Terpaksa jual perkakas rumah tampung keluarga
PORT DICKSON – Sepasang suami isteri di sini, terpaksa menjual beberapa barangan dalam rumahnya bagi menampung kos hidup mereka sekeluarga.
Nurasnida Simail, 29, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana tiada punca pendapatan selepas tidak bekerja.
Menurutnya, sebelum ini, dia bekerja di kilang penapis minyak, namun terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sejak enam bulan lalu bagi menjaga suaminya, Mohd Rosdi Mohidin, 35, yang mengidap pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, paru-paru berair dan masalah jantung.
"Kini suami saya sedang menerima rawatan di Hospital Port Dickson (HPD) sejak dua minggu lalu. Antara barangan yang kami jual adalah peti ais, televisyen dan almari dapur. Barangan ini milik emak saya yang tidak digunakan lagi.
"Sebelum ini, suami saya juga dulu bekerja di kilang sama tetapi terpaksa berhenti sejak dua tahun lalu sebab sering mengambil cuti sakit dan kini keadaannya bertambah teruk," katanya.
Katanya, kini dia hanya bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan.
"Walaupun mendapat bantuan JKM, namun duit hanya cukup untuk membayar sewa rumah iaitu RM350 sebulan. Kami memang tiada duit simpanan sebab itulah terpaksa jual barang dalam rumah,” katanya.
Nurasnida berkata, dia juga sering mengharapkan belas ihsan dan simpati daripada adik iparnya.
“Tapi adik ipar saya pun bukanlah keluarga senang, dia hanya tolong mana yang mampu sahaja,” katanya.
Ibu kepada tiga anak ini berkata, dia juga runsing memikirkan nasib anak-anaknya.
“Dua orang anak saya tinggal bersama, namun seorang lagi dijaga oleh kakak.
"Saya bertambah susah hati sebab bantuan sekolah anak seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin sudah diberhentikan.
"Saya juga belum membayar yuran sekolah dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada tahun ini," katanya yang turut memberitahu bil elektrik dan air rumahnya juga sudah lama tertunggak.
Tambahnya, mungkin dalam masa terdekat suaminya akan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan jantung.
“Sebenarnya suami saya perlu menjalani rawatan jantung pada Mac lalu tapi terpaksa ditunda Oktober nanti kerana masalah tekanan darah rendah.
“Memanglah kos perubatan ditanggung oleh kerajaan tetapi kami memerlukan kos untuk pengangkutan. Kami suami isteri akan menaiki teksi dan komuter untuk ulang alik dari Hospital Serdang kerana kami tiada kereta,” katanya.
Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Nurasnida di talian 011-18841235 atau nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0510-3290-0022-4127 atas nama Mohd Rosdin Mohideen.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan