cinta hati mama

cinta hati mama

Isnin, 30 April 2012

kita bakao aje (Part 2)...potong kek ~Arisya~

pada malam yg sama juga potong kek yg makcik ida buat untuk si arisya ne,sedap kek nya...dan buka hemper yg dapat pada hari puspanita MQA,Tq makcik kerana nak sambut besday awal buat arisya....si arisyanya hari lahir 22/5 nanti....seronok si kenit ne..baju basah aje...sampai tak pakai baju ya...














kita bakao aje...(part 1)...28/4/11~malamnya~

pada hari sabtu dan ahad ikut adik ita balik kampung mak mertuanya di banting,saja aje..ida rancang nak buat bakar-bakar di kampung,sambil berkumpul ramai...meriahnya ahli keluarga dan saudara mara datang,siap ada karaoke lagi dah macam hari raya dah..mereka ne selalu buat mcm ne.....mak mertua ida baik betul lah,peramah lak tu...macam-macam ada....TQ ida dan family sekeluarga...lai n kali jemput lah lagi..


                                         ini belah petang bakar kayu dulu bagi bara...
         dalam kul 8 malam ,baru start bakar..org kuatnya tentu lah roslan (adik ipar)laki ida..hubby ita pun tolong juga...

                                          ini yg awal di bakar dulu ikan caru,ayam...
                                          kerang yg nak di bakar
                                          ayam yg diperap daripada pagi..oleh ida..
                                          ikan pari bercili....ita buat sambal cili tu...
                                         ikan caru sumbat cili juga..
                                                kari ayam,nasi empit,..



                                                                        kuah kacang(sedapppppppp terbaikkkkk)...
               rendang kerang, kuah asam,kuah kicap cili api,seperti biasa sago gula melaka.

                                           ini antara saudara mara yg datang..

                                      anak-anak dengan sago gula melaka,lain semua pedaskan..
                                        adam  yg rajin tolong bukakan plastik nasi empit.

                                       papa hantu kerang..bersama arisya yg sebuk juga,tak makan..
                                        ne karaoke time

Sabtu, 28 April 2012

PERHIMPUNAN BERSIH 3.0


~peringatan kepada penjawat awam ok~
(e-mel ini bos HR yg bagi)....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, Perhimpunan Bersih 3.0 bakal diadakan pada 28 April 2012 (Sabtu), jam 2.00 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

2.        Merujuk kepada Surat Edaran rujukan JPA(S)TT.71/140/(48) bertarikh 30 Jun 2011,  pegawai awam TIDAK BOLEH melibatkan diri dalam perhimpunan haram atau sebarang gerakan yang boleh mengancam keselamatan negara. Sekiranya cukup bukti menunjukkan pegawai terlibat dalam kegiatan tersebut, maka pegawai telah melanggar tatakelakuan pegawai awam khususnya Peraturan 3(1) Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) iaitu tidak memberi taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan dan tindakan tatatertib boleh diambil ke atasnya.

3.        Sehubungan itu, tuan/puan dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam perhimpunan yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.
 PBPSM, MQA

Jumaat, 27 April 2012

TAZKIRAH : MENGAPA AMAL IBADAT DITOLAK


Assalammualaikum,

MENGAPA AMAL IBADAT DITOLAK

Latar belakang
Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabal r.a tentang
hadith yang paling menyentuh hati yang pernah didengar sendiri dari
Rasulullah saw, lalu beliau terdiam dan menangis agak lama kemudian
menceritakan pesanan baginda saw kepada beliau, bahawa sesungguhnya
setiap tingkat langit itu ada malaikat penjaga (malaikat Hafazah) dan masing-
masing ditugaskan menghalang pahala 'amal 'ibadat seseorang yang mempunyai
sifat tertentu dari melepasinya untuk sampai kepada Allah swt.

1. Langit pertama : Pengumpat - seorang yang suka mengumpat keji

2. Langit kedua : Bermegah dengan kebendaan - pangkat, jawatan, wang, nama, 'ilmu dan sebagainya

3. Langit ketiga - Takabbur - seorang yang sombong, bongkak, merendahkan orang lain

4. Langit keempat - 'Ujub - seorang yang merasa bangga dengan kehebatan pada diri sendiri

5. Langit kelima - Hasad dengki - seorang yang hasad, dengki, cemburu kejayaan orang, iri hati dan sebagainya
6. Langit keenam - Tidak bersifat rahim – seorang yang tidak bersifat pengasih penyayang kepada semua makhluk
7. Langit ketujuh - Riak - seorang yang suka memperlihatkan 'amal, menunjuk-nunjuk, mencari pujian manusia

Setelah pahala 'amalan seseorang dapat melepasi semua halangan ditujuh
lapisan langit tersebut, maka pahala 'amalan seseorang itu akan dibawa
menghadap Allah swt. Lantas Allah swt berfirman kepada malaikat "Kamu
semua penjaga 'amalan hamba-hambaku sedangkan aku pengawas dirimu.
Sebenarnya 'amalan dia bukan untuk mendapat keredhaanku semata-mata,
maka aku laknatkan ke atasnya". Justeru semua malaikat pun turut melaknat
termasuk tujuh petala langit dan bumi serta segala isinya.

