cinta hati mama

cinta hati mama

Ahad, 7 Oktober 2018

genap 4 bulan 7/10/18-papa tinggalkan mama..rindu nak dengar suara papa

Hari ni genap 4  bulan tanpa kamu papa. Dari subuh rasa sayu. tapi kuatkan hati  bila ziarah papa . ....sayu tengok kubur papa...........Orang luar tak kan faham macam mana nak luahkan rasa rindu tu. bila rindu datang menyapa..gambar dan video akan mama tengok selalu..tapi tidak di depan anak..biasa di opis..tak mahu anak tengok mama menagis,tunjuk kuat kat anak-anak.
.
Sampai hari ni mama rasa macam tak percaya mama yg dipilih untuk terima ujian yang paling berat dalam hidup ni. Saat anak anak masih perlukan papa dalam hidup. Saat tu Allah jemput papa di hari yang paling mulia. pada bulan 22 ramadhan petang kahmis.mama skrg lebih kuat dari biasa. Tak mudah tapi mama paksa hati ni...redha dngan ketentuan daripada ALLAH.bercerai hidup dan bercerai mati lain tak sama...
.
saya tak ada peluang untuk cakap kata kata terakhir dekat papa. Tak sempat mama nak minta maaf. Nak cakap mama sayang papa. . Cuma mama tak kan lupa sebelum hari kejadian papa sembang lama dan sebut banyak kali  I LOVE U.... mama terkilan tak balas..sebab masa tu marah kat papa.

.. Replay video papa banyak kali sebab nak dengar suara papa. Rindu nak borak. 

Moga anak anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah ada dengan mama nanti.biar orang cakap pasal mama apa pun..tapi mama nak semua anak masuk tahfiz dan berjaya hafal AI-QURAN, itu memang cita-cita mama.masa papa ada. lagi.nak masuk tahfiz kena modal yang besar..sekarang ALLAH  izin kan..dengan status anak yatim. Masa ni lah mama nampak siapa keluarga. Siapa saudara. Siapa kawan. Tak semua orang akan ada dengan kita di waktu susah kita. Tapi tuhan tu Maha Penyayang. Dia hantar orang yang baik baik untuk anak anak kita.rezeki ALLAH bagi alhamdulilah  mama berusaha sebaik mungkin...simpan dan imbangkan dengan akhirat...harap ada saham akhirat buat papa juga..hanya itu yang mampu mama buat...mama cuba ubah hidup mama...pelahan-lahan...jadi baik sedikit daripada semalam...
.
Insyallah mama akan jaga anak-anak dan amanah sebaik mungkin...
.
Moga Tuhan jaga papa di sana macam tenang dan damai.... 


Tiada ulasan: