Asalamuaikum…masa
duduk-duduk mengemas barang untuk perpindahan tingkat ita jumpa nota yang ita
buat tentang pengalaman bersalinkan si kak NUR ADRIDIANA 11 tahun lepas,kelakar lah pulak…so ita ingin
abadikan di dalam blog kesayangan ita ne…dah bagi kak yana baca,jadi toucing
dia….so ita buat lah..tapi ita tak pandai nak bercerita..so ita ikut aje yg ita
buat 11 tahun dulu…
Pada pukul 5
pagi,pada 27hb-Jun-2011,aku sakit perut,sekejap sakit,sekejap tidak.Aku masih
bercuti sehingga 28hb(doctor bagi mc seminggu akibat terjatuh di dalam bilik
air ketika aku membasuh bilik air yang kotor)
Pada pagi tu
aku cakap pada ida(adik ita) dan rakan-rakan serumah tentang sakit ku itu,semua
perihatin dan risau meninggalkan aku di rumah,aku suruh mereka pergi juga ke
pejabat,dan aku tak suka nak menyusahkan orang.selepas semua pergi ke
pejabat,aku bersiap dan tanpa sarapan pagi aku,seperti biasa mengunakan
pengakutan awam,menunggu bas untuk ke PPUM,walaupun temujanji yang akan datang
ada keesokan harinya.
Di dalam bus
seperti biasa aku berdiri.seperti biasa orang gemuk macam aku ne tak Nampak
macam orang mengandung pun,mana ada orang nak kasi duduk,sampai di PPUM,kena
menapak pulak tu,sampai PPUM ambil no,seperti biasa lah kan ramai,staff nurse
bertanyakan aku sakit macam mana,dan menyarankan aku masuk wad.aku berkata mahu
berjumpa doctor dulu,kak nurse tu kata tu tanda-tanda nak bersalin,mana lah aku
tahu bukan ada pengalaman pun kan.Bila sampai giliran aku di panggil lebih
kurang pukul 11.30 pagi,doctor telak seluk dan terkejut kerana dah buka 5cm,dan
terus menyuruh aku masuk wad.Di dalam wad doctor memecahkan air ketuban
aku,terasa panas dan agak belendir,aku tak Nampak.lepas tu doctor pasang alat
nak cek denyutan jantung anak dan kena tunggu bukaan 10cm,lepas doctor memecahkan
air ketuban Tu ya ALLAH ,sakitnya.Aku tak boleh tahan, menahan sakit
pengembangan dan pengucupan Rahim.mula-mula tak sakit,makin lama makin sakit
dan sangat sakit.Emak cakap kalu tanda darah tu sakit.tertiba aku menjadi sedih
kerana baru aku tahu bertapa susahnya emak melahirkan aku.Aku asyik teringat
kan emak dan ALLAH ,aku baca surah-surah yang aku ingat,aku tak boleh tahan .setiap
kali aku rasa sakit sangat aku akan menarik besi dan aku tak ada tenaga dah,aku
rasa lemah sangat.dah lah tak makan dan minum dari pagi,bila doctor cek aku
cuba mintak ubat tahan sakit,sampai ke sudah tak bagi.lepas tu aku minta buat
pembedahan kerana dah tak larat dan sakit sangat dan badan rasa tak
bertenaga.Doktor cakap aku ok dan boleh bersalin secara normal,aku takut aku
tak larat nak teran dan takut sangat beby kena vakum,dan aku dengar pelbagai
bunyi jeritan dari bilik-bilik bersalin lain.
Doktor cek
lagi tapi bari 8cm,doctor tak bagi teran,tapi aku rasa macam nak terberak aku
tak kira,aku teran juga,doctor sudah pun bersiap sedia.Doktor mengajar aku
teran panjang-panjang dan dagu rapat pada leher.Doktor suruh aku teran
panjang-panjang coz dah Nampak kepala beby,aku teran tapi pendek,lepas tu aku
teran panjang dan sekuat hati dan aku boleh rasa beby keluar,macam kita pegang
ikan keli,licin aje.
Tiga kali
aku teran,beby keluar dan aku mendengar tangisan dan doctor letak beby di atas
perut dan bertanyakan beby apa?aku tengok dan cakap beby girl,syukur-syukur
ALHAMDULILAH aku dan beby selamat.Pada pukul 6.08 petang 27hb.Jun.2001
bersamaan 5 Rabiulakhir. dan beby 3.4kg.lega rasa dan
doctor menjahit yg terkoyak..syukur sesangat ALLAH mempermudahan.Ini Pengalaman
baru bagi aku yang pertama kali melahirkan anak,aku rasa aku sangat tabah ,aku
menghadapinya seorang diri,tanpa kehadiran seorang suami disisi,(suami dulu sakit )tak makan dari
pagi hingga ke petang,Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberi aku anak
perempuan yang comel yang aku namakan NUR ADRIDIANA ,ramai kawan opis yang
datang melawat aku di PPUM,walaupun sehari aku di PPUM ,duit yang aku dapat
untuk beby sebanyak Rm 450.yang hadir,kak rose,kak zira,kak zai,kak
anis,Pn.Maizan,kak maimon,Shahriwati,nor kecil,siti nor,Maizatul hima ,Zakiah
,Pn.Mas ,En.razak,Mior,masrini,Norida,Rohaidah,lin dan midun.wak dan
isteri,en.Ishak,zura,Norazian,fiza bidin,nadia ,lan dan ida,dan along…
(pasti ramai yang akan tertanya-tanya citenya panjang sangat..tapi tu kisah lalu,dugaan buat ita sangat lah besar..itu dugaan ALLAH dan ita redha..ita pernah memegang status ibu tunggal)...
(pasti ramai yang akan tertanya-tanya citenya panjang sangat..tapi tu kisah lalu,dugaan buat ita sangat lah besar..itu dugaan ALLAH dan ita redha..ita pernah memegang status ibu tunggal)...