Pengajaran

1. Kesemua tujuh sifat di atas mudah menghinggapi diri
semua manusia dan amat susah untuk dibuang, kita hendaklah sentiasa
mengawasi diri dan hati agar tidak merosakkan pahala 'amalan kita
dengan cara sentiasa mencari 'ilmu dan beristighfar di samping
berdoa.

2.Renungkan selama ini, setakat langit ke berapakah atau banyak
manakah
pahala 'amalan kita yang telah berjaya melepasi
pintu-pintu langit dan yang telah berjaya dibawa menghadap Allah swt.

3.Jika seorang yang bergelar sahabat besar Rasulullah saw yang bernama Muaz
bin Jabal r.a pun berasa gerun dan takut lalu menangis bila mengenang
pesanan Nabi saw ini, di manakah dan bagaimanakah kedudukan kita di
hadapan Allah swt ?.

4.Janganlah kita mensia-siakan pahala 'amalan yang kita lakukan dengan
sifat-sifat negatif di atas.

5.Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri dan 'amalan kita
sebelum tiba masanya kita dipanggil untuk menghadap Allah swt.

6.Sama ada susah atau senang, berat atau ringan, suka atau tidak
itulah pra
syarat yang mesti dipenuhi untuk melayakkan kita bertemu dengan Allah
swt,
namun ia tidak mustahil untuk dicapai asalkan kita dapat mengikuti
jalan-jalan yang telah dilalui oleh para
kekasihnya.

7.Alangkah indahnya dunia ini sekiranya semua manusia dapat
menghayati dan
menghindari sifat-sifat negatif di atas demi kesejahteraan hidup di
dunia
dan akhirat.

BIRO AGAMA
.

Rabu, 25 April 2012

Majlis Berendoi & cukur Jambul...(MQA)

Seronok lah tengok beby-beby (anak staf MQA)..berserta buaian yg sanggat cantikkkkk....Best gila Bahagian Pentadbiran sekarang macam-macam event  di orang buat sekarang......Tahniah di ucapkan...












sago & mesyuarat Bahagian Audit Institusi (BAI)

walaupun penat dengan puspanita semalam,kena juga buat sago ne...atas permintaan kekawan,entah lah nak kata sedap sangat biasa aje...mesyuarat ne dengan Prof.Zita sekali(bos no 2)...bos belanja makan juga td,mcm2 makana ada...pehhhhhhhhh..semua ada...mana tak berkembang dengan jayanya....



Selasa, 24 April 2012

hari pekerja,Setiausaha & Hari Puspanita MQA~24/4/12~

Majlis ini berlangsung hari ini 12 tengahari - 3 petang. ..letihnya lah...membantu urus setia,biasa buat ladisnight,tahun ne ada kelainan sikit,dan berdekatan dengan opis, dekan dewan Banguet MPPJ ...so lelaki ,pun boleh datang,antara artis Dato M Daud kilau,DEE dan rosmah.( AF)... tarian oleh biro kebudayan ,kompang MQA...dan bermacam lah....ne pic dalam hp ita aje...nanti tambah lagi yg juru gambar ambil ok....layan aje lah...artis tak beberapa best sanggat lah kan...





                                          bersama sebahagian geng urus setia...

                                             Rosmah dan Khai...(kecil aje org nya)...



Isnin, 23 April 2012

ita kembali mencoret...

Asalamuaikum.....

rindunya tak buka blog ita yg tak seberapa ne....nak cite apa pun tak tahu....tak apa-apa yang istemewa pun nak cite....sebenarnya ita baru  start keja hari ini....daripada 17-20/4/12...ita tak ada...ita baru aje baik dari sakit..ita start sakit petang isnin lepas..terus gi kelinik penel..dapat mc 3 hari...nak cite ne 1st time sakit yg ita melepet aje...baring aje ..tak larat sangattttttttt...(bukan mengandung ya...)..malam kahmis pula ...dapat panggilan telefon daripada kampung nenek saudara meninggal.....jadi terus balik kg ita di melaka...sampai rumah nenek dekat nak kul 1...nak minta kekawan sedekahkan Al-Fatihah buat nenek Kalsom Bin Wahab,dah tua nenek ne..dah 80 tahun.....sempat juga ita bantu mandikan jenazah semoga nenek di tempatkan dalam golongan beriman amin..........nenek ne adik kepada nenek ita..nenek ita dah 85 tahun..alhamdulilah sihat lagi...

