cinta hati mama

cinta hati mama

Jumaat, 6 Januari 2012

PESANAN: lima cara pilih sahabat


Nasihat al-Qamah:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,

pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya)..


Ketiga,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,

pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,

sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.


14 ulasan:

Emmet berkata...

wah, post yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work!

Farah Shamsudin berkata...

betul tu kak itaa..ciri2 tu perlu untuk memilih sahabat.. bukan senang nak cr sahabat yang sentiasa bersama..

Myra Jay berkata...

Suka entry ni..

Sahabat yg baik yang sentiasa bersama kita tika susah dan senang..

IntaNBerliaN berkata...

betoi tu kak.. ada jugak kwn tu yg dpn kita baik tp blkg kita mengaib kan kita...

NasuhaRazwan berkata...

eh2. macam penah bace lah post ni. hihihiiiiiii ~

iAmCekbolat berkata...

betul2.. =)

bolat tkde shabat.. cuma ada teman baik.. gitu2 je -.-"

Rozie berkata...

Sabaabat untuk semua...

Unknown berkata...

dah follow kamu ..follow me back ok ? btw ..nice entry

Ce'gu JAERA berkata...

amin.. semoga saya dan anda2 semua akan mendapat sahabat seperti ini.. Insya Allah.. tima kasih kak atas perkongsian ini

Unknown berkata...

Saya dah membaca n3 anda ni ya. Terima kasih..

Kakzakie Purvit berkata...

Bukan mudah mencari sahabat yg memahami sekarang nie kan...

Munn Jaafar berkata...

hakikatnyaaa...sahabat skrg rmai yg bsifat semnentara je..

dalila berkata...

alhadulillah.... kawan2 sentiasa ingat mengigati

fieda berkata...

sharing is caring kan kak ita...info yg bagus..