Jelajah Blog Kategori IBU
Kepada yang berminat: Panduan di sini.
Secara ringkas:
Dah bergelar ibu sejak 27 Jun 2001,dan kini telah mempunyai 3 orang cahaya mata ..yang pertama perempuanADRIDIANA 10 th,ke dua lelaki AQIL DARWISH 2tahun lebih...,dan yang ke 3 perempuan ARISYA.Cadang2 nak tambah lagi tapi belum bersedia buat masa ni.Coz yang last baru 9 bulan..
Kenangan manis:
Melihat anak2 membesar di depan mata, menambah keterujaan mengandungkan mereka berdua dan pertama kali menjadi seorang ibu. Pengalaman bersalin setiap orang lain2,adridiana normal,aqil opret dan paling sakit arisya indius...Seronok dengan keletah anak-anak membesar di depan mata. tu yg nak tambah 1 org lagi tu....kalu lelaki ok dapat dua pasang...insyallah tahun depan kot....
Kenangan pahit:
kenangan pahit tak ada sangat lah cuma bila anak sakit..lebih2 lagi yg kecil ne mengidap eczema,menjadi kasihan sesangat bila arisya sentiasa dibedung supaya dia tak mencakar muka dan lehir dia sampai berdarah2..dah tak tahu mcm ne nak buat..dah jumpa pakar pun sama..kalu boleh sakit tu biar mama yg tangung..kekadang menangis tengoh arisya...
Kata-kata khas buat si suami:(beza umur antara ita dan suami 13th)
Buat suami. tercinta....Abg Haizad
Insan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.......
syg panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah , kerana memberikan masa untuk syg mengenali erti kasih sayang dari insan tercinta, menghayati pengorbanan abg yg luar biasa dan hebat... memberi rasa keinsafan terhadap diri syg yg kekurangan ini......
syg doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita tempuhi..disaat kita bersama meniti usia.
Terima kasih Allah ,kerana allah jadikan abang untuk syg....dan papa pada anak-anak syg.......
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakan syg
....AMIN.......SYUKUR....ALHAMDULILAH......
Terima kasih atas segalanya bang kerana menjadikan duniaanita sempurna..alhamdulilah....tapi bab nak tambah lagi sorang tu kita KIV dulu ye.
Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..
kepada anak-anak mama......sayangilah mama dan papa, kakak jangan gaduh-gaduh dengan adik ye, dan jadilah anak yang baik,yang soleh dan soleha..dan dengar cakap mama dan papa...
dan buat anak-anak yang berada di luar sana: zaman sekarang memang banyak cabaran, silap langkah punah masa depan, jangan merungut bila ibubapa membebel marahkan anda tapi ajak ibubapa bincang apa masalah yang anda sedang hadapi agar mereka faham kenapa anda memberontak dalam diam.
Harapan kepada anak:
Moga kakak dan adik berusaha untuk memajukan diri mencapai apa yang dihajati, belajar berdikari..nanti bila mama dan papa tak ada..harapkan kakak jaga adik2......bersatu dalam apa jua rintangan dan dugaan yang datang melanda ok...mama tak nak anak2 mama saling bermusuhan...mama nak saling menyanyagi samapi ke akhir hayat masing2....amin...
Buat anak gadis di luar sana:
Paling penting jaga kehormatan diri, jangan teramat mudah mempercayai kata-kata lelaki, sayangi diri dan jagalah ibubapa anda. jika susah membuat salah atau apa pun balik lah ke pangkal jalan...macam ne jahat ibu dan bapa..mereka tetap family kita kan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan