cinta hati mama

cinta hati mama

Jumaat, 31 Ogos 2012

cite 11 tahun dulu


Asalamuaikum…masa duduk-duduk mengemas barang untuk perpindahan tingkat ita jumpa nota yang ita buat tentang pengalaman bersalinkan si kak NUR ADRIDIANA 11  tahun lepas,kelakar lah pulak…so ita ingin abadikan di dalam blog kesayangan ita ne…dah bagi kak yana baca,jadi toucing dia….so ita buat lah..tapi ita tak pandai nak bercerita..so ita ikut aje yg ita buat 11 tahun dulu…

Pada pukul 5 pagi,pada 27hb-Jun-2011,aku sakit perut,sekejap sakit,sekejap tidak.Aku masih bercuti sehingga 28hb(doctor bagi mc seminggu akibat terjatuh di dalam bilik air ketika aku membasuh bilik air yang kotor)
Pada pagi tu aku cakap pada ida(adik ita) dan rakan-rakan serumah tentang sakit ku itu,semua perihatin dan risau meninggalkan aku di rumah,aku suruh mereka pergi juga ke pejabat,dan aku tak suka nak menyusahkan orang.selepas semua pergi ke pejabat,aku bersiap dan tanpa sarapan pagi aku,seperti biasa mengunakan pengakutan awam,menunggu bas untuk ke PPUM,walaupun temujanji yang akan datang ada keesokan harinya.
Di dalam bus seperti biasa aku berdiri.seperti biasa orang gemuk macam aku ne tak Nampak macam orang mengandung pun,mana ada orang nak kasi duduk,sampai di PPUM,kena menapak pulak tu,sampai PPUM ambil no,seperti biasa lah kan ramai,staff nurse bertanyakan aku sakit macam mana,dan menyarankan aku masuk wad.aku berkata mahu berjumpa doctor dulu,kak nurse tu kata tu tanda-tanda nak bersalin,mana lah aku tahu bukan ada pengalaman pun kan.Bila sampai giliran aku di panggil lebih kurang pukul 11.30 pagi,doctor telak seluk dan terkejut kerana dah buka 5cm,dan terus menyuruh aku masuk wad.Di dalam wad doctor memecahkan air ketuban aku,terasa panas dan agak belendir,aku tak Nampak.lepas tu doctor pasang alat nak cek denyutan jantung anak dan kena tunggu bukaan 10cm,lepas doctor memecahkan air ketuban Tu ya ALLAH ,sakitnya.Aku tak boleh tahan, menahan sakit pengembangan dan pengucupan Rahim.mula-mula tak sakit,makin lama makin sakit dan sangat sakit.Emak cakap kalu tanda darah tu sakit.tertiba aku menjadi sedih kerana baru aku tahu bertapa susahnya emak melahirkan aku.Aku asyik teringat kan emak dan ALLAH ,aku baca surah-surah yang aku ingat,aku tak boleh tahan .setiap kali aku rasa sakit sangat aku akan menarik besi dan aku tak ada tenaga dah,aku rasa lemah sangat.dah lah tak makan dan minum dari pagi,bila doctor cek aku cuba mintak ubat tahan sakit,sampai ke sudah tak bagi.lepas tu aku minta buat pembedahan kerana dah tak larat dan sakit sangat dan badan rasa tak bertenaga.Doktor cakap aku ok dan boleh bersalin secara normal,aku takut aku tak larat nak teran dan takut sangat beby kena vakum,dan aku dengar pelbagai bunyi jeritan dari bilik-bilik bersalin lain.
Doktor cek lagi tapi bari 8cm,doctor tak bagi teran,tapi aku rasa macam nak terberak aku tak kira,aku teran juga,doctor sudah pun bersiap sedia.Doktor mengajar aku teran panjang-panjang dan dagu rapat pada leher.Doktor suruh aku teran panjang-panjang coz dah Nampak kepala beby,aku teran tapi pendek,lepas tu aku teran panjang dan sekuat hati dan aku boleh rasa beby keluar,macam kita pegang ikan keli,licin aje.
Tiga kali aku teran,beby keluar dan aku mendengar tangisan dan doctor letak beby di atas perut dan bertanyakan beby apa?aku tengok dan cakap beby girl,syukur-syukur ALHAMDULILAH aku dan beby selamat.Pada pukul 6.08 petang 27hb.Jun.2001 bersamaan  5 Rabiulakhir. dan beby 3.4kg.lega rasa dan doctor menjahit yg terkoyak..syukur sesangat ALLAH mempermudahan.Ini Pengalaman baru bagi aku yang pertama kali melahirkan anak,aku rasa aku sangat tabah ,aku menghadapinya seorang diri,tanpa kehadiran seorang suami disisi,(suami dulu sakit )tak makan dari pagi hingga ke petang,Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberi aku anak perempuan yang comel yang aku namakan NUR ADRIDIANA ,ramai kawan opis yang datang melawat aku di PPUM,walaupun sehari aku di PPUM ,duit yang aku dapat untuk beby sebanyak Rm 450.yang hadir,kak rose,kak zira,kak zai,kak anis,Pn.Maizan,kak maimon,Shahriwati,nor kecil,siti nor,Maizatul hima ,Zakiah ,Pn.Mas ,En.razak,Mior,masrini,Norida,Rohaidah,lin dan midun.wak dan isteri,en.Ishak,zura,Norazian,fiza bidin,nadia ,lan dan ida,dan along…

(pasti ramai yang akan tertanya-tanya citenya panjang sangat..tapi tu kisah lalu,dugaan buat ita sangat lah besar..itu dugaan ALLAH dan ita redha..ita pernah memegang status ibu tunggal)...

6 ulasan:

Unknown berkata...

walau panjang..baca sampai habis...pengalaman yg menarik...syukur...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Anita.K.atie pon ada buat catatan camni masa bersalinkn baby yg pertama.
Trharunya k.atie baca...semoga pengalaman lps menjadi kenangan yg xmudah dilupakn.

aizamia3 berkata...

pengalaman yang kita boleh share tapi sakitnya hanya yang merasa je tau macam mana kan k.nita.. ;)

syukur.. akak dah lalui pahitnye sekarang diganti pulak dengan manisnya..

izz iizza berkata...

pernah jadi ibu tunggal...bila tu..ada sambungan ya citer ni..

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

bagus kak buat catatan pengalaman mcm tu kak ita

IntaNBerliaN berkata...

walaupun panjang, sy baca tanpa tggal sepatah perkataan.. mmg besar pengorbanan ibu kita lahirkan kita kan...