cinta hati mama

cinta hati mama

Selasa, 5 April 2011

PERCUMA: Pemeriksaan Kesihatan ...Projek “The Malaysian Cohort”

Ita baca blog kawan ita sini selly..ita jumpa ini..ita rasa bagus dan nak kongsi dengan kekawan ...kalu kita nak buat pemeriksaan kesihatan kos agak mahal...so dengan adanya projek ini PERCUMA...SO APA LAGI JOM JOIN.......tapi baca syarat2 dia dulu ya..ita dah terkena....he..he..




PERCUMA: Pemeriksaan Kesihatan ...




Projek “The Malaysian Cohort”

Warganegara Malaysia yang berumur 35 hingga 65 tahun dijemput menyertai projek The Malaysian Cohort, satu projek penyelidikan kebangsaan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang melibatkan pengumpulan maklumat kesihatan, pemakanan, gaya hidup dan biospesimen (darah dan air kencing) dari 100,000 penduduk Malaysia untuk mengenalpasti punca penyakit seperti kanser, kencing manis, strok, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain.
Dengan menyertai projek ini anda juga ditawarkan pemeriksaan kesihatan berikut secara PERCUMA:


Pemeriksaan Tekanan Darah

Ujian Fungsi Jantung (EKG)

Ujian Fungsi Paru-paru (Spirometri)

Pemeriksaan Darah (Ujian glukosa, kolestrol dan kiraan darah penuh)

Analisis komposisi badan

Pengukuran Indeks Jisim Tubuh (IJT), Ukurlilit Pinggang dan Pinggul





Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Urusetia Projek di:



Talian bebas tol 1800-88-2007 atau

Talian tetap 03 – 9171 0415 atau

Emel : temujanji@mycohort.gov.my; atau

Layari: http://www.mycohort.gov.my/
 
: ita copy pase daripada blog kawan ita ini:selly

Tiada ulasan: