cinta hati mama

cinta hati mama

Khamis, 6 Oktober 2011

masakan hari ini ~5/10/11~


 rendang ayam (bagi abis dalam peti ais..huh..lega)

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam, potong ikut suka
  • 400 ml pati santan (dari sebiji kelapa)
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 camca besar kerisik
  • 3 - 5 camca besar cili kisar 
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam gelgugor
  • 2 biji bawang merah-dihiris2
  • 2 ulas bawang putih_dihiris2
  • 2 inci lengkuas*
  • 4 inci halia*
  • 5 batang serai, *
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • penumis
Cara-cara
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kisar semua bahan2 bertanda (*) hingga lumat, jika menggunakan cili padi, kisar sekali dengan bahan tadi. Satukan bahan2 dengan rempah kari dan cili kisar (jika gunakan cili kisar). Kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah ,bawang putih dan penumis,kayu manis bunga lawang  hingga harum dan  masukan cili kering dan serbuk kari, masak hingga terbit minyak,lepas tu masukan bahan yg dikisar(serai,lengkuas,halia)...masak lagi hingga terbit minyak ...Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Gunakan api sederhana.
  3. Masuk pati santan,.biarkan seketika,masukan  asam gelugor dan kerisik. Kacau rata dan masak hingga pekat dan tambah garam,  dan  pak aji secukup rasa  sama). Tambah  daun kunyit, kacau perlahan hingga mesra.( ita tak suka hiris2 nanti mcm rambut)..
  4. Masak hingga kering tapi masih lembap dan ayam empuk. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan bahagian bawah rendang hangus. siap...


terung goreng buat sambal ber ikan  bilis

bahan-bahanya
1 biji terung panjang(di potong dan digoreng dulu)
 1biji bawang putih (di tumbuk)
1 gengam ikan bilis (di basuh dan di tumbuk)
1 senduk cili kering
sedikit air asam jawa
garam dan pak aji..dan sedikit gula..


cara-cara;

1-tumis bawang putih hingga naik bau.
2- masukan cili kering masak hingga terbit minyak.
3.masukan ikan bilis,air asam,garam,gila dan pak aji..
4-bila semua dah agak kering masukan terung yg telah digoreng telebih dulu tadi..siap..



ikan kembung goreng(bagi abis dalam peti gak)..

ini aje masak hari ini


roti ne kak diana nak bawa bekal kat sekolah..ada kaya tapi tak bubuh...nak bubuh susu cair tabur kan milo kat atasnya....hentam aje..tekak yana..aqil dan arisya pun nak gak mcm ne...bebudak sekarang mcm -mcm lah...

5 ulasan:

faraherda.razalan berkata...

Kak, sy pun suke roti tabur milo mcm tu. Yummen! Wah...akak nak shopping lauk barulah tu eh? Hehehehe....

duniaanita74.blogspot.com berkata...

kak ita tak reti lah pulak..bebudak ne pandai lah pulak..kalu minum air milo tabur milo kat atas dia tahu lah...

fara lauk beli 1minggu sekali..tu yg payah nak masak...tak kan nak beli sikit2..ayam 1 ekor masak berapa hari dah..ikan 5 ke6 ekor pun kena masak 2 ke 3hari gak..masak bebanyak tak abis...tu yg kena ulang ikan yg sama..cuma masak yg berbeza kekadang buntu nak masak apa...

ainhany berkata...

best jugak menu arini..
hai kalu mcm gini masak, bukan anak2 je montel, ucu nie pun boleh tambah sakan tau..
hihii

selamat memasak dan menjamu seleroo
---fuhhhh pedasss

duniaanita74.blogspot.com berkata...

betul tu ucu..mama ne tak kurus2 mcm ne...

Azura @ cik buaya berkata...

macam sedap je milo tabur ngan susu kat roti tu.. nk try la nnt :)