cinta hati mama

cinta hati mama

Isnin, 21 Mac 2011

sayang abg....(mencintai abg hingga ke hujung nyawa)


Luv..




Cinta bukan suatu yang pahit kalau kita memang mengenalinya sedalam-dalamnya, tetapi cinta adalah suatu pengalaman yang indah..





Cinta adalah seperti musim yang berlaku, musim bunga, tengkujuh, kemarau dan luruh…saat musim bunga pabila baru bermulanya suatu percintaan, pertemuan, perkenalan..segalanya adalah indah, manis dirasa saat bersama.



Ketika tengkujuh melanda dalam percintaan, pergaduhan, persalahan faham, cemburu dan marah berlaku,tapi anggaplah semua itu adalah cubaan dalam perhubungan.




Kemarau dalam percintaan berlaku jika persefahaman hilang, kemarau tidak semestinya akan membawa kepada perpisahan meskipun hubungan dalam keretakan



Luruh…suatu yang perit dalam kehidupan seseorang yang bercinta, kerna iyanya bukan apa yang dipinta dan diharapkan, gundah di hati hanya diri sendiri yang rasakan, kesakitan cinta sesungguhnya tidak akan pernah diungkapkan dengan kata-kata…



Nukilan~

Manda

Tiada ulasan: