CINTA SEJATI..(ita copy aje ne bukan cite ita pun...ok)
.
“True love?Ade ke lelaki macam ni lagi?!…
Kasih suci…how sweet SESANGAAT...
Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang
selalu menghabiskan masanya di
perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat
suka membaca novel & nampak; buku cerita
sehingga suatu hari dia telah terjumpa
sebuah novel yang ada tertulis nama
&; alamat seorang gadis di salah satu muka
suratnya. Tertulis disitu
“Catrina…kesepian &; perlukan sahabat”.
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat
kepada si gadis. Setelah pulang
ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk
memberitahu niat ingin berkawan
dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si
jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk
berkawan dengan si jejaka.
Hari bertukar minggu dan minggu bertukar
bulan. Persahabatan mula bertukar
kepada perasaan sayang. Namun begitu
masing-masing masih belum bertemu. Si
jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan
begitu juga dengan si gadis.Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat
rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh
bala tentera untuk pergi ke
medan perang. Si jejaka amat susah hati
kerana dia takut sekiranya dia
tidak akan mungkin bertemu dengan si
gadis. Maka diutuskannya surat
berbunyi “kalau Tuhan panjangkan jodoh
kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di
bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai
pakaian tenteraku dan membawa
sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan
mengenali kamu sekiranya kamu juga
memegang bunga mawar merah. Setelah itu
izikanlah aku membawa mu makan
malam dan bertemu orang tuaku.”
Maka pergi lah jejaka ke medan perang
setelah mengutuskan surat itu…
Beberapa bulan kemudian…
Pada hari pengumuman perang tamat, si
jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil
memegang
bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi
seorang gadis yanglalu sekiranya dia turut memegang bunga.
Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis
yang agak berisi dan dudukdi kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya
kudung dan tangannya
cacat sebelah… sebelah lagi tangannya
memegang sekuntum bunga mawar
berwarna merah… Si jejaka agak terkejut
tetapi dia memberanikan dirimenghampiri si gadis.
“Catrina?” Gadis itu melihat ke arah si jejaka
dan tersenyum. Si jejakaterus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan
berkata “aku amatmerinduimu. Terimalah bunga ini dan
pelawaan ku untuk makan malam. Orang
tuaku tidak sabar untuk bertemu
denganmu..” sambil kemudian mencium
tangannya. Si gadis itu
terus bersuara..”aku tidak tahu apa yang
terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku
sebentartadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu
kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu
mempelawaku makan malam dan
bertemu orang tuamu…..”
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati
jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah
mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang
walaupun pada mulanya dia menjangkakan
gadis cacat itu adalah Catrina…
Sesungguhnya semua manusia harus
berfikir seperti dia…
Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia
ini????
Menerima
seadanya…dgn hati yg tulus dan ikhlas………
cerita ni ada lah sikit 2kena mengena dengan ita.walaupun tak pernah jumpa hubby.1st time tengok ita yg gendut dan comel ne..dia terus bawa jumpa mak dan ahli keluarga...walaupun hubungan pada masa itu sekadar kawan biasa.call dan sms..lama kelamaan dia menjadi cinta...wa;laupun beza usia yg berbeza sesangat.....itulah cinta......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan