cinta hati mama

cinta hati mama

Khamis, 19 Disember 2013

cuti-cuti sekolah @ PGH ~15-16/12/13~





















pada hari ahad ita dan family pergi kat hotel PGH(Palace of the Golden Horses)-dekat Sri kembangan tu.ne beli kat kawan opis ada buat pemosi cuti sekolah.masa ne kereta tak rosak lagi.bayar ansuran 3 kali ok lah..tak lah nampak sangat.anak-anak kan suka mandi kolam dan duduk hotel,nak jadi cerita,hati berat nak gi memandangkan kereta tak ada,so ita gi juga naik public teansport.dari bangsar naik tren ke k.l sentral.lepas tu naik komuter ke serdang,anak-anak jakun nya lah naik benda ne..lepas tu sampai serdang naik bot bayar murah aje ...gi mines.dari mines nak ke hotel punya lah susah nak dapat taxi,semua nak rm30.dekat aje kot..so naik aje lah..dapat lah taxi kurang sikit rm25.semua tak nak pakai meter.nak jadi cerita taxi yg bawa kita orang tu kena tahan polis...siap bg rasuah kat polis tu rm20.supaya tak kena saman.kurang ajar betul polis tu.tapi padan muka juga kat taxi tu...penyudah nya rm25-rm20(bg kat polis tu)..dapat untung tak berapa untung Rm5 aje.chek in dalam pukul 3.30.lepak lepas tu apa lagi gi kolam lah..sampai petang..

Selasa, 17 Disember 2013

buat Pizza permintaan kak diana~16/12/13~



ini versi sambal.. bagi pedas..papa tak lalu sangat makan cheese...


ini versi biasanya tak pedas...dapat lah 6 keping pizza buat dalam pembakar (macam pembakar ajaib tu)..ita nya cap idaman suri beli kat langkawi tu..murah...





TupperChef Pizza
1.      Bahan-bahannya (Topping):



a.    Nenas – dipotong2 kiub
b.    Cili Benggala (Capsicum hijau, merah, kuning) – dipotong2
c.     Tomato –dipotong2
d.    Tuna yang telah dimasak dan dilenyek2
e.    Mozarella cheese (kak rose kata kalau pakai keju biasa tak sedap)
f.     Cendawan butang (tin) – dipotong2
g.    Frankfurter ayam – dimasak dulu & dipotong2
h.    Frankfurter daging – dimasak dulu & dipotong2
i.      Bawang besar kuning – dirincik2
j.      Tomato puree

2.      Cara membuat doh:


Mula-mula masukkan tepung gandum atau tepung pizza satu kilo atau sepeket.

Taburkan Yis serbuk sepeket (tapi seelok2nya 2 peket, bagi lembut).
                                  

Taburkan daun oregano (penyedap rasa).
 



Masukkan sedikit minyak zaitun dan sedikit air garam.
                                  

Kemudian start uli, tambahkan tepung sesedap rasa.
 



Kemudian uli dan uli dan masukkan lagi minyak zaitun jika perlu. Kemudian biarkan tepung bagi naik sendiri.
                                  

3.      Langkah demi langkah menyediakan topping:


Selepas diuli, letak sikit minyak zaitun dlm pan dan masukkan tepung. Kemudian tekan2 dengan garpu buat lubang udara…

Kemudian letak tomato puree atas permukaan tepung…
                                  


Susunkan frankfurter ayam secantik-cantiknya..

Dan letakkan tuna di atasnya…
                                 


Taburkan juga cendawan butang yang enak rasanya…

Letak juga frankfurter daging sesedap makcik…
                                 


Kemudian masukkan juga hirisan tomato…

Letakkan hirisan bawang kuning…
                                 


Tidak dilupakan cili capsicum, kuning, merah dan hijau (colorful)…

Yang ni wajib, iaitu nenas…sebab dengan adanya nenas, pizza bertambah enak sekali!
                                   
ne resepi kak rose..kat opis...jadi aje..ini kali ke 2,buat dulu masa hari jadi yana,1kg.dapat lah 5 keping,siap ajak kekawan dia makan sekali,ita pakai kuali bakar ikan,beli kat idaman suri di langkawi...ita tak ada lah ikut bahan-bahannya tu...doh aje ikut senang dan mudah....dan murah..minyak pakai minyak masak aje... 

                                 



tahniah kak diana~ 15/12/13~




Pada hari sabtu kat flat ita ne ada buat macaqm-macam aktiviti,memasak,gubah hantaran ,dan macam-macam lagi,kak diana ne memang suka lah join kalu ada aktiviti mcm ne..mamanya malas nak turun,kak diana buat lukisan kolem( lukisan orang india yg biasa depan rumah tu)...menang no.1,kawan nya dapat saguhati,dapat lah set pingan2.berat hadiah tu..barang kaca.dan aqil dapat beg sekolah dan peralatan sekolah...alhamdulilah rezeki...

Khamis, 12 Disember 2013

cuti sultan selangor semalam~11/12/13

semalam cuti untuk yg berkerja di selangor aje ya.namanya aje cuti.tapi mcm-mcm nak buat,pepagi dah bangun memasak,semalam masak nasi lemak untuk serapan pagi,sambal ikan bilis goreng,dan telur dadar. untuk tengaharinya lah..buat masak lemak cili api pisang muda,sambal sotong,dan ikan parang goreng,itu aje....pukul 10..gi teribunal kat K.L(dalam bangunan The Mall tingkat 16) naik motor ya..bawa si  arryan aje...bersama hubby  untuk buat aduan pasal bngkel kereta kat senawang tu...ita mcm takut aje nak buat aduan,hubby kata cuba lah..tak dapat banyak dia bayar separuh pun ok,ita takut coz takut dia orang berdendam.hubby cakap negara Malaysia ,ada undang-undang.lepas buat aduan kena bayar RM5.aje..lepas tu dia org suruh kita poskan sendiri pakai POS AR,dalam RM5 juga.akan naik mahkahmah kat teribunal 13/1/2014,bersama orang bengkel tu sekali.lepas tu gi cari puzel untuk aqil dan arisya,banyak kedai cari tapi tak jumpa yang dia org nak.terus gi kat kelinik Mediviron bangsar dan sebelahnya pejabat pos,ita gi kelinik tak sihat dan hubby buat poskan surat.doktor cakap ita demam,ita ingat darah tinggi ke..coz kepala ,bahu dan tengkok sakit.dah 3 hari dah...siap suruh kak diana urut.bacaan  tekanan darah 120/84.dan doktor pun cek gula dalam badan lepas makan 5.6.doktor cakap ok..macam mana tak sakit..hari-hari kena hujan.sekarang ita merempit....kereta tak siap lagi..letih tunggu lah...

serupa tapi tak sama~Arisya & Arryan


ramai yg cakap si Arryan sama dengan muka kaknya Si Arisya,ada lah sikit-sikit..sekarang Arryan dah 10 bulan ++....sekarang banyak nak bertahtih (berjalan-jalan jatuh)..gigi 2 batang aje kat bawah..suka sangat memanjat,kerusi meja komputer,tong baju semua dia panjat...


ini pun serupa juga beli kat kawan opis murah sangat Rm50.untuk 2 beg,aqil warna biru si arisya warna merah..tapi aqil tak suka nak bawa dah besar kot malu...

Selasa, 10 Disember 2013

hadiah mak dah siap..seronoknya...





Asalamuaikum.....ini hadiah mak untuk hari jadi mak bulan satu nanti..awal betul dia org ne wat kerja...ita oder kat FB aje( Airis Wall Deco Full )
...memang terbaik lah..baru siap..belum pos lagi rasanya..ita suruh antar kat kg..tiap -tiap tahun sambut besday mak mesti lambat coz mak nya besday 01/01..tahun baru..banyak benda nak buat awal tahun dengan anak-anak nak sekolah...harap mak terkejut dapat pic yang besar ne...he..he..love u mak....

Isnin, 9 Disember 2013

dugaan 2-Ambil kereta 23/11/13

Pada pagi sabtu...ita dah bagun memasak,kerana pagi ne nak gi ambil kereta kat Senawang. cite sini.minta adik ita ida tolong jaga anak kejap ita masak lauk cendawan kukur masak lemak,sambal sotong,ikan goreng.paginya ita buat nasi lemak...ita gi naik motor aje lah dengan hubby,ita takut sebenarnya..ida siap suruh buat polis repot dulu lepas tu suruh polis ikut sampai bengkel.bila sampai senawang.hubby cakap kita gi kedai kereta tu dulu..kalu dia org buat hal..baru gi balai polis.masa sampai tu bos kedai tak ada cuma ada 2 orang aje perkerja nya ada..bila cakap nak ambil kereta muka perkerja dah berubah..hubby cakap dah bagi tahu bini bos semalam dan suruh bayar aje...lepas tu dia call...mana kita faham cakap tamil..kejapan datang 1 kereta kancil dan sebiji motor, dari 2orang dah jadi 5 orang,siap bertatu,bertindik..dah macam genster dah..cakap dengan hubby..ita dah takut...hubby cakap kita jangan marah bayar aje..ikut aje cakap mereka.so hubby bayar lah sebelum ne bayar Rm 200,tambah lagi RM 430.so jumlah semuanya RM 630.ambil kau..banyak tul kan..lepas tu suruh towing insuran kereta tarik kereta bawa ke k.l dengan bayaran RM 150(dapat rebet RM200) dan RM 25.duit tol..semuanya RM 175.ita rasa nak repot ke teribunal..tapi agak takut juga sebenarnya.takut bangsa dia orang cari kita kat rumah lah..apa pandangan kekawan bloger..bila gogel aje bengkel ne..banyak kes penipuan sebenarnya...kekonon nak ajar lah mereka ne..tapi berani-berani takut...sekarang kereta kat bengkel di K.L ne..tak buat lagi...tak tahu lah bila boleh siap...harap cite ita ne boleh jadi pengajaran kat yg lain juga...ita rasa cukup lah ita aje yg last terkena ok...

Isnin, 25 November 2013

Yeaaayyyyy dapat thumbdrive free -ALHAMDULILAH SYUKUR


Yeaaayyyyy dapat  thumbdrive free,alhamdulilah ..kena jawap 30 soalan ,ita rasa....  susah coz kena baca banyak juga..tapi alhamdulilah berjaya juga..dapat 25 markah..banyak lagi nama bawah tu seramai 40 org...tahniah semua...yg dapat markah tertinggi dan yg awal rasanya...

.    
 KEPUTUSAN KAJI SELIDIK DKICT 2013

    Keputusan telah pun kami dapati dan di bawah adalah senarai nama-nama warga yang telah berjaya. Tahniah daripada BTM. Untuk itu, tuan/puan yang berjaya bolehlah mendapatkan thumbdrive masing-masing daripada En. Karim di Tingkat 14A bermula hari ini 22 Nov dan Isnin 25 Nov 2013.

Bil
Nama
Markah
1
Mustaffa Bin Kamarul Zaman
27
2
Nora Norfadzliaty binti Ahmad Pauzi
26
3
Liana binti Juki
26
4
Ila Nadia binti  Ali Badaruddin
26
5
Nor Hazliana binti Mohd Mustazar
26
6
Nenney Shahriza binti Samsuddin
26
7
Azliana binti Ahmad
25
8
Norhaslina binti Abd Jamil
25
9
Anita binti Osman
25
10
Mohd Rafizi Bin Yunos
25




Jumaat, 22 November 2013

Dugaan 18/11/13


Assalamualaikum.
Post ni pengalaman sendiri. . tujuan post ni perkongsian pengalaman. ujian dari Allah. jangan pernah putus asa dengan ujian Allah. kan. sila lah baca jika bermanfaat :)

