cinta hati mama

cinta hati mama
Memaparkan catatan dengan label hubby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hubby. Papar semua catatan

Ahad, 7 Jun 2020

AL-FATIHAH TARIKH NI DATANG LAGI...

 Al-fatihah. ....7/6/2018-7/6/2020-genap 2th abg tinggal kan syg dan anak-anak..abg sentiasa dihati dan doa syg..semoga abg tenang di sana...syg dan anak-anak ok...rindu sangat...








Selasa, 3 Mac 2020

Al-fatihah 3/3/2020- birthday abg 33th..

 3/3/2020- Al-fatihah kat abg...copy acu nya.... rindu kat abg... last sambut tu yang sedeyyy teramat....arwah macam tahu aje dia nak meninggal..arwah di dukung ke depan dan di sambut..menaggis arwah...syg tak akan lupa saat tu...dan anak2 suapkan kek kat papa...ya allah... kau tempat kan arwah ke tempat yg beriman.. arwah suami dan papa yg terbaik buat ita dan anak2..syg akan jaga amanah ni..hingga hujung nyawa syg abg...

03.03.2020 genap lah usia arwah abgku yg ke 33thn...rindu sgt dekat kau bang....igt lagi Kali terakhir smbt Hari LAHIR kau pada 03.03.2018...kau siap cakap mungkin ini Kali terakhir Kita sambt Hari lahir kau....kau minta kek birthday kau x nak banyk krim sbb cepat mual....kami tunaikan...rindu kami pada kau x penah hilang...semoga kau di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman...semoga kau tenang di Sana....
*AL-FATIHAH*
*Rindu Tak terkata*
*Hanya tinggal kenangan*

Ahad, 7 Oktober 2018

genap 4 bulan 7/10/18-papa tinggalkan mama..rindu nak dengar suara papa

Hari ni genap 4  bulan tanpa kamu papa. Dari subuh rasa sayu. tapi kuatkan hati  bila ziarah papa . ....sayu tengok kubur papa...........Orang luar tak kan faham macam mana nak luahkan rasa rindu tu. bila rindu datang menyapa..gambar dan video akan mama tengok selalu..tapi tidak di depan anak..biasa di opis..tak mahu anak tengok mama menagis,tunjuk kuat kat anak-anak.
.
Sampai hari ni mama rasa macam tak percaya mama yg dipilih untuk terima ujian yang paling berat dalam hidup ni. Saat anak anak masih perlukan papa dalam hidup. Saat tu Allah jemput papa di hari yang paling mulia. pada bulan 22 ramadhan petang kahmis.mama skrg lebih kuat dari biasa. Tak mudah tapi mama paksa hati ni...redha dngan ketentuan daripada ALLAH.bercerai hidup dan bercerai mati lain tak sama...
.
saya tak ada peluang untuk cakap kata kata terakhir dekat papa. Tak sempat mama nak minta maaf. Nak cakap mama sayang papa. . Cuma mama tak kan lupa sebelum hari kejadian papa sembang lama dan sebut banyak kali  I LOVE U.... mama terkilan tak balas..sebab masa tu marah kat papa.

.. Replay video papa banyak kali sebab nak dengar suara papa. Rindu nak borak. 

Moga anak anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah ada dengan mama nanti.biar orang cakap pasal mama apa pun..tapi mama nak semua anak masuk tahfiz dan berjaya hafal AI-QURAN, itu memang cita-cita mama.masa papa ada. lagi.nak masuk tahfiz kena modal yang besar..sekarang ALLAH  izin kan..dengan status anak yatim. Masa ni lah mama nampak siapa keluarga. Siapa saudara. Siapa kawan. Tak semua orang akan ada dengan kita di waktu susah kita. Tapi tuhan tu Maha Penyayang. Dia hantar orang yang baik baik untuk anak anak kita.rezeki ALLAH bagi alhamdulilah  mama berusaha sebaik mungkin...simpan dan imbangkan dengan akhirat...harap ada saham akhirat buat papa juga..hanya itu yang mampu mama buat...mama cuba ubah hidup mama...pelahan-lahan...jadi baik sedikit daripada semalam...
.
Insyallah mama akan jaga anak-anak dan amanah sebaik mungkin...
.
Moga Tuhan jaga papa di sana macam tenang dan damai.... 


Selasa, 19 Jun 2018

Innalillahwahinarojiun 07/06/18- pada hari kahmis pada 22 ramadhan

Alhamdulilah telah dipermudahkan segalanya urusan arwah suami Sharul Haizad semoga rohnya dicucuri rahmat.sesiapa yang mengenali arwah suami saya mohon ampun dan maaf kan segala kesalahan yang telah dilakukan dengan segaja atau tidak,mohon halalkan makan dan minumya.sekiranya arwah mempunyai hutang yang belum diselesàikan sila hubungi saya.saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu saya dan keluarga saya.saya mohon para sahabat mendoakan kesejahteraan arwah agar ditempat bersama orang2 yang beriman amin.

Jumaat, 25 Mei 2018

Madu oh madu



tq Fai sedekah kat kak ita..nak try bagi kat izat....semoga ALLAH memberi sedikit kesihatan untuk izat...aminnnn...

Khamis, 17 Mei 2018

izat dan selamat berpuasa

salam ini keadaan suami ita..mohamad sharrul haizad  (31 tahun )..bulan yang mulia ne...ita mohon kemaafan segala kesalahan ita dan izat (suami) zahir dan batin,Bersyukur kepada allah kerana dipertenemukan lagi bulan penuh rahmat, berkat dan keampunan.selamat menjalani ibadah puasa dan di berkati olehnya...aminn.



Di sini ita mohon..doakan izat kembali sihat walaupun sedikit...ya..hanya ALLAH yang dapat membalas..aminnnn

Isnin, 19 Mac 2018

alhamdulilah~Rezeki papa Di Pd

Alhamdulilah syukur rezeki papa -baru sebulan duduk Pd.hampir semua dapat...bantuan kerusi roda..katil hospital macam dalam gambar,pempes pakai buang,Jkm datang...pegawai terus datang rumah..terus lulus..dan yang terbaru..sumbangan tong barakah "sumbangan kasih sayang di hantar kat rumah untuk papa" ada 13 barang dlm tu.....tasya suruh bawa balik..sebab rumah dia mak mertua dia pun dapat..yang izat punya dia suruh bawa balik kl...alhamdulilah..tak payah beli banyak barang dapur..duit tu boleh buat belanja ulang alik balik kg PD tengok izat..sedikit sebanyak dapat kurangkan beban belanja dapur... amin..tq pada yang memberi...




Jumaat, 16 Mac 2018

suami masuk wad PD...~12/3/18




 12/3/18- Berita sedih kematian kak rose..tengaharinya..dapat wasap daripada adik ipar tasya tunjuk pic atas tu..terus sedihhhh lagi..cakap dengan tasya call ambulan bawa izat gi hospital...izat memang susah sangat nak gi hospital..dia cakap apa-apa belaku biar aje dia kat rumah.ita peduli apa..suruh gak call ambulan..tu pun izat call marah2 ita...dan dengan bantuan kak nya (kak lang)..baru nak gi hospital...masuk wad coz garam dalam badan sangat-sangat rendah dan dr.oprit bisul kat pungung dia dah lama sangat dah dia simpan.ne tengah memujuk buat mata di hospital seremban..kalau tidak mata akan jadi buta.ita dah tak larat pujuk dah...redha aje...ita dah berusaha pujuk...

Isnin, 5 Mac 2018

happy Birthday Papa 31 tahun ~3/3/18-PD

sambut besday izat serderhana aje..dng anak2..doakan izat ya kekawan...kembali sembuh..aminnnn







Selasa, 20 Februari 2018

alhamdulilah syukur...banyak yang sudi membantu suami di PD..di rumah tasya adik ipar...






ini lah keadaan izat skarang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..alhamdulilah syukur ada yang sudi membantu meringankan beban membeli pempes suami..semoga di balas dengan kebaikan..doakan juga suami akak kembali sembuh ya..aminnnn...

Selasa, 9 Januari 2018

suami ku mohd.sharrul haizad





 dulu 70kg -sekarang-sakit kurus sangaat..33kg...tak tahu nak buat mcm ne...

Isnin, 17 April 2017

jeket milo dah sampai


ita ambil size S untuk izat dan XL untuk yana..2 aje...tak cukup mata nak kumpul kan semua...kain dia mcm baju hujan..nipis sangat..benda free kan...

Sabtu, 24 Disember 2016

tq papa mencanai ~24/12/16~

Tq papa membuat roti canai..untuk makan malam dan pagi sabtu..untuk 1kg tepung dapat lah 20 biji roti.minta roti boom,roti telur.kuah dal,ita masak kari sardin dan sambal ikan bilis...






ini ita nya roti boom,kuah kari sardin dan sambal ikan bilis..puas hati ....tq papa...izat boleh lah tebar sikit- sikit...

Khamis, 24 November 2016

roti gulong sosej berchese- air tangan hubby~






balik daripada keja ..izat makan nasi..lepas tu terus buat ne..ingat nak buat stok frozen..dia cakap buat makan nak tengok bola mlm nanti..bini ne tukang tengok sambil tangkap pic dia..ha..ha..tahu mkn aje...


BAHAN-BAHAN;

10 keping roti gardine
10 batang sosej(izat rebus siap2)
chese-yg di cincang
sedikit tepung gandum di bancuh dengan air-(buat gam)

cara-cara-
 roti tu di canai pakai kayu pencanai-bagi nipis.
lepas tu bubuh sosej + chese dan gulung
lepas tu bubuh gam

siap-lepas tu goreng-siap...

Isnin, 10 Oktober 2016

air tangan papa~10/10/16

Tq papa...Air tangan suamiku..alhamdulilah..mak pun tak reti nak klim..ha..ha

Sabtu, 5 Mac 2016

happy birthday papa ~3/3/2016~

Happy birthday Abang sharrul haizad 03/03/16..Semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati Allah selalu. Amin. Luv U papa.





buat koci-koci aje..buat chicken chop.kentang goreng,sosej...dan karipap pusing..dan ita buat taruk coklat nutella tu..aje..hari berkerja...hadiah tak da..pokai...








ne si kak..dah besar..malu-malu bergambar...
aqil makan sendiri..balik daripada surau lambat hari kahmis kat surau selalu ada baca yassin...adik-adik tak sabar...ambil gak pic dia..makan kek bersulam makan chiken chop..aqil2..