Followers

Rabu, 4 Mei 2011

ayam sempoi2....




RESEPI AYAM
(jadi mcm ayam bakar)

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 1 inci halia muda - tumbuk hancur
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk hancur
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili life
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam dan aji  jika perlu



Cara-cara

  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar  lagi lama lagi best..ayam..
  • Panaskan kuali  dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan seperti ayam bakar.Sesekali balik-terbalikan supaya tidak  hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering .
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan..

  • .siap..jadi macam  org jual kepak ayam kat pasar malam...

1 ulasan:

Cik Anita berkata...

ini bukan ayam sempoi la kak, kira rumit jugak nak goreng! kalau sempoi yg letak kunyit dgn garam tu je...hehe