cinta hati mama

cinta hati mama

Isnin, 3 Disember 2012

KARNIVAL PELANCONGAN TARIAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA 2012~2/12/12~putrajaya


KARNIVAL PELANCONGAN TARIAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA 2012

semalam ita dan family gi menyertai tarian cuti-cuti 1 Malaysia,dah 3 tahun ita menyertainya,2tahun kat Dataran Merdeka,tapi tahun ne kat Putrajaya,tapi tak bawa kereta,naik coster MQA aje,senang kan nak packing, menari juga tapi buat sekadar yang mampu..kan kata tak sedar diri lak...nak meletup pun nak menari juga kan...lepas tu dia org gi kat MAHA kat serdang,letih juga...









2.      Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL) akan menganjurkan Karnival Pelancongan Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia 2012 (TCC1M 2012) pada 2 Disember 2012 jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Karnival tersebut dijangka akan disempurnakan oleh Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Bt Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia. Karnival tersebut merupakan acara tahunan KPL yang menonjolkan produk pelancongan berorientasikan gerak tari masyarakat Malaysia secara riadah yang berkonsepkan 1Malaysia. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap budaya kita yang perlu dihayati bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni melalui kebudayaan dan pelancongan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia.  Kementerian berharap melalui penganjuran acara seperti ini juga dapat menarik lebih ramai pelancong untuk mempelajari gerak tari ini dan turut sama dalam menjayakan Karnival tersebut kelak.

3.     Persembahan TCC1M yang berdurasi lebih kurang 25 minit merangkumi tarian-tarian seperti berikut 

(1)          Tarian Overture (Malaysia Truly Aisa)
(2)          Tarian Cina (Man Chang Sei)
(3)          Tarian Sabah (Jambatan Tamparuli)
(4)          Tarian India (Paattu Paadavee)
(5)          Tarian Sarawak (Puteri Santubong)
(6)          Tarian Orang Kita (Sewang)
(7)          Tarian Siam
(8)          Tarian Zapin (Zapin Bunga Hutan)
(9)          Tarian 1M4U
(10)         Tarian 1Malaysia
(11)         Tarian VMY 2014
(12)         Tarian Finale (Cuti Cuti Malaysia)

2 ulasan:

IntaNBerliaN berkata...

best gak menari2 ni.. hihii

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

menari2 mcm best jer hehe