cinta hati mama

cinta hati mama

Isnin, 16 Oktober 2017

Jejalan Bajet ~Pusat Sains Negara~15/10/17~

Semalam..tanya kawan Su di FB..dia cakap..masuk sini free..sampai ari ne 16/10- so dengan cergas ajak suami si izat..walaupun laki tak larat ajak gak..coz dekat dengan rumah..pergi mak aii..ramainya org..gi juga lah kan free...saja bagi anak seronok..dulu gi ica kecil lg....masa tu kena bayaran...balik tu arryan nak aiskrim roti kat motor..jual kat jalan Pusat Sains tu...tak belikan pun...mahal dan ramai org...so balik mama belanja Big Max dan Aiskrim MD aje..jadi lah kan...dia orang bukan nak makan buger tu pun...makan kentang goreng cicah dengan airkrim tu...ita pun suka makan mcm tu gak...buger bawa balik dinosor(kak diana hantu buger).... makan..







































hamster ada beby dah....


hamster ida kasi dah ada anak dia...ida cakap kena asingkan bapanya..ita asingkan kat sangkar lain..pepagi tengok..sangkar dia dah terbuka..dah hilang bapanya....anak ada 5 ekor..merah-merah tu..sekrg dah sebulan lebih..anak dia dah banyak bulu...tinggal 4 ekor..sekor dah tak tahu..kena makan atau mati...






Jumaat, 13 Oktober 2017

Endoskopi ita di HKL~11/10/17

semalam gi HKL untuk temujanji hospital ya itu ambil darah..lepas tu kena buat endoskopi ne..mula-mula ingat apa bendanya bila dah buat jd seram..tapi tidak sakit.cuma tidak selesa dan nak muntah aje bila kena jolok di tekak tu..sebelum tu siap kena tangan surat risiko tu..mcm nak masuk bilik pembedahan..takut..dan cuak sebenarnya...baca lah cite yang ita copy dari blog En.fauzi sama aje prosudernya..cuma ita buat di HKL..dan ita ada ulser di usus ...doktor ckp ita kerap gestrik...tu ubat ita kena makan 2biji sehari...doktor bg 60biji...hari perut rasa tak selesa...tu aje...

Ringkasan

Endoskopi merupakan prosedur bukan bedah yang membenarkan doktor  membuat pemeriksaan yang rapi dalam salur pencernaan anda bagi menentukan sebarang penyakit atau punca ketidakselesaan. Sebuah endoskop – tiub yang tipis dan lentur yang dilengkapi lampu dan kamera – akan dimasukkan ke dalam salur pencernaan di mana doktor dapat memerhatikan organ melalui imej video.



macam ne semalam ita kena...tapi 3org..

                                        ini lah yang di masukan..rasa mual dan nak muntah bila di jolok ke tekak...
Prosedur Endoscopy: sakit ke? 

Apa itu endoscopy? Endoscopy ialah satu prosedur memasukkan kamera ke dalam perut melalui mulut untuk memeriksa bahagian dalam tubuh..aku agak-agak jer maksud dia...kalu nak tahu betul-betul kena tanya Cik Google....


Sebelum aku 'terpaksa' melalui prosedur ini, berbagai tanggapan negatif yang menyerang kepala otak aku ni...sakit ke, prosedur dia lama ke dan sebagainya. Namun aku pasrah...walau sakit macamana pun aku tetap akan hadapi dengan sabar dan tabah walau hati berdebar-debar...cewah...

Artikel ini aku tulis selepas prosedur endoscopy aku jalani. Kiranya masih panas lagi..la ni.

Prosedur endoscopy ini aku buat di Hospital Selayang. Ingatkan nak suruh doktor pengsankan aku saja sebab takut sakit tapi bila nurse kata prosedur dia sekejap saja dan tak sakit maka....aku pasrah.

Selepas 'blood pressure' aku diperiksa, nurse telah memberikan aku baju putih dan penutup kepala untuk dipakai dan disuruh menunggu untuk dipanggil nama.

