Assalammualaikum,
Wasiat Luqmanul
Hakim Kepada Anaknya
(Tentang Hubungan Sahabat/Kawan)
1) Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura (hipokrit) membuatkan dia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya, ia mengeluarkan kata-kata kesat, hinaan, dan menyakitkan hati maka berwaspadalah kamu terhadapnya.
2) Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.
3) Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib makajadikanlah dirimu sebagai seorang yang tida kmengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.
4) Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah halatujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.
5) Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.
6) Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

Wallahua’lam,
diambil dari laman Halaqah.Net
Sekian, wassalam.
6 ulasan:
carilah sahabat yang boleh membawa kebaikkan pada diri kita..bukan sahabat yang boleh membawa kepada kemusnahan diri kita.
salam anita..Peringatan tuk anak2 kita juga.InsyaAllah.
Singgah la ke blog k.atie..ada info tuk panduan ita..
Bagus Untuk Peringatan anak2 untuk masa depan mereka...
entry bgus ni kak..
p/s: itu sy gam n jahit.. sume jht tgn kak..tak reti guna mesin =)
entry best..mohon syer...
kita patut ingatkan wasiat ni dkt ank2 kan..
Catat Ulasan