cinta hati mama

cinta hati mama

Rabu, 29 Februari 2012

Panduan pesakit EKZEMA~29/2/12~

Pagi tadi ada temujanji arisya di HKL untuk jumpa doktor,pasal EKZEMA nya..alhamdulilah doktor cakap kulit dah ok,cantik dan ujian makmal ,masa ambil sample kat arisya,doktor cakap ok,so doktor kata tak perlu dah rawatan  susulan di HKL lagi..cuma doktor bekal kan ubat ,dan krim SAPU...EKZEMA dan pelembab ne..penting EKZEMA ne kulit kering dan kena pakai pelembab ...so kat bawah ne ada lah ita nak syer pasal sakit ekzema ne..mula-mula dulu ita buat kat Hospital PPUM..atas nasihat kawan TQ (lin bam)...suruh bawa arisya kat HKL..ternyata berhasil.....sekarang kulit arisya ok lah...dah tak ada naik-naik mcm ruam tu....



















~WordLess WednesdaY~gelandangan~



Selasa, 28 Februari 2012


Anak Buang Ibu Bapa

Setelah hampir 20 tahun saya bekerja di bidang perubatan, saya didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang mengembirakan dan juga yang sangat menyedihkan hati.
Seperkara yang menyedihkan saya ialah apabila menyaksikan semakin ramai ibu-bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka sendiri samada di hospital, rumah orang-orang tua dan ada juga yang dibuang ke masjid atau ke surau.
Kalau dulu, perkara seumpama ini banyak berlaku di kalangan masyarakat Cina terutamanya di kalangan mereka yang berada tetapi kini ianya telah menular kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam.
Semakin kerap kedengaran berita anak-anak yang sibuk dengan kerjaya mereka menghantar ibubapanya ke rumah kebajikan orang tua. Apalagi apabila anak yang beragama Islam itu menghantar ibu atau ayahnya ke rumah kebajikan orang tua bukan Islam yang menjadi pilihan untuk dia membuang orang tuanya!
Tidakkah mungkin mereka berusaha mendapatkan pembantu rumah yang boleh menjaga dan membantu urusan kehidupan orang tua yang dahagakan kasih sayang mereka dan cucu-cicit mereka?
Sudah tiada tempatkah untuk orang tuanya di rumah kebajikan Islam? Mungkin juga dia merasakan orang tuanya akan dapat layanan terbaik di sana atau ada niat yang tersirat dalam memerli orang tuanya?
Saya sangat khuatir bahawa anak-anak yang kurang adab dan akhlaknya kepada orang tua mereka ini akan menerima nasib yang sama atau mungkin lebih teruk apabila mereka sendiri meniti usia senja nanti.....!
Kasihanilah ibu bapa dan garaplah kehebatan syurga melalui kasih-sayang dan bersabar dengan karenah ibu bapa yang berada di penghujung usia.

Sesungguhnya budaya menghormati dan mengasihi ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Mari kita perhatikan maksud hadith Rasulullah saw ini sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dan berkasih-sayang dengan ibu bapa.
"Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami." (Hadis riwayat Tabrani).
Dalam hadith yang lain, baginda mengatakan bahawa perbuatan menderhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Ingatlah saudaraku,
Syurgamu kelak adalah pada redha ibumu, redha ibumu, redha ibumu dan juga pada redha bapamu.....!
Artikel iluvislam.com
~ita nak syer bersama bloger bagus ita rasa~

Isnin, 27 Februari 2012

masakan hari ini~27/2/12~

                                           petola goreng bersama ikan bilis
                                                 ikan caru bakar (dalam kuali aje)
                                                  sambal kerang
                                          ini aje masak pagi tadi...

Karnival Pancing Tasik Permaisuri~26/2/12~

nak cite sikit ...hubby ita kaki pancing,  ...biasa pancing kat laut atau kelong aje...pada hari sabtu..pepagi dah gi daftar rm30 untuk 1 joran, ini 1st time nak memancing kat cheras,petang gi lagi nak ambil baju pulak..tapi dah abis,suruh ambil masa hari kejadian.....malam nya gi lah lepak kat kedai buger ida,hubby ida cakap takut penuh kena datang awal-awal cari pot yg baik punya...dalam kul 3 pagi pergi lah hubby bersama adik ipar tasya dan kak diana,yg seronok nak memancing,penyudahnya satu pun tak dapat...dapat letih dan mengantuk aje lah..ita dan 2 org anak tido lah...biarlah kan ...dah minat nak buat mcm mana....ita tak kesah..tapi kasihan lah kan...apa-apa pun cuba lagi ya abg....







Jumaat, 24 Februari 2012

Allah Itu Sweet


Allah Itu Sweet

altPernah tak terfikir, saat bila kita mula berkenalan dengan Allah? Kalau ditanya, mungkin ramai yang akan kata, lahir ke dunia ni mestilah terus kenal Allah. Umur 5 tahun dah di ajar Iqra'. Umur 6 tahun di ajar solat. Umur 8 tahun mula puasa penuh. Jadi, dah lama la kita kenal Allah ni. Tapi kalau di tanya, Allah tu macam mana? Apa sifat-sifat Allah? Yang 20 tu. Apa nama-nama Allah? Yang 99 tu... em.. belum tentu semua orang ingat. Belum tentu semua orang hafal. Paling penting, belum tentu semua orang tahu. Paling teruk, belum tentu semua orang benar-benar nak tahu. Yang tahu, kenal Allah bila solat. Kenal Allah bila mengaji. Kenal Allah bila puasa. Tapi, Allah kan ada di mana-mana. Tiap-tiap ketika. Tak sedar keAllah tu sentiasa ada?
Saya mula berkenalan dengan Dia pada tahun 2009. Hah? Baru 2 tahun?! Ye! Baru 2 tahun.
Habis tu, selama ni tak kenal Allah? Bukan tak kenal. Kenal, tapi tak cukup kenal. Jadi, buat-buat kenal.
2 tahun tu jangka masa yang cukup singkat. Kalau bayi, mungkin dah boleh jalan. Tapi bercakap, pelat lagi. Macam tu la tempoh masa perkenalan saya dan Dia. Cukup pendek. Tapi, satu hal yang sangat-sangat saya kenal, pasti dan yakin tentang Dia. Allah ni kan... SWEET~~
Allah ni Sweet
Takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup setanding Dia.
Dia Pemberi Kekuatan
Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat saya keseorangan, menemani diri saat saya kesedihan, menemani diri saat saya kegelisahan. Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia ada.
Terkadang bila nak balik rumah dari placement, badan terasa sangat penat. Berdiri 8 jam sepanjang hari, berkejar ke sana sini, nak drive balik rumah tersangat-sangat penat. Ditambah dengan kesesakan jalan raya. Pernah sekali kat traffic light, sebab dah lama sangat tunggu, bila bersandar kat tempat duduk, tak sedar terlena. Nasib baik Dia kejutkan. Lampu dah hijau! Okeh, gerak. Walapun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, selamat sampai rumah. Makan, solat, tido.
Terkadang pernah balik seorang diri dari Ferryden Park. Pukul 11.30 malam. Nak balik Evandale. Gelap gelita sudah. Sorang-sorang. Takut ke? Tak... Gementar je sikit. tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya.
Allah kan Maha Melindungi. Sweet kan?!
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah: 107).
Dia Peneman Bicara
Banyak yang terpendam di lubuk hati. Tapi terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang. Tapi terkadang ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian. Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah.
Tapi pada Dia, saya tak malu nak bercerita. Semua sekali! Walaupun terkadang ada kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, tapi Dia kata takpe. Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat. Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Wah! Allah tu sweet kan!
"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran: 29).
Dia yang Kaya Raya
Selalukan kalau kita dengar cerita atau tengok kawan kita yang keluar dating tiba-tiba bawak balik banyak hadiah. Teddy bear la, kad la, bunga la, baju, kasut dan etcetera. Banyak o.. Pastu semua orang mula la puji. "Eh, bagus la pakwe ko. Sweetnye~~"
Eleh, cukup sweet dah ke tu? Kalau yang bf tu sekadar guna duit loan, scholar, atau kerja nak belanja kita, mesti akan ada tika masanya kita kena jugak guna duit sendiri. Paling-paling duit tambang bas, teksi atau komuter nak keluar. Still! Duit kita akan kurang jugak. Siapa yang berani kata duit dia tak pernah kurang walau 1 sen pun setiap kali keluar? (Tapi sekarang 1 sen dah tak laku. Jadi, 5 sen la).
Tak cukup sweet tu...
Kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada Dia. Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ni, semua Dia yang bagi. Segala-galanya. Amacam? Hebat tak Dia. Ada ke manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!

Tapi kan, sebab Dia sangat sweet, Dia tak bagi semua ni pada saya directly. Nak tambahkan sweetness tu, Dia bagi melalui medium lain. Daripada ma abah, daripada sponsor saya dan lain-lain. Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan sebab saya tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya. Sweetkan Allah?!
"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus: 31).
Dia yang Pemaaf
Manusia ni susah nak mengaku salah. Paling teruk, susah nak meminta maaf. Haih!
Dengan Dia, saya ada BANYAK kisah tentang kesalahan, kesilapan dan... keMAAFan.
Daripada mula saya lahir, sampailah umur 23 tahun  dah banyak kali dah saya sakitkan hati Dia. Dia kata jangan buat, saya buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, saya tak nak buat. Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah saya patut kena marah. Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya. Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia. Jadi, Dia bagi saya peluang lagi.
Tapi bila dah tahu, bila dah kenal, terkadang tu tetap jugak saya ulang balik kesalahan yang lalu. Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik. Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong... Dia PASTI akan tetap maafkan saya. Sweetnye~~
"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53).
Dia Pemberi Ketenangan
Keluh kesah. Resah gelisah. Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya. Bila nak exam, bila kena siapkan assignment, bila nak pergi interview etcetera.
"Aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah. Kalau dengar je suara Adam (bukan nama sebenar), hati aku mesti tenang." 
Kalau sesama perempuan?
"Sesama perempuan ni lain. Diorang tak faham sebab kita sama kan. Kalau dengan yang berlainan "makhluk" ni, lebih mudah untuk saling memahami. Cas yang sama kan saling menolak. Bila cas yang berlainan baru saling menarik." erk!

Tapi, bila bergaduh...
"Benci betul la aku dengan si Adam (masih bukan nama sebenar). Dah banyak kali call, tapi tak angkat phone pun! Dia yang buat salah, tapi dia pulak yang merajuk. Dah la.... (terhamburlah semua kekurangan si Adam tuh)." A'ah, tenang la sangat.

Paling tak best, bila perempuan yang marah, si Adam pun ikut merajuk sekali. Bukannya nak pujuk. Perempuan pulak yang kena pujuk balik. Apekah! Come on la Bro! Tak sweet!!!
Haih~
Tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni. Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat. Dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti. Sweet kan?!
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28).
Yang Pasti, Dia pun Rindukan Saya Jugak!
Allah ni sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi tulah. Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa.
Ada ketika saya buat dunno je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi saya macam-macam nikmat. Saya pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila saya syok sendiri sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu. "Ek" betul saya kat Dia, kan!
Tapi... Dia sangat sweet... Dia pun rindu saya jugak. Dia nak saya ingat kat Dia. Dia nak saya sebut nama Dia. Dia nak saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Tang tang tu jugak Dia boleh bagi. Tapi ada yang Dia hold dulu. Sebab Dia nak saya dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216).
Jadi, bila Dia dah mula rindukan saya, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan saya. Tapi sebab Dia nak tahu, betul ke saya cintakan Dia? Kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana? Dan paling penting, Dia nak saya ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat saya. Jadi bila diuji, saya rasa sedih, saya rasa payah, saya rasa sakit. Saya mesti nangis! Tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti saya sebut. Dan saya sangat pasti bukan hanya saya, tapi kita semua pasti akan sebut... \"Ya Allah!\"
Dan Dia pasti akan gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai... Sweet~~~
"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..." (Al-Baqarah, 152).
Dia Pendamping Abadi
Dia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya. Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba.
Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Tapi, semua orang nak yang terbaik. Saya pun! Dan Dia tahu saya nakkan yang terbaik. Oleh kerana sayangnya Dia pada saya, Dia hadiahkan saya satu nasihat. Takkan sama kaca dengan permata. Kita meminta emas, takkan kita nak berikan gangsa?
"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur: 26).
Saat itu, takkan pernah tercepat. Dan takkan sekali-kali terlambat. Bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.
Awak dah berkenalan dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan awak takkan pernah sedar... Yang Allah tu sweet~~~ Thank you Allah!
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Fakhriah Ramli Merupakan Graduan dari University of South Australia dalam bidang Sarjana Muda Farmasi. Berminat dalam bidang penulisan dan multimedia. Beliau berkongsi karya di http://huriyyatunnajla.wordpress.com/.
(BIRO AGAMA MQA)..

Khamis, 23 Februari 2012

touching di pagi hari...

Pagi tadi dapat sms daripada kawan sekolah,dah lama sangat tak jumpa nama dia salmah..TQ ya.......dapat contact balik pun...melalu FB...tapi ita memang jarang buka FB...blog ok....

YA ALLAH,berkatilah sahabatku yang paling ku sayang,
Cubit aje pipinya kalau dia nakal,
Pimpinlah dia ke jalan yang benar,
Tapi jangan biarkan air mata jatuh dipipinya,yang manis itu ya...
Kerna sebahagian semangatku ada di dirinya...

"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"

(ada ke hari mcm ne..1st ne...)...

Rabu, 22 Februari 2012

~WordLess WednesdaY~Arisya terlebih kreatif~

bakul mainan dibuatnya mcm ne..yang bukan-bukan si arisya ne,kat tangan tu beg dompet.nak cakap fesyen apa pun entah lah...




Isnin, 20 Februari 2012

jejalan hujung minggu~19/2/12~

Pada 19/2/12..angah abg haizad (abg ipar)..kata nak datang rumah,ita agak malu coz kan dah hujung-hujung bulan ,time tengak pokai,masak juga lah buat sup ayam,sotong masak kicap,kacang botol goreng dan ikan parang goreng berciliapi,sampai aje dia org dah makan,dalam kul 3,angah baru kali ke 2 datang rumah,kali pertama datang masa nak ambil izat masa mak sakit dulu,kali ini ajak jejalan,gi lah Mid Velly ,lepas tu dia org nak naik tren,bawa lah gi mesjid jamek,jejalan kat jalan TAR,angah belanja KFC lah,malu juga ,aqil makan dekat nak 3 ketul....malamnya pulak buat mee goreng sebelum mereka balik.....Tq angah dan mona(is3)..dan mak mertuanya sekali..jangan serik datang...









cuba teka makanan apa ne....18/2/12

Pada malam sabtu,bosan duduk rumah,hubby ajak lepak kat kedai buger ida kat damansara,sampai disana macam-macam makanan ada,yg bungkus dengan daun pisang ne(masakan indonesia)..ida ne semua org dia kawan,ne ida cakap pulut panggang,pelik sikit dalamnya ada kacang hijau sebijik-sebijik tapi agak besar lah...ada lagi satu tapi ita org dah ngap dah lupa nak ambil picnya(yang ne mcm pulut makan dengan kelapa parut dan gula melaka..sedap......yg kat bawa ne capati ke apa entah..dengan mcm kari ikan dan ubi kentang yg...... ne bangglanya makanan,ita makan aje tak was-was lah kan ..agak sedap....dan uncle cina bagi kueh  tat nenas(halal ya)..sedap...macam-macam ada bukan 1 malaysia lagi dah...


                                                 Kueh (indo)


   2 in masakan bangla...dia org selalu tukar-tukar,ida bagi masakan melayu,nanti dia bagi masakan dia org mcm tu lah lebih kurang..penuh lah meja dengan makanan pelbagai bangsa.murah rezeki ida....ini pun kita org dah makan tinggal sikit...

Jumaat, 17 Februari 2012

Tazkirah Jumaat : Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita


Assalammualaikum,

Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
- Artikel iluvislam.com
(setiap jumaat,biro agama akan antar e-mel,so ita syerlah dengan kekawan bloger di sini,)...

Khamis, 16 Februari 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat MQA~16/2/12~


                                              ini kumpulan Marhaban dan berzanji
                                              keluarga MQA yg datang..ramai girl lah kan..opis kerajaan...

                                          makan bersila....beramai-ramai...
                                               ini hadiah kuiz

                                           ini pun sama ne baucer MPH
                                          ini ita tolong urussetia..ini masa pendaftaran..TQ yazid....

Ketibaan Warga MQA
          12.00            :        Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif MQA
                             :        Bacaan Doa
                             :        Persembahan Nasyid oleh Biro Agama KKMQA
                             :        Penyampaian Hadiah Kuiz Maulidul Rasul S.A.W
                             :        Persembahan Slaid Video Maulidur Rasul S.A.W
                             :        Marhaban dan Berzanji oleh Kumpulan Muzik Qasidah, Taman 
                                       Medan.                   
          1.00             :        Makan Tengah Hari
                             :        Bersurai



Selasa, 14 Februari 2012

sedihhhhhhhhhh.......


kebahagiaan~mood sedih dipagi hari ini~

semua orang nak bahagia.. siapa yang nak menderita? siapa yang mintak nak menderita? semua orang tak nak rasa sedih, sakit, kecewa, menderita.. sakit wooo.. sakit yang susah nak dijelaskan.. sakit tersangat2.. contoh benda yang ko sayang sangat2 hilang? Tak  pun orang yang ko sayang sangat hilang jugak.. tak pun lagi benda yang ko beli dengan  usaha separuh mati rosak or orang amik sesuka hati.. apa ko rasa? sakit tersangat.. sampai satu masa tak mampu nak mengalirkan air mata dah.. sakit tahap keberapa tah dah tu.. 

aku ingat satu benda dari dulu sampai sekarang.. kalau aku tersalah korang tegur la ye.. iaitu.. SABAR dan REDHA

ringkasnya SABAR tu bila kau masih mengalirkan air mata itu dikira sabar

dan bila dah REDHA setitis air mata pun tak alirkan keluar kau berserah segala-galanya
sekarang ita SABAR atau REDHA?

aku  sendiri pun tak pasti.. nak menggapai satu yang dipanggil bahagia tu lagi susah dari semua ujian-ujian yang ada dalam dunia ni.. lagi susah dari semua benda
mencintai dan di cintai dua benda ni dah cukup buat kita  bahagia.. betul ke?
aku  kadang2 terpikir.. kenapa dalam dunia ni terjadi peperangan.. kenapa jadi pembunuhan.. kenapa jadi pergaduhan.. kenapa ada perebutan.. semua itu untuk kesenangan atau dengan lebih jelas lagi KUASA, DUIT, dan segalanya yang menjadi impian semua orang.. dan dari situ baru datang yang di panggil kebahagian???

kalau dunia dipenuhi dengan kasih sayang.. jawapanya AMAN DAMAI
(sekarang ne rasa sedih sesangatttttttttt........tak reti nak cite mcm ne sebenarnya)...


copy sini..zura.



Isnin, 13 Februari 2012

arisya yang manja

Pada hari sabtu dan ahad arisya demam panas,arisya anak yang susah sakit ,biasa eczema lah,punya lah manja sangat ,semua serba tak kena,tak nak makan,air liuh meleleh aje,tak nak minum sangat air kosong,air susu dan air 100 plus,..minum sikit-sikit aje...pergi bawa jumpa doktor suhu badan 39..tinggi tu..so doktor bagi ubat masuk bontot tu .1 biji  aje...yg kelakarnya ita dan izat tak reti..nasib baik tasya(adik ipar)ada pengalaman..ita tahu tapi takut nak buat..arisya  pun takut juga...pagi ne hantar juga rumah pengasuh...ada kurang sikit tak panas sanggat badannya ..bagi juga ubat deman dia...ubat deman dan muntah doktor bagi..tapi tak muntah lah...stanby aje... ..tak larat ita...nak berkepit aje..kalu aqil,kak diana atau papa dekat dengan mama pun ,arisya marah..manja betul... kekadang hilang kesabaran  ....nak buat susu menanggis,ita nak gi tandas pun dia menanggis..geram juga lah kan...semoga anak mama cepat sembuh ya...

Khamis, 9 Februari 2012

AI-FATIHAH~mak mertua~

Mak mertua(sharifah Binti yusof) ita telah kembali ke rahmatullah pada 2/2/2012 selepas maghrib di hospital PD,akibat penyakit kencing manis,minta sama-sama sedekahkan Al-fatihah ,semoga rohnya dicucuri rahmat.ari ne baru masuk keja.cite mak kat .sini dan sini juga....sekarang adik ipar duduk dengan ita...kasihan dah jadi yatim piatu...ita mengikut amanat arwah...tarikh mak mertua dan bapa  meninggal dunia sama,hari sama jumaat,cuma tahun aje berbeza...dan mak mertuanya besday 5/2/2012...lagi beberapa hari aje kan....

Rabu, 1 Februari 2012

~WordLess WednesdaY~seni sekolah kak diana~

titik permulaan kak diana agak-agak serius tentang persekolahan..harap teruskan....masa ne diana sangaatttttttttt berbangga tunjuk kat ita...dia paling tinggi dalam kelas..selalu diana tak peduli pun...harap ada perubahan selepas ini...