cinta hati mama

cinta hati mama

Rabu, 19 Februari 2014

~WordLess WednesdaY~2 budak botak~



Balik PD Pak Ngah tolong botakkan Arryan dan Aqil..Arryan tak menaggis pun...sedap mata memandang kalu tak mcm girl dah...

Selasa, 18 Februari 2014

Alhamdulilah ~syukur .....rezeki daripada Qatar~

                        minyak wangi untuk my hubby dari kakak kesayangannya lah..(sayang ke..he..he)
                            coklat ne..(tapi nampak mcm batu nak letak dalam ekorium ikan)...
      ini jajan,coklat,gula-gula,kacang gajus,kismis,kurma,dan air zam-zam.(tak ada dlm gambar ne)..
FM Qatar(ita paling suka)...

kak ipar bagi ne...dari qatar..minyak wangi untuk adiknya lah...ita suka FM ne..anak -anak jajan-jajan dan coklat,kurma kekacang,dan duit sikit...alhamdulilah..murah rezeki along...syukur juga balik kg ne....tahun ne tak balik raya ..dia cakap...

Isnin, 17 Februari 2014

balik kg PD~14/2/14~



  ini pic Arryan yang tak tahu duk diam,sama lah dengan arisya..tu tengah merajuk kena marah dengan papanya,jalan sana-sini...

Pada hari jumaat 14/2/14,minta kebenaran balik awal,coz nak balik kg naik komuter,memandangkan kereta takut nak membawanya,jalan kaki dari rumah ke LRT bangsar,gi ke KL sentral naik komuter ke seremban,dewasa 1org Rm6.00 dan kanak-kanak Aqil 1 org Rm 3.00.lepas tu naik teksi dari seremban ke PD Rm 40. Penatnya lah..mula-mula suruh hubby balik 1 org aje naik motor,lepas tu kak hubby yg duduk Qatar tu nak balik Kg.PD juga,nak tengok anak kak Lang yg lama di nantikan,dan nak buat kenduri tahlil untuk arwah dan kenduri kesyukuran anak kak lang..pada hari sabtunya 15/2/14..menu nya.nenas ikan sepat masin masak lemak cili api,ayam goreng,ikan kembung goreng,kacang+lobak sayur goreng,rendang daging,pulut kuning,agar-agar oren,pulut pangang,sambal belacan dan ulam-ulaman(timun,salat,kacang botol) dan buah tembikai kuning dan air sirap...dan coklat dan gula-gula dari Qatar..penatnya nak mati org kampung sini tahu makan aje..lepas tu terus balik ,tak tolong pun..tido dekat pukul 1 malam..letih sesangat...

Sabtu, 15 Februari 2014

tazkirah~ ujian hidup~

ini ita copy kat FB PN.KHERUN SUHAILA.....
 Ada sesetengah orang, hidupnya sempit berpanjangan. Berpuluh-puluh tahun kahwin masih hidup susah dan melarat, nak kata pemalas tidak juga, kerjanya kuat, dari pagi sampai ke tengah malam, tapi rezekinya tetap tidak bertambah-tambah, hutangnya keliling pinggang. Cuba berniaga, 10 kali cuba, 10 kali lingkup..

 Mengapa ya? Adakah ini dinamakan ujian hidup?
 Menurut Ustaz Yusuf Mansur, di dalam hidup ini ada 2....
 Pertama di panggil "ujian" dan kedua ialah "azab" yang Allah berikan. Jika "Ujian", ubatnya adalah "SABAR". Dengan sabar, insyallah kita akan dapat mengharungi ujian tersebut dan akhirnya, pasti kita akan mendapat ganjaran dan balasan yang baik. Ujian ini tidak lama, selalunya sekejap sahaja.. mungkin 1-2 tahun, paling lamapun mungkin 7 tahun. (Nabi Ayub adalah nabi yang paling sabar di uji Allah dengan penyakit kulit selama 7 tahun).
 Tapi, jika sudah 10, 15 atau 20 tahun hidup, tapi kehidupannya tak pernah nak senang, rezekinya sempit sentiasa.. boleh jadi, ianya bukan lagi "ujian", tetapi "azab". Azab dari Allah, disebabkan dosa-dosa besar yang mungkin pernah dilakukan.

 Antara 10 dosa besar yang menghalang rezeki Allah ialah..
 1. Syirik (mensekutukan Allah SWT.)
 2. Meninggalkan solat wajib
3. Derhaka kepada orang tua
4. Zina
5. Memakan rezeki haram
 6. Minum arak
7. Memutus tali silaturrahim
 8. Bersaksi palsu (bohong, dusta)
9. Kedekut (tidak mahu sedekah)
10. Ghibah (menceritakan aib orang lain)

 Cara untuk melepasi dari situasi azab ini bukanlah dengan cara "SABAR".. tetapi dengan cara "TAUBAT". Buatlah solat sunat taubat selalu.. Insyallah, jika kita benar-benar bertaubat.. Allah akan ampuni segala dosa-dosa kita, dan selepas itu, barulah pintu rezeki akan dibuka seluas-luasnya kepada kita. Wallahhuallam... * tq to Shikin Bahrun

Selasa, 11 Februari 2014

Dugaan ALLAH lagi~Samun~ 7/2/14~

Nak cite dari mana ya... sebagai peringatan bersama,apa yang boleh ita buat bersabar dan menagis mengenangkan nasib ita ,cerita bermula beberapa hari yang lepas..hubby ita tak sedap hati...hubby biasa kalu tak sedap hati pasti ada benda yang tak baik akan terjadi..dah banyak kali terjadi..biasanya diri hubby sendiri,dan ini sedikit sebanyak akan menganggu emosi ita juga..ne hubby bagi masa hari 06/2/14..masa ita nak balik kerja...mesej hubby kat hp ita... "Askum syg,syg dah sampai rumah ke?ati abg tak sedap sangat ne,abg takut la ape2 jadi kat syg,kalu terjadi kat abg takpe...sebelum apa2 terjadi kat abg.abg minta maaf banyak2 kat syg,halalkan makan dan minum abg,andaikata ape2 terjadi pada abg,syg jaga lah anak2 elok2ye,harap syg bersabar dan banyakkan doa,LOVE YOU SYG." Seram juga lah terima mesej mcm tu kan..sampai rumah ita jadi risau lah..bila hubby sampai rumah pukul 8.30 malam ..lega sangat lah..tapi hubby nampak kerisauan di mukanya..ita pesan ingat kat ALLAH..istefar..bebanyak.. pada keesokan harinya..7/2/14- hari gaji suami sebenarnya,pinjam gaji pada 20hb dan separuh lagi pada 7 hh,nak jadi cerita,suruh hubby kuarkan duit kereta yg india tu bagi suruh bayar terus kat bengkel kereta ,dan hubby ambil gaji dia RM800.so jumlah keseluruhan RM1300.masa hubby dalam perjalanan balik dari digittel Mall kat PJ ne...ada sebiji motor 125z..terus langar motor hubby...dan hubby terus ketepi jalan..dan 2 org melayu bertanya..abg ok ke?...hubby cakap apa yg ok...kenapa langar saya..sampai no plat motor patah..terus 1 org ke depan seorang ke belakang hubby,yg depan tusuk kan pisau kat perut hubby ,yang belakang pakai skrudriver,kat belakang,sambil menarik dompet hubby di poket belakang,dan mengambil kunci motor,masa nak mengambil hp..kebetulan ..lalu motor polis bantuan...terus polis kejar penyamun tu..penyamun tu tak dan nak ambil hp..hubby call ita..terus mengigil2 ita..kata kunci motor dan duit dan dompet di ambil....nak jadikan cerita..polis tu datang balik,membawa dompet dan kunci motor,duit dan kad bank dah tak ada..polis tu cakap tak dapat kerjar penyamun tu...cuba jumpa dompet dan kunci motor yg di baling oleh penyamun tu...ita fikir jahat juga..entah-entah polis yg ambil duit tu...tak tahu lah kan...ALLAH yang tahu... sedih sangat lah masa tu ..itanya duit pun ada berapa aje masa tu..coz dah beli barang dapur..susu dan pempes anak untuk sebulan....nasib baik lah kan..cuma duit pengasuh Rm300 lagi,biasa ita kongsi dengan hubby bayar duit mengasuh,bahagian ita dah setel..cuma bahagian hubby lah..dengan duit mengaji anak RM50.tapi ALhamdulilah lah syukur..kawan hubby bagi pinjam RM500.dan bahagian opis ita (BAI)..menawarkan pinjaman duit bahagian sebanyak RM1000.tapi ita malu..dalam masa yang sama tersentuh hati..tq kat Azlina Ahmad,sangup jumpa bos ..bincang....dan terima kasih juga pada kekawan yang lain juga...dan ita pinjam Rm 500 aje..nanti susah nak ganti banyak2..sedikit sebanyak ringan sikit kepala ita..

Khamis, 6 Februari 2014

ALHAMDULILAH...SYUKUR...akhirnya selesai juga~ 6/2/14~

Pagi ne buka maybank2u Alhamdulilah..dah masuk RM500.daripada bengkel kereta, setelah hubby call dan mcm nak gaduh juga...mengalah juga dia..siap tawar menawar dah makhamah terbunal suruh bayar rm500,dia mintak rm 400.lepas siap nak bawa ke makhamah,kata kita orang bersetuju bayar kat dia..hubby cakap u nak bayar rm5000 ke Rm 500.kalu kita orang buat repot dia engkar keputusan makhamah...kita org bagi tempoh juga kat dia..kalu ikut tempoh teribunal bagi tu dah lepas..boleh buat aduan kat bahagian penguatkuasaan....syukur..boleh juga kuar kan kereta buruk ita ne...tapi belum siap sepenuhnya..tadi hubby call,esok kot...

Isnin, 3 Februari 2014

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"



Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014