Isnin, 16 April 2012

masakan hari minggu~14 dan 15/4/12~

 ne menu hari minggu15/4/12..sayur campur petola kasi abis,cendawan,kobis bunga,lobak,dan kentang...campurkan semua ikan caru bakar dalam kuali aje.dan telur buat smbal....





ini menu hari sabtu 14/4/12-buat bergedil ayam,beli kentang kat NSK -RM 1.OO banyak..lepas tu buat nuget ayam(home made~isi ayam banyak)..tasya tak pernah makan..dia ckp..kak ita rasa mcm nuget ayam lah...ita ckp memang lah kita buat isi ayam banyak..yg jual tu tepungnya banyak...... masakan lain lala masak bercili,(kak diana suka)..dia suruh masak lemak cili api..mamanya malas.bayam goreng dan ayam masak halia...



Sabtu, 14 April 2012

Mengapa Yahudi Bijak~Dr. Stephen Carr Leon~


Mengapa Yahudi Bijak
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Jumaat, 13 April 2012

Tazkirah Jumaat : Sebab Utama Lelaki diTARIK ke NERAKA oleh WANITA


Assalammualaikum,

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita 
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk
ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 

1. AYAHnya 
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. SUAMInya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. 

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. ABANG-ABANGnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudaralelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. ANAK2 LELAKInya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.... dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."  


Sekian, wassalam.

BIRO AGAMA


untuk ita juga ya...peringatan bersama.....ita syer kat blog ne....

Khamis, 12 April 2012

masakan hari ini~12/4/12~

ini masakan hari ini,buat pajeri nenas,sosej masak paprik,ikan kembung semalam masak kicap,dan buat nasi goreng pataya untuk yana bawa bekal gi sekolah....nak cite ne..sebelum ne yana tak nak bawa bekal nasi goreng..biasa kawan dia akan makan..pagi tadi ita cuba buat pataya...mama nak bawa bekal hari ne..mama buat pataya...ita pun ckp bukan ke kakak tak suka mama masak nasi goreng...lepas tu siap merayu boleh lah mama...rupanya dia suka makan nasi yg di bungkus dengan telur..sama juga kan dalam nya nasi goreng...yana-yana...






ikan keli besar punya & gegaran 11/4/12

semalam lepas makan tengahari dalam kul 2.30 ptg hubby ajak anak-anak gi memancing,hubby memang suka memancing oleh sebab itu bininya yg malas  ne tak senang nak ikut ..panaslah kan so kak diana dan maksu tasya aje yg ikut...ita ,aqil dan arisya duduk lepak kat rumah aje lah..dapat lah 3 ekor ikan keli ne besar punya..nak tahu kat mana gi memancing kat sungai kat mid Velly(freenya lah kan....kalu kat kolam kena bayar)..lagi pun tak makan ikan yg di pancing bagi kat org aje....dan pada kul 4 lebih...masa ita tengah tengok tv..tetiba terasa gegeran yg kuat ...mcm ita kena tolak..lama juga dalam 3 ke 4 minit juga.. arisya dan aqil tengah tido...ita tawakal aje lah..biasa kat opis selalu kena..kat rumah ne yg 1st time...tak turun pun..ita duk tingkat 12..ruma-rupanya kat indo ada gegeran terasa lah kan..apa2 pun harap tak ada kemalangan jiwa di sana...






masakan semlam~11/4/12~

semalam buat sayur keladi masak lemak cili api(permintaan hubby) ikan goreng,telur dadar bersosej.dan yg paling best cencalok -beli masa balik kg ari tu...dan panaskan sambal sotong semalam...



Selasa, 10 April 2012

masakan hari ini dan yg lepasnya sekali....

ini masakan hari ini sambal sotong,tengok tie buat sambal semalam ..tapi tienya lagi comel sambal sotong nya,ikan goreng dan telur masak kicap....dan nasi goreng yg kak diana tak mahu bawa ke sekolah so mamanya bawa kat opis geramnya bila bekalkan kan anak tapi tak nak bawa...


                                 

                                            ini bilanya entah tapi minggu lepasnya rendang kerang bersama kacang panjang,ayam goreng rempah dan sayur petola goreng






                                         ini pun tak ingat hari apa dah....bayam masak lemak putih,sambal udang dan ikan                    caru goreng....


                                           ini hari kahmis.. lepas...masak kari ayam bersama kentang dan lobak,ikan masin dan bayam goreng

                                         
ini pun tak ingat bila... labu shah bagi...(TQ shahrizawati) bagi buat pengat labu dan roti bersosej balut dengan kulit popia(resepi kawan opis bagi fatimah atau tie)..sedap tau..jadi ragup....pengat dan roti bawa gi opis..bagi kekawan makan...


                                        banyak buat belah malam dah goreng ..tapi tak ambil picnya..ne simpan pagi baru goreng yg dalam pingan tu untuk aqil dan arisyanya...

Selamat Pengantin Baru~zaida & Pasangan 7/4/12~

pada hari jumaat lepas keja balik kampung Melaka coz ada kenduri kawin ,hubbynya kawan...staf Bank islam,kampung nya kat merlimau Melaka...sselamat pengantin baru ...semoga kekal hingga ke hujung nyawa...