cinta hati mama

cinta hati mama

Selasa, 11 Oktober 2011

physiotherapy 11/10/11


hari ini merupa kan hari pertama ita pergi buat physiotherapy di PPUM...ita sakit lutut  pada bulan 4kot (tak ingat)..masa tu turun tangga lif rosak..ita dari tingkat 12,masa nak turun tu tetiba saja ita terdengar bunyi "pop'..masa tu terasa sakit sikit lah boleh jalan lagi..lepas tu jadi lebih teruk..sampai bengkak..bila bengkok kan kaki lutut akan berbunyi-bunyi,banyak ubat dah cuba,namun sakit masa ada,kekadang jadi berdenyut-denyut..so doktor buat surat suruh pergi buat kat PPUM,jumpa doktor bahagian ortopedik ,tengok x-ray ok..tak ada masalah...dan doktor cakap OSTEOARTHTIRIS...dan kena kurangkan berat badan...doktor cakap ita muda lagi tapi kena sakit ne..badan besar so lutut tak mampu nak tampung berat badan.. tadi pakar fisyo bagi hot beg kat lutut dan bagi mcm aliran eletrik kat lutut dan ajar buat exercises untuk lutut...dan yg malas u bab nak turunkan berat badan (selalu hangat-hangat tahi ayam aje)...ita pun cari lah kat gogel..apa benda lah kan sakit ne..

Ape kebende osteoarthtiris ni?. Ianya ialah sakit tulang. Biasa kena pada orang tua. Lagi biasa kena pada orang tua yang ada masalah obesiti. ita salah seorang daripadanya.(tapi tak berapa nak tua lah kan)...
Doktor menerangkan, fenomena ni biasa berlaku pada org tua. Rawan dah nipis atau haus. Tulang pula dah mula pecah-pecah dan berduri menyebabkan kesakitan apabila ianya bergesel bila berlaku pergerakan ketika berjalan, rukuk dan tahiyyat di waktu solat. Ianya dipanggil osteoarthritis.
Cara penyelesaian ada beberapa pilihan. Makan ubat dan supplement, suntikan (ada 2 jenis) dan pembedahan lutut. tapi kes ita ne doktor try buat fisyo dulu..kalu tak ok buat MRI..nak tengok lutut lagi..so tunggu temujanji dengan doktor  19/10/11 ne nanti....

8 ulasan:

Aishah Amira berkata...

kesian akak . tape2 kak , sy pun tengah berusaha nak diet ni , hehehehehe . jom2 diet untuk kesihatan >_<

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

sama2 kt yer..

anitadiana berkata...

aishah dan yui sama2 lah kita..boleh kurang sikit pun ok lah so hari ne dah start puasa nak ganti dulu puasa ...kalu ok teruskan lag kot..boleh kontrol sikit kot...tq kau org..

Cik Anita berkata...

owh.

adakah sakit ni yang orang kata kurang bahan pelincir kat tulang kaki tu? hurm.Kesian akak. Kalau nak solat tu, ada problem tak nak rukuk or sujud?

Akak kena betul2 nekad jaga badan ni. Sebab untuk kesihatan Kak Ita jugak.

Jangan hangat2 tahi ayam! :)

Fara berkata...

A`ah kak. Akak walau mcm ne pun kena turunkan berat badan. Kawal pemakanan.

Sy sokong akak puas aganti dulu. Bila perut dah biasa lapa, abis ganti akak slow-slow amik sarapan serat. Pastu tengahari nasi jgn byk. Tp lebihkan lauk (kurang minyak). Petang akak mst alas perut dgn biskut tawar sekeping. Mlm sebelum kul 9, akak mkn selain nasi.

Sy sokong akak sgt2. Jgn mudah putus asa.

PUANSTOBERI berkata...

alahai..take care yer Kak.

Ni yg wisau nih. Kena minum Anlene nih (tp tak terminum2 gak..cakap lebih haku nih. huhu)

anitadiana berkata...

terima kasih semua..insayallah..kak ita cuba...

Aida78 berkata...

apa lagi jommmm minum susu....untuk naikkan kalsiummm..