cinta hati mama

cinta hati mama

Selasa, 27 September 2011

masakan hari ini ~27/9/11~


pagi tadi buat masak biasa2 aje...yana nak bawa bekal suruh buat nasi goreng dan hubby suruh masak sayur nangka buat rendang,tap ini 1st time buat rendang nagka agak sedap,,dan agak manis bukan bubuh gula mungkin buah nagka tu kot...sepatutnya pakai ikan bilis aje..tapi tak ada so ita bubuh 3 ke 4 ketul ayam yg di potong kecil2...kena apa ada resepi..kekawan cakap kenapa tak ada resepi..ita cakap biasa2 aje ita masak bukan pro pun..so ita buat lah sesikit..tak kan ikan goreng pun nak resepi betul tak..he..he..


nasi goreng udang geragau untuk kak diana bawa sekolah ,aqil dan mama sarapan pagi tadi...
Nasi goreng udang geragau...
bahan-bahannya:

  • nasi lebih semalam
  • segengam udang geragau(basuh dan toskan)
  • 2 biji bawang putih(ditumbuk)
  • 5Biji cili api(ita tak letak aqil x mkn pedas)
  • 1biji telur
  • udang putih
  • garam dan pak aji....
cara-caranya:
tumis bawang dan cili api sampai naik bau..masukan udang geragau..goreng sampai naik bau gak..masukan udang putih kemudian pecahkan telur dan hancurkan,masukan nasi ,garam dan pak aji...gaul-gaulkan..siap..cepat kan...




rendang nangka

Bahan-bahan
  • sedikit ayam, potong ikut suka(sepatutnya bubuh ikan bilis aje-dah abis bubuh lah sedikit ayam)
  • 400 ml pati santan (dari sebiji kelapa)
  • 3 helai daun limau purut, 
  • buah nagka muda(ita beli rm1.00 ..1beg)..~direbus dulu bagi lembut)
  • 2 camca besar kerisik
  • 3 - 5 camca besar cili kisar 
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam gelgugor
  • 2 biji bawang merah-dihiris2
  • 2 ulas bawang putih_dihiris2
  • 2 inci lengkuas*
  • 4 inci halia*
  • 5 batang serai, *
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • penumis
Cara-cara
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kisar semua bahan2 bertanda (*) hingga lumat, jika menggunakan cili padi, kisar sekali dengan bahan tadi. Satukan bahan2 dengan rempah kari dan cili kisar (jika gunakan cili kisar). Kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah ,bawang putih dan penumis,kayu manis bunga lawang  hingga harum dan  masukan cili kering dan serbuk kari, masak hingga terbit minyak,lepas tu masukan bahan yg dikisar(serai,lengkuas,halia)...masak lagi hingga terbit minyak ...Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Gunakan api sederhana.
  3. Masuk pati santan,dan nagka yg direbus tadi..biarkan seketika,masukan  asam gelugor dan kerisik. Kacau rata dan masak hingga pekat dan tambah garam,  dan  pak aji secukup rasa  sama). Tambah  daun kunyit, kacau perlahan hingga mesra.(tak suka hiris2 nanti mcm rambut)..
  4. Masak hingga kering tapi masih lembap dan ayam empuk. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan bahagian bawah rendang hangus. siap...




ikan selar goreng abiskan dalam peti ais

10 ulasan:

PUANSTOBERI berkata...

nasi goreng udang geragau tu mmg bes. tp kadang gatai2 idung plak dibuatnya. hihi.

tetiba tingat dlm peti ais byk lagi udang geragau. entah bila thn punya la tu gaknya. :D

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Tak pernah lg mkn rendang nangka..
nmpk sedap..nnt blh cuba juga ni.. ^_^

Mommy Fara berkata...

Mak sy penah bt rendang nangka muda. Kdg2 dia campur dgn kerang. Yummeh!

Azren Aida berkata...

wah..sedapnye rendang nangka kak nita..mmg kne dgan ikan goreng..nyum!..:))

anitadiana berkata...

fara boleh campur kerang ya...kak ita ne 1st time buat..sedap lah..semalam balik tinggal sikit aje...org kg suka rupanya..

anitadiana berkata...

puansttoberi..ita beli sikit sesangat kat NSK dalam 50sen..tu pun ada lagi dalam peti ais...nak buat cekodok lak nanti..he..he

anitadiana berkata...

lili cuba lah ..sedap..kak ita pun 1st time tu..org kampung datang semalam family hubby..suka..siap meratah-ratah lagi..

anitadiana berkata...

azren..memang kena lah tu..ikan goreng jenuh nak abiskan dalam peti ais u..he..he

Bea Rocher berkata...

rendang nangka macam sedap je kak . nyummm :)

anitadiana berkata...

bea ok gak lah kak ita pun 1st time buat tu..dan di sukai oleh mertua dan adik beradik belah suami yg datang dari kg...nyaris2 tak dapat rasa...dia tinggalkan sikit kat kak ita balik keja makan..