cinta hati mama
Sabtu, 10 November 2012
check-up minggu ke 30
semalam 8/11/12 gi PPUM check-up minggu ke 30,timbang berat dari 126.9kg ...naik ke 129kg...ambik kau tekana darah 126/63 ok....lepas tu pergi scan beby..jantina masih tak tahu,masih menyorok..saja aje nak bagi kejutan kan mama dan papanya,papa cakap perempuan dan mama rasa mcm lelaki,tak tahu lah kan..baju kena cari yg dua-dua boleh pakai....berat beby dalam 1.6kg..doktor kata normal,sesuai dengan usia kandungan,cuma kepala di atas,doktor kata normal juga sebab nanti dia akan berpusing,harap-harap berpusing,takut songsang,agak senak perut bila berjalan,minggu depat dah kena check-up seminggu sekali dah.....harap-harap semua berjalan lancar...
Jumaat, 9 November 2012
PEMENANG KUIZ TEKA SILANG KATA AIDIL ADHA
kuiz teka silang kata dianjurkan oleh Biro Agama & Biro sosial & kebudayaan KKMQA,mula-mulanya buat tak tahu coz kena ada selogan untuk adiladha yg lepas..tapi Pn.Annurul pegawai depan kak ita bagi..so buat lah mana lah tahu kan....dan alhamdulilah ..dapat juga walaupun saguhati berupa RM10.jadi lah...mana lah reti bab selogan ne...tahniah kepada 3 org pemenang utama,dan kekawan yg dapat saguhati...
Selasa, 6 November 2012
semalam yang malang 5/11/12
semalam hari yang agak malang buat ita dan hubby,pagi semalam letih lah kan balik kursus ari ahad petang,ari isnin keja..pergi juga lah..pagi tu ..nak kuar agak susah kiri kanan depan belakang kereta,dan nak kuar agak terhad,(duk Flat biasa lah kan..kena tolak-tolak kereta)...masa ita nak kuar tu tak lepas tergesel dengan kereta honda lama,lepas tu tuannya kereta turun nak antar anak dia gi sekolah..ita ckap minta maaf..abang tu serius aje marah lah kot..tak kemek pun cuma bercalar lah kan..dah mengigil lah kan ,tak pernah kena sepanjang bawa kereta.call hubby cite lah ..hubby cakap biasa lah tu duk flat,so bahagian ita setakat itu,bila hubby balik semalam dalam kul 8 malam(naik motor),ita balik kul 5(bawa keta)...ita tengok hubby macam kesakitan,ita risau lah..tanya papa kenapa?..hubby cakap dia terjatuh motor,ita pun cakap lah hati-hati lah sekarang kan musim hujan....lepas tu baru hubby cakap dia terlangar kereta orang dari belakang,dan org tu tak nampak motor dia.lampu kereta belakang pecah dan pemilik kereta minta ganti rugi Rm 200.so hubby bayar sikit dan esok dia gaji bayar lah bakinya..tak pasal-pasal lah kan,dan hubby terjatuh terlentang,badan ,pinggang dan pergelangan tangan sakit...agak terkejut bila arisya agak perihatin kat papanya..masa ita sapu minyak panas kat belakang badan hubby,tapi arisya pun sebuk dan cakap ..papa jom gi kenet(kelinik)...papa cakap lak..Papa sakit macam mana nak bawa motor.?lepas tu arisya cakap bawa keta lah....lepas tu papa cakap lagi sapa nak bawa? arisya jawap..suruh mama lah bawak...tergelak juga lah kan..papa memang susah nak gi hospital atau kelinik..puas arisya ajak papanya..sampai dah ambil kasut nak ajak gi kelinik...aqil dan yana biasa-biasa aje..coz tak ada yg berdarah..cuma jatuh..tapi arisya nampak agak perihatin kat papanya..ita pun jadi hairan juga budak 2th nampak mcm matang lah kan...tapi apa-apa yg belaku alhamdulilah...tak lah teruk mana..so sanggat-sangat bersyukur..
Kursus Breakthrough To Self Confidence Siri 1 (2-4 Nov 2012)
ita gi Kursus Breakthrough To Self Confidence Siri 1 pada 2-4 Nov 2012 di Suria Resort & Hotel di Janda Baik Pahang.kursus dalam bahasa org puteh..gi aje lah(janji kursus mak cukup).....setiap masa kena cakap org puteh..belasah aje..bukan reti pun..janji kena berani walaupun tak berani mana pun......alhamdulilah kursus yang agak best dan seronok dengan Mrs.Jamilah yang sangat spoting dan bertenaga...rugi sapa yang tak gi...
ne dia Pn.Jamilah-best dan bertenaga tak lah mengantuk..tak sempat nak mengantuk pun..he..he
ada sukaneka ita tak join..best ada air terjun...budak lelaki mandi lah kan...
ne tengah buat puzzel..kumpulan 4 yg siap dulu....No.1
Isnin, 5 November 2012
Majlis Ulangtahun MQA ke-5~1/11/2012
Pada Hari kahmis 1/11/12 Genap lah 5th MQA,kejap rasanya ..ita dah berkhidmat pada tahun 2000.dulu MQA di kenali sebagai LEMBAGA AKREDITASI NEGARA(LAN)...HAPPY BESDAY MQA DAN ITA SAYANGGGGGGGGGGG MQA..TEMPAT CARI REZEKIKAN....
MENTERI ,CEO DAN TETAMU VVIP MEMOTONG PULUT KUNING...
Segmen : Follow Sampai Pening
sapa nak join klick sini: follow sampai pening
Berblogwalking di blog cik rose cute terjumpa segmen nie terus terasa mau join kikiki...Sesiapa yg mau join jugak klik banner di atas
My followers baru mencecah 866.Khamis, 1 November 2012
memang hampeh betul lah....
nak cite juga kat sini sebelum ne ada cite kat sini adik arisya,semalam gi lah cek gula kena puasa lepas tu 2 jam kemudian ambil darah lagi...hasil keputusanya memang gerammmmmmmmmm lah tu..puasa tu ok...5.3 aje lepas 2jam jadi 8.3..ambik kau....tinggi tu..tak pasal-pasal kena cucuk jari tangan untuk test gula....padan dengan muka ita lah kan....balik kg raya haji mencekik air gula aje..balik k.l ari isnin dan ari selasa kena buat test minum air gula....sedihhhhhnya lah....
Langgan:
Catatan (Atom)












