cinta hati mama

cinta hati mama

Khamis, 5 Julai 2012

Jom cantik


Petua Kecantikan Untuk Semua

1. Minum banyak air. Minum, minum dan minum. Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh, tetapi air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas utk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah. 

3. Jangan Merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. 

5. Pada waktu tertentu, pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Tidak payahlah sapu itu dan ini. Cukuplah dengan wajah yang bersih. 

6. Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik (sunnah), makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata. 

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan. 

8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. The best way are berzikir, berselawat, solat & istigfar

9. Ketawa adalah penghibur duka. Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka

10. Hati mesti sentiasa bersih & suci.  Tiada hasad dengki, buruk sangka, iri hati, sombong…sentiasa ikhlas, berlapang dada, bersyukur, menghargai & bertoleransi. 



copy :kawan opis e-melkan Tq;Mohamad Fairul Mohamad Hatim


13 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

tq share kak =)

Bazilah (^0^) berkata...

jom jadi cantik dalaman dan luaran beramai-ramai :)

Rosmawani♥ berkata...

tq for the info.. :) hihihi

faraherda.razalan berkata...

Salam Kak Ita. Akak mcm ne? Ok tak? Jgn sedih2 lagi ye?

Sy suka pint2 cantik atas tu. TQ kak sbb leretkan tips kecantikan tu. Sggt berguna!

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

nice tips kak..thanks sharing :)

Kakzakie Purvit berkata...

Senang aje nak cantik kan atie.. cuma nak buat atau tak aje

fieda berkata...

saya nak cantik....hihihi..

Eye_nee berkata...

yg no 10 tu terbaik antara yg terbaik tuk menjadi cantik...

izz iizza berkata...

good info..tang makan tu memang betul..jgn biarkan perut kosong..kena makan tahu jgn berlebihan..:)

Cikrosecute berkata...

info yg menarik dear...

Unknown berkata...

nak cantik jugalah...

IntaNBerliaN berkata...

petua yg sgt bagus ni... semua wanita nk cantik :-)

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Anita...atie setujuuuuuuuuuuuuuuu!!