ini versi sambal.. bagi pedas..papa tak lalu sangat makan cheese...
ini versi biasanya tak pedas...dapat lah 6 keping pizza buat dalam pembakar (macam pembakar ajaib tu)..ita nya cap idaman suri beli kat langkawi tu..murah...
TupperChef Pizza
1. Bahan-bahannya
(Topping):
a.
Nenas
– dipotong2 kiub
b.
Cili
Benggala (Capsicum hijau, merah, kuning) – dipotong2
c.
Tomato
–dipotong2
d.
Tuna
yang telah dimasak dan dilenyek2
e.
Mozarella
cheese (kak rose kata kalau pakai keju biasa tak sedap)
f.
Cendawan
butang (tin) – dipotong2
g.
Frankfurter
ayam – dimasak dulu & dipotong2
h.
Frankfurter
daging – dimasak dulu & dipotong2
i.
Bawang
besar kuning – dirincik2
j.
Tomato
puree
|
2. Cara membuat
doh:
Mula-mula masukkan
tepung gandum atau tepung pizza satu kilo atau sepeket.
|
Taburkan Yis
serbuk sepeket (tapi seelok2nya 2 peket, bagi lembut).
|
Taburkan daun
oregano (penyedap rasa).
|
Masukkan sedikit
minyak zaitun dan sedikit air garam.
|
Kemudian start
uli, tambahkan tepung sesedap rasa.
|
Kemudian uli dan
uli dan masukkan lagi minyak zaitun jika perlu. Kemudian biarkan tepung
bagi naik sendiri.
|
3. Langkah demi
langkah menyediakan topping:
Selepas diuli,
letak sikit minyak zaitun dlm pan dan masukkan tepung. Kemudian tekan2
dengan garpu buat lubang udara…
|
Kemudian letak
tomato puree atas permukaan tepung…
|
Susunkan frankfurter
ayam secantik-cantiknya..
|
Dan letakkan tuna
di atasnya…
|
Taburkan juga
cendawan butang yang enak rasanya…
|
Letak juga
frankfurter daging sesedap makcik…
|
Kemudian masukkan
juga hirisan tomato…
|
Letakkan hirisan
bawang kuning…
|
Tidak dilupakan
cili capsicum, kuning, merah dan hijau (colorful)…
|
Yang ni wajib,
iaitu nenas…sebab dengan adanya nenas, pizza bertambah enak sekali!
|
ne resepi kak rose..kat opis...jadi aje..ini kali ke 2,buat dulu masa hari jadi yana,1kg.dapat lah 5 keping,siap ajak kekawan dia makan sekali,ita pakai kuali bakar ikan,beli kat idaman suri di langkawi...ita tak ada lah ikut bahan-bahannya tu...doh aje ikut senang dan mudah....dan murah..minyak pakai minyak masak aje...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan