ada juga pengilang yang meletakkan 'BPA Free', tetapi, walaupun jenis ini BPA Free, ia tetap tidak sesuai digunakan untuk botol bayi.

Nombor 6 menggunakan bahan Polystyrene. Bahan ini biasanya digunakan bagi membuat bekas CD, kaset, pembungkusan sabun atau bahan pembasuh dan 'sarang' telur. Tetapi, pengilang tetap menggunakan bahan ini bagi membuat botol susu bayi!

Bahan bernombor 1 iaitu PET (Polyethylene Terephthalate) pula biasanya digunakan sebagai botol minuman ringan, air mineral, dan bekas bahan kosmetik. Bahan ini adalah bahan 'pakai buang'. Digunakan sekali sahaja. Justeru, berhati-hatilah kepada mereka yang suka menggunakan botol air mineral berulang kali.

Bahan bernombor 3 pula terang-terangan namanya adalah PVC (Polyvinyl chloride), bukan bahan yang sesuai untuk bahan makanan. Biasanya ia digunakan sebagai getah paip, beg darah dan lain-lain. PVC juga dikenali sebagai 'Plastik Beracun' kerana mengandungi bahan toksin yang berbahaya.

Nombor yang sesuai bagi digunakan sebagai bahan botol bayi adalah bahan bernombor 5 atau PP (Polypropelene). Bahan ini biasanya digunakan sebagai botol ubat dan penyedut minuman.

Tip mudah mengenal pasti botol susu BPA Free:

1. Terdapat label pembungkusan 'BPA Free'
2. Sekiranya tiada label BPA Free, lihat pada bahagian bawah botol terdapat nombor 5 dalam segitiga beranak panah
3. Botol jenis ini berwarna keruh dan lebih lembut
4. Harga botol susu jenis ini biasanya lebih mahal, satu botol lebih RM10
5. Botol susu jenis kaca juga adalah BPA Free

Nombor lain yang selamat kita gunakan berulang kali adalah bahan bernombor 2 dan 4. Boleh baca di sini.

Peringatan: Berhati-hati, tidak semestinya botol berjenama ataupun berharga mahal itu adalah BPA Free. Botol-botol mahal yang dimaksudkan adalah botol-botol yang biasanya dijual di butik-butik bayi, kurang di pasar raya biasa. Walaupun botol berjenama mahal biasanya adalah BPA free, tetapi kadangkala, ada botol berjenama mahal yang masih belum menghabiskan stok lama mereka.

Sekarang, apa lagi, mari kita pergi ke dapur dan semak bekas-bekas makanan dan botol masing-masing (^_^)

Selasa, 12 April 2011

lanjutan e-mel yg ita dapat..menang loteri daripada GOOGLE

hari ini ita baru masuk opis..dapat e-mel lagi..kalu nak cek tu kena bayar duit penghantaran dia SKY NET.kalu murah tak pa..ne pakaiUS...MAHAL TU..entah betul ke tak..tak payah lah ..tipu aje..semua ne...


Selasa, 5 April 2011

PERCUMA: Pemeriksaan Kesihatan ...Projek “The Malaysian Cohort”

Ita baca blog kawan ita sini selly..ita jumpa ini..ita rasa bagus dan nak kongsi dengan kekawan ...kalu kita nak buat pemeriksaan kesihatan kos agak mahal...so dengan adanya projek ini PERCUMA...SO APA LAGI JOM JOIN.......tapi baca syarat2 dia dulu ya..ita dah terkena....he..he..




PERCUMA: Pemeriksaan Kesihatan ...




Projek “The Malaysian Cohort”

Warganegara Malaysia yang berumur 35 hingga 65 tahun dijemput menyertai projek The Malaysian Cohort, satu projek penyelidikan kebangsaan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang melibatkan pengumpulan maklumat kesihatan, pemakanan, gaya hidup dan biospesimen (darah dan air kencing) dari 100,000 penduduk Malaysia untuk mengenalpasti punca penyakit seperti kanser, kencing manis, strok, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain.
Dengan menyertai projek ini anda juga ditawarkan pemeriksaan kesihatan berikut secara PERCUMA:


Pemeriksaan Tekanan Darah

Ujian Fungsi Jantung (EKG)

Ujian Fungsi Paru-paru (Spirometri)

Pemeriksaan Darah (Ujian glukosa, kolestrol dan kiraan darah penuh)

Analisis komposisi badan

Pengukuran Indeks Jisim Tubuh (IJT), Ukurlilit Pinggang dan Pinggul





Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Urusetia Projek di:



Talian bebas tol 1800-88-2007 atau

Talian tetap 03 – 9171 0415 atau

Emel : temujanji@mycohort.gov.my; atau

Layari: http://www.mycohort.gov.my/
 
: ita copy pase daripada blog kawan ita ini:selly

Isnin, 4 April 2011

ne surat ke 2~GOOGLE e-mel~..hampeh.....

harapan tinggal harapan.....so kono lah berusaha cari rezeki...ita tak rugi apa2..tapi mengusik jiwa lah..sapo yg tak nak kayo....selalu masuk contest..tapi tak penah menang...allah belum nak bagi lagi rezeki terpijak ...tu..tapi alhamdulillah..rezeki allah ke atas ita dan family...syukur...

terima E-mel...GOOGLE...

pernah tak kau org dapat e-mel mcm ne..masa dapat tu..seronok..tapi kekawan opis ckp tipu....so ita rasa berbelah bagi lah...lepas tu kawan ckp kalu dia minta duit ke apa..jng layan.....ini minggu lepas dapat hari jumat..kalu dapat syok lah duit tu...tapi ita tak rugi apa2 pun cuma dah berangan..kalu kayo..makcik kayo lah kan..apa2 pun rezeki daripada allah...ne harapan palsu aje...

Amazing Typewriter Art by Keira Rathbone ::











Treating burns

Treating burns.


Egg white
One hopes never to be needing it, but just in case:...
A simple but effective way to treat burns with the help of egg white.
This method is used in the training of firemen.


When sustaining a burn, regardless the degree, the first aid is always placing the injured part under running cold water till the heat subsides.
And next spread the egg white over the injury.

Someone burned a large part of her hand with boiling water. Despite the pain she held her hand under running water, then took two eggs, parted the yolk from the egg white and slightly beat the egg white and put her hand in it. Her hand was so badly burned that the egg white dried and formed a white film. Later she heard that the egg is a natural collagen.

And during the next hour layer upon layer, she administered a white layer on her hand. That afternoon she didn't feel any more pain and the next day there hardly was a red mark to see. She thought she would have an awful scar but to her astonishment after ten days there was no sign of the burn, the skin had it's normal colour again!

The burned area had been totally regenerated thanks to the collagen, in reality a placenta full of vitamins.

This advice can be useful for everyone. Circulate it!