cinta hati mama

cinta hati mama

Isnin, 22 Ogos 2011

Ya-ALLAH-berikan-keajaiban-kepada-dia"

Pagi tadi tengok e-mel..terus sebak....harapan ita..kepada sesiapa yang tersinggah dan terbaca ini..harap boleh lah doakan atau sedekahkan yang termampu di bulan yg mulia ini.....

From a fren.. axl

Frankly speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada maksud sebenar? Ermmm….*paused*

Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan merasai setiap detik-detik penuh nikmat.

Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni, terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma.


Norma and Talib on their wedding day


Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal. 
Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada seorang lagi insan sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti sama atau lebih dari saya.

ini adalah Rafiq..permata hati Norma & Talib



Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis lah kan *

v
Norma at hospital. Jauh beza dengan waktu dia sihat :(


I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 5 kali since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan. 

Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam. Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu (T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap? Mahu di agah?

Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi? Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT...


Rafiq with his mother...ohh~


Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah.

cimb

 01070068677528

 Noormawati Mohd Rasif

 Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin.

Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti! Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T)

 

a very strong husband...to a strong wife


Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang. 

Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon.

Sila lah panjang-panjang kan di FB, tweeter, blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading.









13 ulasan:

mama4A's berkata...

Kita selalu rasa kita tak bertuah... tak bernasib baik... walhal, di luar sana ada ramai lagik... mudahan Allah mempermudahkan Norma & Talib sekeluarga...

thnks kak ieta utk entry nie..

Cik Anita berkata...

salam.

dah baca dah kisah ni tempoh hari. sedih sangat! betul2 menitikkan air mata. harap segala urusan beliau di permudahkan. dugaan yang amat berat!

:(

duniaanita74.blogspot.com berkata...

betul selly ..bila kak ita baca sedih gila...betul selly cakap...hendak lah bersyukur apa yang ada....kak ita sedih..sangat bila tengok beby tu..mcm mana kalu kak ita berada dalam diri beliau...kuat dan cekal ke?..rasanya tak sekuat dan setabah itu.. mcm meraka..mari lah sama2 kita doakan semoga allah permudahkan buat family normah dan talib sekeluarga...amin.....

duniaanita74.blogspot.com berkata...

cik anita sama2 lah kita berdoa..semoga normah kembali sihat ...dan boleh bermanja dengan baby rafiq...amin...

'adawiyah az-zahraa' berkata...

ya ALLAH. smoga keluarganya tabah mengahadapi dugaan daripadaNYA.

smoga die cpat sembuh. amin.

duniaanita74.blogspot.com berkata...

betul putri...semoga beransur pulih....amin..

Gadis Penawar =) berkata...

sedihnya..sebak saya baca entry nie..kalau lah saya di tempat nya..saya tak tahu mcm mana nak hadapinya..betulah..allah akan uji hambanya mengikut kemampuan ..dia mampu sebab tuh diberi ujian sebegitu..harap dia kuatkan hati dan sembuh..amin..

duniaanita74.blogspot.com berkata...

betul tu syarina ....kak ita setuju yg rina komen tu..alllah uji hambanya mengikut kemampuannya..semoga ramadhan ne..memberi seribu rahmat buat normah sekeluarga dan semoga beransur sembuh...sama2 kita doakan...amin...

Unknown berkata...

sayu hati saya tatkala bace kisah Kak Norma ni . Semoga beliau cepat sembuh .
moga tabah :)

PinKy MoMMa berkata...

yes kisah dia sgt menyayat hati..i pun ada buat entry pasal norma..
tugas kite sebagai blogger utk sebarkan lagi..mana tau ada insan yang mampu dpt mnyumbang lebih pada norma dan keluarga :)

gud job dear..
kalau u sudi..leh letakkan no akaun norma supaya ada pembaca yang sudi meringankan bebannyer :)

duniaanita74.blogspot.com berkata...

memang betul pinky momma ckp...kak ita pun sedih baca...no akaun ada so sudi2 lah meringan beban,,kak ita buat stick post sepanjang bulan ramadhan ne..sesipa yg ada rezeki lebih tu.....paham2 dah leh...

nadia fatihah berkata...

masyaAllah, kesiannya dekat keluarga ni..

betul tu kak ita, ingat sihat sebelum sakit. kita tak taw ape yg akan terjadi kan..

semoga kak norma mampu sihat walaupn tak sesempurna dulu..semoga rafiq kembali dapat pelukan dan kasih sayang ibunya. insyaallah..

duniaanita74.blogspot.com berkata...

nad betul tu..sedih gak...ari ne jumaat boleh lah sedekah kan..amin..