Assalamualaikum dan salam sejahtera....
selamat hari ibu buat mak ita. HALIMAH BINTI ABDUL...terima kasih untuk segalanya mak.....Jasa mak tak terbalas..buat arwah mak mertua..terima kasih atas kasih sayang mak..walaupun ita sempat kenal mak 5 tahun aje..tapi mak memang mak mertua yg terbaik...semoga mak tenang di sana....Al-Fatihah buat arwah mak mertua SARIFAH bINTI YUSOF...
mak ita ( halimah binti Abdul)selamat hari ibu buat mak ita. HALIMAH BINTI ABDUL...terima kasih untuk segalanya mak.....Jasa mak tak terbalas..buat arwah mak mertua..terima kasih atas kasih sayang mak..walaupun ita sempat kenal mak 5 tahun aje..tapi mak memang mak mertua yg terbaik...semoga mak tenang di sana....Al-Fatihah buat arwah mak mertua SARIFAH bINTI YUSOF...
Arwah mak Mertua (Sharifah Binti yusof)-AI-Fatihah
Apa khabar semua.
Saya doakan semoga sihat-sihat hendaknya di samping
keluarga tercinta..
Izinkan saya share tulisan ini (copy paste untuk
sama-sama kita renungi)
BERAPA PERATUS KATA-KATA INI BENAR.....
Orang kata aku lahir dari perut mak! (Memang betul pun..)
Bila dahaga, yang susukan aku. Mak.
Bila lapar, yang suapkan aku, Mak.
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku, Mak.
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut, Mak.
Bila bangun tidur, aku cari, Mak.
Bila nangis, Orang pertama yang datang, Mak.
Bila nak bermanja, aku dekati, Mak.
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah, Mak.
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya, Mak.
Bila nakal, yang memarahi aku, Mak.
Bila merajuk, yang memujukku cuma, Mak.
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah, Mak.
Bila takut, yang tenangkan aku, Mak.
Bila nak peluk, yang aku suka peluk, Mak.
Aku selalu teringatkan, Mak.
Bila sedih, aku mesti telefon, Mak.
Bila seronok, Orang pertama aku nak beritahu, Mak.
Bila bengang, aku suka luah pada, Mak.
Bila takut, aku selalu panggil, " Mmaaakkkk! "
Bila aku sakit, Orang paling risau adalah, Mak.
Bila nak exam, Orang paling risau juga, Mak.
Bila buat hal, yang marah aku dulu, Mak.
Bila ada masalah, yang paling risau, Mak.
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni, Mak.
Yang selalu masak makanan kegemaranku, Mak.
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam &
lauk pauk, Mak.
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku, Mak.
Yang selalu berleter kat aku, Mak.
Yang selalu puji aku, Mak.
Yang selalu nasihat aku, Mak.
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk, Mak.
Aku ada pasangan hidup sendiri.
Bila seronok, aku cari Pasanganku. TAPI bila sedih, aku
cari, Mak.
Bila berjaya, aku ceritakan pada Pasanganku. TAPI bila
gagal, aku ceritakan pada, Mak.
Bila bahagia, aku peluk erat, Pasanganku. TAPI bila berduka, aku peluk erat, Emakku.
Bila nak bercuti, aku bawa, Pasanganku TAPI bila sibuk,
aku hantar anak ke rumah, Mak.
Bila sambut ulangtahun, Aku bagi hadiah pada Pasanganku
TAPI bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu, Aku ingat pasanganku... TAPI selalu, Mak ingat
kat aku!
Bila-bila, Aku akan telefon pasanganku... TAPI entah bila
, aku nak telefon Mak...
Selalu, aku belikan hadiah untuk pasanganku TAPI entah
bila, aku nak belikan hadiah untuk Emak...
Selalu juga kita dengar begini:
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja,
bolehkah kau kirim wang untuk mak... Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit
sebulan pun cukuplah. "
Berderai air mata jika kita mendengarnya. Tapi kalau mak SUDAH TIADA......?
" MAKKKKK !!
RINDU MAK !.. RINDU SANGAT ! "
Berapa ramai yang sudah hantar IBUNYA TUNAIKN UMRAH DAN
HAJI...
Dgn belanja sendiri....?
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...?
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...?
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...?
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....?
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan
luka kudis ibunya...?
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga
ibunya....?
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH
ibunya.... kerana JAHILNYA ILMU TENTANG AGAMA?
BERUNTUNGLAH BUAT ANDA YANG MASIH ADA IBU.......
Semuanya kerana MAK! @ IBU! @ UMMI! @ MAMA! terkasih dan
tersayang..
Ulama’ berpendapat bahawa mengingati ibu bukan hanya
setahun sekali tetapi setiap hari.. Dengan kata lain hari-hari adalah Hari Ibu.
(Kita ubah sikit konsep asal)
Al-Fatihah buat ibu-ibu yang sudah meninggal dunia.
Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang solehah.
# Tidak semua orang ada anak, tetapi pasti semua orang
ada ibu (Melainkan nabi Adam A.S.)
>>>> “SELAMAT HARI IBU”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan