cinta hati mama

cinta hati mama
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan

Isnin, 10 Oktober 2011

bebola ayam

Bahan-bahan


  • 400 gm isi ayam sahaja(dicincang2 hingga halus)
  • 1 sudu kecil garam (paras rata)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 60 ml air sejuk atau secukupnya(untuk buat bentuk bebola)
  • secubit serbuk pak aji jika suka
  • 1 batang kacang panjang di hiris halus2(lobak pun boleh)
  • serbuk roti
Cara-cara

  • Masukkan dlm mangkuk isi ayam(ita cincang guna dua pisau halus2),
  •  lada sulah dan garam, kacang panjang gaul hingga rata..
  • Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk gaul hingga sebati dan kenyal
  • .Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
  • Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
  • masukkan chicken ball  dalam serbuk roti bagi semua chicken  ball tu bersalut..kemudian goreng dengan api yg pelahan ...siap..

Rabu, 4 Mei 2011

homemade-chicken ball





HOMEMADE- CHICKEN BALL


Bahan-bahan


  • 400 gm isi ayam sahaja(dicincang2 hingga halus)
  • 1 sudu kecil garam (paras rata)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 60 ml air sejuk atau secukupnya
  • secubit serbuk pak aji jika suka
  • 1 batang kacang panjang di hiris halus2
Cara-cara

  • Masukkan dlm mangkuk isi ayam(ita cincang guna dua pisau halus2),
  •  lada sulah dan garam, kacang panjang gaul hingga rata..
  • Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk gaul hingga sebati dan kenyal
  • .Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
  • Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
  • Didihkan air, masukkan chicken ball kemudian rebus sehingga chicken  ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.

(boleh gak di goreng..buat besar sikit..mcm nugert ayam anak ita ckp)..pagi tadi buat besar sikit jadi mcm buger ayam buat kakak bawa sekolah....

ayam sempoi2....




RESEPI AYAM
(jadi mcm ayam bakar)

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 1 inci halia muda - tumbuk hancur
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk hancur
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili life
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam dan aji  jika perlu



Cara-cara

  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar  lagi lama lagi best..ayam..
  • Panaskan kuali  dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan seperti ayam bakar.Sesekali balik-terbalikan supaya tidak  hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering .
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan..

  • .siap..jadi macam  org jual kepak ayam kat pasar malam...

Rabu, 2 Mac 2011

Ayam Pandan


  BAHAN-BAHAN

  • isi ayam sahaja(dipotong agak memanjang2)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • sehiris lengkuas
  • 1 tangkai daun ketumbarnya-hanya  batang dan akarnya(basuh bersih ya)
  •  beberapa helai daun pandan yg muda(biasa dapat yg dalam2 tu warna putih2 )
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu gula
  • lada sula (ikut nak pedas masing)
  • garam,dan aji
  • (semua benda diatas diblender..... kecuali ayam)
  • dan perap ayam semalaman(jang tapis ya masukan semuanya)
Dan boleh balut dan pinkan dengan pencokel gigi..tu..biasa kat restoren dia stimkan dulu ayam ne..baru di goreng sekejap wat syarat..tapi ita gorengkan dalam api yg pelahan..bila nak hidang..cabutkan lidi tu..ada yg tercucuk lah....

ita wat sikit aje coz..itu aje isi ayam hubby beli untuk 1ekornya..biasa isi ayam ne  perencah wat goreng mee ke..atau nasi..ne wat ayam pandan..tapi tak kena mkn dengan gulai lemak labu...hubby tak sabar suruh goreng...selamat mencuba...(ne resepi itanya sendiri tak tiru sapa2nya)-masa kerja restoran thai..



                                                                                           
   

Khamis, 24 Februari 2011

kari ayam campur betik


  • BAHAN-BAHAN
  • 5 ketul ayam dipotong 2
  •  1/2 santan
  • 2 biji bawang putih* dihiris
  • 1/2 biji bawang besar *dihiris
  • sedikit halia *dihiris gak
  • 2 sudu kari babas dibancuh dengan air
  • 1 senduk cili kering yg di blender
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 potong betik yg keras baru nak mekar2
  • sedikit air asam
  • garam,aji dan air secukupnya...
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUATNYA;
  • panaskan minyak tumiskan bahan yg dihiris  dan daun kari hingga garing dan naik bau
  • masukan kari dan cili kering hinga pecah minyak (hingga masak)
  • masukan santan
  • kemudian masukan ayam
  •  bila ayam dah empuk masukan buah betik
  • garam dan aji ,air asam
  • siap dah..bagi pekat ..
(penah makan kari org kedah masa gi umah kak ipar dia pakai betik gantikan ubi kentang lagi sedap lah ita rasa..coz betik tu dah manis nak banding dengan kentang yg tak ada rasa tu...he..he)

Khamis, 17 Februari 2011

ayam goreng berempah bertepung


AYAM GORENG BEREMPAH BERTEPUNG
  • BAHAN-BAHANNYA
  • 4  ketul ayam dipotong2
  • 2 sudu rempah kari ikan nya
  • 1 sudu lada hitam
  • garam secukup rasa
  • (perap semuanya semalaman bersama ayam)
  • tepung goreng KFC
  • Minyak secukupnya untuk mengoreng
CARA-CARA MEMBUATNYA
  • ayam yg diperap dilumurkan dengan tepung KFC
  • panaskan minyak,gorng dengan api yg pelahan siap 

Ahad, 13 Februari 2011

ayam sambal

AYAM SAMBAL
  • BAHAN-BAHAN.
  • 5 ketul ayam dipotong 2(gaul dengan sebuk kunyit dan garam goreng dulu)
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 senduk cili kering
  • sedikit asam jawa
  • sedikit gula/garam dan aji
  • 1/2 biji bawang besar dihiris 2
  • minyak menumis
CARA-CARA MEMBUATNYA..
  • panskan minyak,tumis bawang putih sampai naik bau
  • masukan cili kering..masak sampai pecah minyak
  • masukan asam jawa cula,gaeam dan aji
  • dan masukan ayam
  • last sekali masukan bawang besar,biar layu dan angkat..siap

Jumaat, 11 Februari 2011

ayam goreng kicap taram2

AYAM GORENG KICAP (MAIN TARAM AJE)

BAHAN-BAHAN
  • 4 ketul ayam potong kecil2(dibubuh kunyit serbuk dan garam)digoreng dahulu
  • 1 biji bawang putih-dihiris
  • 1/2 biji bawang besar-dihiris
  • sedikit halia-dihiris
  • berapa helai daun kari
  • 2 sudu kicap masin
  • 1 sudu sos tiram
  • asam jawa sebesar ibu jari+ bancuh dengan air
  • aji
  • sedikit gula
  • minyak menumis
cara-cara..
  • panaskan minyak tumis semua bahan yg dihiris dan daun kari
  • hingga naik bau
  • masukan kicap,sos tiram,asam jawa
  • bubuh ayam biar kering sikit masukan aji dan gula..siap
  • kalu ada lobak,kobis bunga..bolh aje campakkan....he.he..senang tak..