Pada 24/7/12,anak jiran datang rumah ajak hubby ita gi tengok bola Malaysia lawan Arsenal 24/7/12,jiran dapat tiket free 4 keping setiap satu berharga Rm 58.hubby tolak tak mahu pergi.segan lah..bukan biasa sangat dengan jiran ne..rumah dia tingkat 8,ita tingkat 12...anak jiran tu pun balik lah...kejap lagi anak jiran ne datang lagi anak yg lain pulak..yg besar sikit..ajak hubby dan ita gi...ita tentu tak minat suruh maksu gi sama hubby..baru lah hubby nak pergi..bila balik bukan main seronok bercerita..tu lah memula malu lepas tu tak tahu malu...hubby cakap best skuad harimau malaysia hampir berjaya,tapi tewas tipislah dengan Arsenal 2-1...
cinta hati mama
Jumaat, 27 Julai 2012
Khamis, 26 Julai 2012
arisya nya hobi baru persamaan dengan papanya
ini salah satu lagi persamaan arisya dan papanya,pantang ada kesan luka atau kulit kering ke,tangan tu mesti gatal aje nak cungkil atau buangkan..cuba tengok arisya yg duk korek kaki papanya yg kering di buku lali tu...
Rabu, 25 Julai 2012
~WordLess WednesdaY~cempedak O cempedak~
ita memang teringin nak makn cempedak ne..biasa beli yg dah goreng kurang memuaskan,so hubby gi pasar tu beli lah...memang puas hati lah isinya banyak sangat..sekali hubby tarik,dah mcm buah anggur semua terkeluar....masih ada lagi dalam peti ais..suka makan..tapi beragin.....Tq abg...
Selasa, 24 Julai 2012
menu berbuka bulan puasa~21-23/7/12~
ini menu ari sabtu masak pucuk ubi masak lemak cili api,sambal udang,ayam masak kicap ,ikan caru goreng dan telur masin,buat popia sayur dan kentang(ini mcm karipap)...tepung pelita beli paling sedap beli kat barzar kat bangsar(biasa beli kat sini kawan hubby).......
ini hari ahad ajak anak buah along datang makan kat rumah,buat rendang ayam,oleh sebab ita jemu ayam..ita buat rendang kerang bulu untuk ita,sayur petola goreng dan ikan kerisi, kueh teow goreng kerang,kueh buat lagi popia sayur,popia kentang dan cempedak goreng,bubur kacang hijau jiran sedekah..banyaknya lah kan..ne air maksu buat cincau sirap...
ini semalamnya maksu masak,ketam buat sup,ikan bilis dan kentang buat sambal,ikan selar kuning goreng,ita balik buat cucur udang,(bubuh juga udang geragau kering)..kueh popia,kueh tepung pelita dan mee hoon jiran bagi,kueh puding hubby beli...air ita buat cerrot susu....ini aje masak...penuh saje meja ...
~AQIL belajar puasa ~21/7/12~
Ini Aqil gendut,umur nak masuk 4th(pada 07/08),masa 1st nak bersahur kejut kan aqil nak ajar aqil puasa,ita cuma buat nasi goreng dan teh O panas,aqil pun makan,siap buatkan horlicks fibre-up,dan susu supaya aqil tahan...boleh lah tahan sampai pukul 5.45 petang,maksu gi barzar ramadhan,ita dah siap masak..tertido sekejap..sambil tengok tv,lepas tu tersedar aqil cakap,mama aqil minum air sejuk dan makan telur rebus (belikan arisya nasi lemak dan telur rebus)arisya makan sikit aje..telur tu aqil makan sikit..ita punyalah geram ..dah tak lama dah nak berbuka,,,maksu pun marah..lepas tu hubby cakap biar lah sayang aqil tu kecil lagi,biar aje dia boleh tahan sampai kul berapa? tak payah paksa..terus ita sedar diri aqil tu kecil lagi...so peluk dia,minta maaf..kira ari pertama aqil berjaya sampai petang..alhamdulilah aqil boleh tahan..malam tu makan dan minum macam org puasa ..kasihan tengok...ari ahad sampai kul 2 aje..penat main kat luar....ari ne hantar kat pengasuh ..tak tahu tahan sampai kul berapa?...betul cakap kakzakie Aqil masih kecil...so mama tetap happy aqil belajar berpuasa dan cakap terus terang aqil minum air dan makan telur....tertewas aqil dengan telur...aqil peminat telur...masa puasa tu cakap aqil nak makan lauk apa ?..dia cakap nak telur masak kicap...aqil..aqil..mama sayangggggggggg sangattttttttttt kat aqil tau.....suka bila aqil baca surah Al-Falak.aqil dah boleh hafal banyak surah-surah....muqaddam...
Isnin, 23 Julai 2012
selamat hari tua makcik~23/7/12~
selamat hari tua makcik yg ke ?-adik ita(ida)...jng marah...
Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat........aminnnnnnnnnnnnnnn....
Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat........aminnnnnnnnnnnnnnn....
~sabtu yang malang buat hubby~21/7/12~
Pada hari sabtu 21/7/12 hari dimana semua umat islam berpuasa,hubby pun nak gi pasar di NSK selayang,ita nak ikut,tapi hubby tak bagi,hubby bawa motor adiknya tasya ,masa nak pergi hubby rasa tayar macam tak betul aje..tapi bawa juga..masa kat selayang jalan agak jem.. motor tertiba jadi licin dan mujur hubby terjatuh dekat bus yg berhenti(tak jalan lagi coz jalan jem).tangan kanan terkena bus.alhamdulilah nasib baik hubby tak mengalami kecerderaan yg teruk..cuma tangan aje bengkak ..terseliuh mungkin....rupa-rupanya skru minyak hitam tercabut,minyak hitam keluar menyebabkan tayar jadi licin,nasib baik bukan maksu yg bawa kalu tak dah kemalangan ...alhamdulilah syukur juga ita tak ikut...hubby tolak ke kedai motor beli skru dan isi mintyak hitam balik ...Alhamdulilah lagi hubby selamat...Tq ALLAH...
Majlis Perhimpunan Bulanan MQA dan Majlis Penyampian sumbangan Ramdhan~20/7/12~
Jumaat, 20 Julai 2012
selamat berpuasa esok~21/7/12~
ita ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat rakan-rakan kat opis dan rakan -rakan blogger di alam maya dan seluruh umat islam . Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan manfaat....insyallah.....
.....nak masak lauk apa sahur ne....
Anak Aset ke SYURGA
Ini kawan opis e-melkan Tq shahrizawati..kak ita kongsikan di blog ne...alhamdulilah ita dan family buat masa mandi kan jenazah arwah ayah ita dan arwah mak mertua dan nenek,tapi ada yg bagi aturan lah..bab imam untuk solat jenazah tu iman lah kan..sama-sama lah kita memperingati kematian yg pasti....untuk diri sendiri juga ya...
Rabu, 18 Julai 2012
~WordLess WednesdaY~arisya & Jagung
arisya peminat jagung sesanggat sama mcm papanya hantu jagung..haruslah kan anak papa...rambut pun dah panjang lah...
Selasa, 17 Julai 2012
Dato' Fazley yaakob ~juara Masterchef Selebriti Malaysia pertama..
semalam harus lah tengok Ne...ita dan hubby memang tengok nya...Tahniah Dato"...dah jangka lah beliau menang..kasihan dato semalam terpaksa lari sana sini....berbaloi lah kan....tapi memang bangga lah dato ne...polos sangat....baik,tolong kekawan..banyak yg positif lah kan...seronok lah tengok...sebanyak Rm 57 500,untuk di sumbangkan ke yayasan jantung Malaysia.
Jumaat, 13 Julai 2012
Khamis, 12 Julai 2012
masakan semalam~11/7/12~
semalam turn ita masak ,ne lah lauknya,sambal udang ,telur rumah orang kawin buat masak lemak cili api bersama daun kunyit dan ikan masin.itu aje..kak diana buatkan nasi goreng udang aje..lupa nak ambil pic..itu aje...ari ne tasya(adik ipar masak)..so tak ada pic..he..he
Rabu, 11 Julai 2012
sakit kepala sangat
pada hari isnin hingga hari ini sakit kepala sangat-sangat,dah gi kelinik,ita ingat ada darah tinggi ke?ita memang tak ada darah tinggi masa mengandung..coz sakit kat bahu dan tengkok,doktor cakap tekanan darah ok 130/80.doktor bagi penadol aje lah...doktor cakap sakit urat dan doktor tak bagi ubat lain...hari-hari mintak hubby picit-picitkan,si arisya siap menanggis bila papa picit dan urut mama,siap cakap papa dah lah,bila hubby urut agin keluar dan siap letup-letup leher..tu yg arisya menanggis tu...sori lah kekawan bila ita dah ok sikit ita jengah blog kekawan ya...
Isnin, 9 Julai 2012
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOWLING ANTARA BAHAGIAN/ UNIT ANJURAN PUSPANITA MQA~6/7/12~
Berikut adalah dikemukakan keputusan pertandingan bowling tersebut :-
Bil
|
Bahagian/Unit
|
Pemain
|
JOHAN
|
UNIT KEURUSETIAAN
|
1.
Chek
Rahimah Ibrahim
|
2.
Nurul
Nooraidah Noridin
|
||
3.
Siti
Aishah Sapiee
|
||
4.
Fauziah
Hj Ahmad
|
||
NAIB JOHAN
|
BAHAGIAN AKREDITASI SK+ KT
|
1.
Norrazita
Baharum
|
2.
Nenney
Shahriza
|
||
3.
Noormaliza
Delma
|
||
4.
Nurul
Wahida
|
||
KETIGA
|
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA
|
1.
Juniadah
Othman
|
2.
Rosmarina
Abdul latif
|
||
3.
Suriati
Mat Kaus
|
||
4.
Rohaida
Md. Rashid
|
Pemain
Terbaik
|
Fauziah
Hj. Ahmad
|
Pemain
Terbaik 2
|
Norrazita
Baharum
|
Pemain
Terbaik 3
|
Juniadah
Othman
|
TAHNIAH!!!!!
Di ucapkan kepada pasukan yang berjaya..serta para pemain yang
bersungguh-sungguh bermain bagi menghasilkan STRIKE (dapat habuan tue). Semoga
aktiviti yang dianjurkan oleh PUSPANITA MQA ini dapat mengeratkan lagi hubungan
rakan sekerja dan dapat meningkatkan lagi produktiviti kerja di MQA.
masakan hari ini ~9/7/12`
lama rasanya tak letak pic masakan..sekarang masak selang seli dengan tasya..so bila tasya masak malas nak masuk blog..ne pagi tadi ita masal..kalu ikut turn tasya yg masak ..memandangkan tasya baru balik daripada kedah semalam..ita lah masak..masak ketam bercili(tasya paling suka)...ikan bawal goreng halia dan ikan bilis sambal bubuh belimbing buluh..tu aje masak pagi tadi...
Khamis, 5 Julai 2012
Jom cantik
Petua Kecantikan Untuk Semua
1. Minum banyak air. Minum, minum dan minum. Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh, tetapi air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2. Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas utk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan Merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Pada waktu tertentu, pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Tidak payahlah sapu itu dan ini. Cukuplah dengan wajah yang bersih.
6. Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik (sunnah), makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata.
7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. The best way are berzikir, berselawat, solat & istigfar
9. Ketawa adalah penghibur duka. Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka
1. Minum banyak air. Minum, minum dan minum. Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh, tetapi air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2. Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas utk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan Merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Pada waktu tertentu, pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Tidak payahlah sapu itu dan ini. Cukuplah dengan wajah yang bersih.
6. Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik (sunnah), makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata.
7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. The best way are berzikir, berselawat, solat & istigfar
9. Ketawa adalah penghibur duka. Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka
10. Hati mesti sentiasa bersih &
suci. Tiada hasad dengki, buruk sangka, iri hati, sombong…sentiasa
ikhlas, berlapang dada, bersyukur, menghargai & bertoleransi.
copy :kawan opis e-melkan Tq;Mohamad Fairul Mohamad Hatim
Rabu, 4 Julai 2012
Selasa, 3 Julai 2012
kejutan hari lahir buat kak diana 30/6/12
paginya kak diana gi ke kidzania,malamnya maksu dan ita semua buat kejutan untuk hari jadi yana,kek tumpang kat rumah jiran sampai malam,so yana tak boleh nak hidu pun rancangan kita org,kebetulan memang buat malam coz abang izan dan family (abg ipar)..nak lepak dan tidor di rumah...tunggu dia org sampai..tasya ajak anak ita aqil,arisya dan anak jiran dan anak angah..bawa kek masuk rumah sambil menyanyi...yana buat tak reti aje..lepas tu terkejut sesanggat..terharu..kot..coz hari tu kita org buat tak tahu aje....setiap tahun buat..tapi ne dengan keluarga dan anak jiran dekat rumah..malam nya gi uptown danau kota dan hari minggu ne bawa lagi jejalan....ita tak ikut coz mak dan along ita datang rumah...hidangan simpel aje..buat laksa(pemintaan tasya dan kak ipar)...yana pun suka sangat dengan laksa,nugget ayam tempura,kentang goreng dan buah appel(dari kidzanianya bagi)....kek serperti biasa kek siti nor(En.Nazrulnya wife)....
Isnin, 2 Julai 2012
kak adridiana gi KIDZANIA~30/6/12~
Pada hari sabtu kak diana mengikut lawatan yg opis mamanya buat untuk anak-anak MQA ..kak diana sangat-sangat teruja ..tak berapa nak lena tido ..tak sabar nak gi...tapi kasihan tak banyak boleh buat coz ramai sesangat orag...tq kat MQA...acara ini diadakan di CSR
MQA@Kidzania, Mutiara Damansara yang telah diadakan pada
30 Jun 2012 (Sabtu) bertempat di Curve NX, Mutiara Damansara, Petaling Jaya dan
berakhir di Dewan Utama Tingkat 12, MQA. Semoga lawatan seperti ini akan
mengeratkan lagi hubungan sesama warga MQA dan memupuk nilai-nilai pembelajaran
bagi anak-anak warga MQA keseluruhannya.
Langgan:
Catatan (Atom)