cinta hati mama

cinta hati mama

Jumaat, 27 Februari 2015

menanam uri Anak

'MARI BELAJAR Kita selalu terlupa benda2 macam ni.. kepada yang akan dapat anak sila baca dan faham. 
 SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.MENANAM URI ANAK atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.

 Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh.Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar. Cara menguruskan uri 



  • 1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  •  2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo. 
  • 3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci) 
  • 4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih. 
  • 5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
  •  6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  •  7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti
  •  8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut. 
  • 9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti 
  • 10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus. 
  • 11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid. 
  • 12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  •  13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum menanam uri adalah HARUS.


 (JAKIM). Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat semoga bermanfaat :)'

Rabu, 25 Februari 2015

ARRYAN DARWISY hemsem ~dah 2th 1 bulan...

arryan sekarang dah sangat petah bercakap..banyak yang ita faham apa yang dia cakap..kuat cubit dan buli kak dan abangnya aqil..mesti menagis si abang dan kak arisyanya di kerjanya..rumah abis di contengnya...bila tanya nama dia..arryan akan cakap iyan awisy...semoga arryan membesar menjadi anak yang soleh..amin..

Isnin, 23 Februari 2015

Making sambal Hitam oleh orang Melaka..ha..ha

sambal Hitam ne memang terkenal kot kat Pahang. sambal ikan bilis bersama belimbing buluh..yang best lah..asa masam-masam sikit rasanya.Ist time makan kawan opis tie bawa daripada kampung memang best dan sedap lah. tie buat jual...kekadang juga tapi susah lah nak jumpa.masa balik kampung ari tu banyak lak buah belimbing..so cakap dengan ida jom try buat...kita orng kutip ..buang atas bawahnya..lepas tu basuh dan tuskan..lepas tu hidupkan api kayu selang seli dengan garam biar airnya kuar dari buahnya..sampai jadi mcm asam keping..hitam..tapi tak lah kering sangat..rasa buah belimbing tu setengah kampit beras 10kg ingat dalam 4 ke 5kg juga tu..bila dah kering alai hai ciput aje dapat...lepas tu buat mcm resepi kat bawah ne..tapi ita tak guna bawang putih..pakai bawang besar aje GARAM DAN GULA TAK PAKAI GAK..COZ MASA DIREBUS TANPA AIR TU DAH BUBUH SIAP-SIAP GARAM.....banyak gak lah...hasilnya memang terbaikkkkkkkk lah..sedAPPPPPPPPPPPPPPP....
  Cara membuat sambal hitam belimbing 

  •  Bahan2: 
  •  Belimbing Buluh - dlm 500g 
  • Bawang merah kecil -7 biji 
  • Bawang putih - 5ulas 
  • Cili padi - 15 tangkai (or leh letak byk kalau suka pedas)
  •  Ikan bilis kopek -
  •  1 cawan Minyak utk menumis - 
  • 1 cawan Kicap lemak manis
  • sedikit Garam 
  • -ikut rasa Gula -ikut rasa 


 memula..... Belimbing buluh-dibersihkan dan direbus dalam periuk tanpa air hingga hampir kering dan bewarna hitam....gunakan api yang kecil dan kacau sekali sekala.Seelok nya gunakan periuk yang dah lama dan tak guna lagi sebab periuk tu nanti akan jadi hitam dan susah nak bersihkan. 
kita rebus sampai belimbing yg diletakkan sedikit garam sehingga bertukar warna kehitaman..belimbing akan benyek nanti.. buka api kecil ye..sederhana pun boleh...n serius rebus lama...aku rebus dlm3jam lebih. 


 1. Cili api,ikan bilis,bawang besar ditumbuk kasar. (kalau nak pakai blender pun boleh...tp blender kering kalau ada frood processor lg bagus.....) 

kemudian, tunbuk sekali belimbing buluh tersebut.. 

 2. Panaskan minyak 
 3. Masukkan bahan tumbuk.Kacau hingga separuh masak
 4. Masukan belimbing,kacau rata hingga masak. Masukan garam dan gula serta sedikit kicap Sesuaikan rasa.

Ahad, 22 Februari 2015

stimboot dan BBQ kat Melaka~ 21/2/15~

ini cite balik kampung melaka CNY..kita orang kalau balik Melaka mesti ada aktiviti..so cakap dengan ida buat BBQ dan Stimboot.kongsi lah beli barang kan..saja aje seronok-seronok...menunya BBQ ayam 3ekor,kambing ,kerang bakar dan sosej..dan stimboot ..ida beli barangnya kat Giant tangkak masa gi kawin nes tu...tempat stimboot ita beli kat family store..murah gak lah Rm 34.80 dan gasnya rm4.90.seronok ajak juga jiran dan kawan ida kebetul datang nak ambil sambal hitam yang 1st time buat..jadi...

Sabtu, 21 Februari 2015

cadar frozen Arisya...

semua barang arisya banyak yang frozen suka sangat lah si arisya ne..beli ne bagi semangat kat arisya coz tapak kaki berkudis-kudis sanpai jalan tak betul..sakit sangat rupanya...tak sekolah 1 minggu cikgu pun kasihan kat arisya ..cakap tak payah sekolah...sekarang ada kurang sikit..arisya ne kulitnya kat sensitif...

selamat pengantin baru Nes dan Pasangan ~19/2/15~

Rabu, 18 Februari 2015

report polis kes kak Diana~9/2/15

cerita ne sambungan dari kes yana.pening juga ada anak dara ne...pada tarikh 9/2/15, ita suruh kak diana pergi kedai bawah rumah beli lada hitam nak buat sos chiken chop yang ita beli kat kedai sejuk beku berdekatan dengan opis. dalam perjalanan yana telah di tahan oleh mak kawan yang dia gaduh tu. yana telah di tampar dan di tarik rambutnya .menagis-nagis yana balik rumah di temani oleh 3 orang kawannya, dan ita mengambil keputusan membuat report polis kerana takut jadi apa-apa hal di kemudian hari.ita tidak menyebelahkan sapa-sapa..dan ita rasa tak patut menapar anak orang di depan orang ramai..dan meaibkan anak ita.sekarang kat sekolah juga anak ita sering di ejek oleh anak orang yg menaparnya tu dan mengajak yana bergaduh,dia cakap apa ?..nak gaduh...dia panggil mak dia, siap aqil yang sekolah rendah tu pun jadi mangsa anak orang yang sama di sekolah.ita cakap kalu dia orang kacau cakap aje dengan cikgu...bila report polis rupanya dah banyak kes orang ne kat kawasan perumahan ne...semua orang dia gaduh dan telah dihalau keluar..tapi dia merayu dapat duduk balik....ita minta pihak polis yang membuka kes ne..menasihatkan orang yang menampar anak ita tu...