Dalam 15 minit kemudian seorang nurse berbaju seragam biru keluar dan memanggil nama aku...dan jantung ku kembali berdegup kencang...takut...

Aku pun terus mengikut nurse tersebut masuk ke dalam bilik dan disuruh baring di atas katil. Seorang doktor lelaki masuk dengan membawa sekeping borang prosedur melakukan endoscopy untuk aku tandatangainya.

Selepas aku menandatangani borang tersebut,  seorang nurse telah memasang klip di ibu jari tangan bagi memantau denyutan jantung. Kemudiannya seorang lagi nurse menyuruh aku untuk membuka mulut dan memasukkan sejenis ubat bius ke dalam tekak aku dan menahannya selama 5 saat sebelum disuruh telan...Ya Allah, rasanya terlalu pahit dan pedas hingga aku hampir termuntah.

Selepas mulut dan tekak aku kebas, aku disuruh supaya baring mengiring ke kiri dan satu corong plastik yang agak besar diletakkan di dalam mulut untuk aku gigit. Kemudiannya doktor lelaki yang tadinya membawa borang, memegang satu tiub getah kamera (endoscope tib) yang berwarna hitam sebesar kira-kira 1 jari lebih terus memasukkan getah tersebut ke dalam mulut aku dan suruhnya aku agak menelan tiub getah tersebut.

Bila masuk sahaja tiub tersebut terus aku terasa seperti hendak muntah tapi sekejap sahaja rasa hendak muntah itu kerana bila tiub itu telah masuk ke dalam kerongkong langsung dah tak rasa apa...cuma rasa sedikit pedih sahaja. Aku lihat doktor tersebut memusingkan ke kiri dan kanan tiub tersebut mungkin untuk melihat apa yang ada di dalam perut aku dan tiub tersebut semakin panjang masuk ke dalam kerongkong aku.

Kira-kira 5 minit proses itu berjalan, seorang nurse aku lihat memasukkan satu tiub yang agak panjang ke dalam mulut aku untuk mengambil sampel perut untuk diperiksa. Selepas sampel perut aku diambil, tiub getah tersebut dikeluarkan daripada mulut aku...dan pada masa inilah air liur aku terembes keluar dengan banyaknya.

Selepas prosedur ini berakhir, aku disuruh untuk menunggu diluar bagi mendapatkan temujanji berjumpa dengan doktor dan slip ubat.

Kesimpulannya bagi aku, proses endoscopy ini tidak menyakitkan cuma rasa tidak selesa di bahagian tekak. Walaupun selepas rasa kebas hilang...cuma rasa perit sahaja bila hendak menelan air liur. Manakala proses melakukan endoscopy ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Jadi jangan takut....(ita copy sini..tq ya...minta izin copy...http://fauzichik.blogspot.my/2014/06/prosedur-endoscopy-sakit-ke.html

kursus lagi...9-10/10/17-

Kursus Pemantapan Kumpulan Pelaksana Gred 1-40 MQA 2017
9-10 Oktober 2017 (Siri 1)
Di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands (IABCGH)



Ada kursus kali ini singkat...tempat sejuk...best...bilik 1orang satu...bilik air kongsi dengan jiran sebelah..tak lah takut tido dlm bilik...nak tido malam biar kan aje pintu bilik air terbuka...boleh sembang2...dari bilik masing-masing...yang letihnya 114 anak tangga yang perlu didaki.anak tangga nak didaki menuju ke dewan kuliah dan kembali ke asrama penginapan. Pagi.. tengahari.. petang dan malam semalam  menggunakannya.nasib baik mak ita sakit lutut..so ada sarena opis (urusetianya)..jemput ambil dan hantar untuk mak buyung(mengandung)..nak naik tangga pengsan lah...makanan alhamdulilah sedap..tu aje lah....tak steres kursus ne..best2...tq lah mqa...