cinta hati mama

cinta hati mama

Khamis, 1 Mac 2012

Hebahan Perkhidmatan Sistem Pengurusan Pertanyaan dan Aduan (SSPA) di Laman Web MQA


Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah memperkenalkan Sistem Pengurusan Pertanyaan dan Aduan (SPPA) sebagai tambahan kepada Perkhidmatan Dalam Talian  sedia ada yang ditawarkan oleh MQA. Perkhidmatan ini akan beroperasi sepenuhnya bermula pada 1 Mac 2012. SSPA merupakan aplikasi dalam talian yang membolehkan pihak awam menghantar sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan MQA secara lebih efisyen dan bersepadu.  Di samping itu, pihak awam dan pelanggan MQA masih boleh menggunakan saluran lain sedia ada seperti emel, surat dan hadir diri (walk-in) untuk berurusan dengan MQA.

Sehubungan dengan itu, warga MQA digalakkan menyebarluaskan perkhidmatan ini kepada semua pelanggan MQA seperti IPT, ahli panel penilai, pensyarah, guru, ibu bapa, pelajar dan lain-lain. Sebarang cadangan penambahbaikan dan maklum balas amatlah dialu-alukan bagi mempertingkatkan lagi kemudahan ini dari semasa ke semasa.

SPPA boleh dilayari melalui link di bawah :


2 ulasan:

Ce'gu JAERA berkata...

wahh, maklumat yang berguna utk para guru dan penjawat awam lain.. thanx for sharing...

Unknown berkata...

bagus ni...

sekarang smeua online ek, efisyen!