Pada 16hb.ita dan family balik ke Melaka,tujuan nya nak ambil kak Diana Di Melaka,diana dah Tak nak duk Melaka lagi,pada isnin 18hb.ita bercuti kerana makcik pengasuh ada urusan di baitulmal,dan ita mengambil kesempatan ini untuk menukar sekolah Kak diana Daripada melaka ke Kuala lumpur,selepas segala urusan selesai,hubby mencadangkan balik singgah ke PD rumah kaknya untuk lihat anak kak Lang (1 bulan lebih)-Anak yg di tunggu 10th-lepas itu kita org teruskan perjalanan.setelah masuk tol seremban lebih kurang pukul 5.30 petang hubby memandu di link tengah tiba-tiba terdengar bunyi letupan dan mengeluarkan asap dan kenderaan ita terus berhenti  sertamerta.di laluan tengah.hubby terus jerit cakap.. sayang turun cepat selamat kan anak-anak,takut kereta meletop...ita tanpa berfikir panjang jerit kat kak diana suruh bawa adik turun lepas tu hubby masih waras lagi jerit kat ita tengok kereta..masa tu hanya ALLAH yang tahu perasan ita dengan mengigil-mengigil,tak pakai seliper,dukung arryan tahan kereta lain di tengah haiway lebuhraya utara selatan...lari dengan anak-anak...ke tepi..dengan masa tu keadaan yg agak banyak kereta dan lori...ALLAH masih sayangkan ita dan Family...Alhamdulilah..kami satu keluarga tak ada apa-apa..

nak jadi cerita,kereta ita gearbox rosak dan longshaft patah,dan masa tu datang lah 2 orang india laki bini,yang menawarkan toying kereta dan dia menawarkan harga yang murah RM 80.so gi lah hantar ke bengkel,dan ita bayar RM200 UNTUK DIPOSIT DAN RM32 UNTUK TOL.ITA dah pesan jangan buat apa-apa kat kereta ita,coz cakap tak ada duit lagi nak baiki.cuma pada malam tu ita ada tanya dengan bini dia berapa angaran nak baiki gearbox dan longshaft tu.tapi dia cakap pagi esok dia akan call.paginya laki india ne call cakap gearbox RM3500,LONG SHAFT RM750,MINYAK GEAR LEBIH KURANG RM200 UNTUK 6 LITER DAN UPAH DIA RM550.SEMUANYA RM5000.MAHAL GILA...rupanya bengkel ne penipunya..kekawan dan ramai yang dah terkena..sekarang bila ita nak ambil dia dah jadi mcm genster..cakap nak ambil boleh kena bayar RM 550 ,dan duit tarik kereta dah jadi Rm200,coz ita tak nak buat kat dia.,ita nak bawa keta ke k.l..terus ita jadi takut.menurut kawan ita...dia cakap orng ne genster..dia cakap kalu nak gi ambil esok kena buat repot dulu kat balai polis senawang..
 ini dia nama bengkel kereta tu hati-hati lah jangan terkena...ita ada lah gogel nama bingkel ne ramai juga yang dah terkena ..so hati-hati lah ini pengajaran buat ita dan suami...TAKUT JUGA NAK PERGI ESOK NE..


NAMA BENGKEL NYA;
G.H AUTO SERVICE.
NO.1864 JALAN BSS 2/1.
BANDAR SEREMBAN SELATAN,
71450 SUNGAI GADUT,
SEREMBAN .N.S

GOBINAATHAN
HP;012-6018406
     012:6218485
OFF:06-6791164


barang dah sampai....tunggu 3 bulan...memang hampeh...





                                                                           

                                                                     
 .Asalamuikum semua lama tak bercerita kat blog ita ne...tak ada mood sebenarnya..mcm-mcm masalah yang melanda.. (berupa 20 piece food Blender ( baby bullet) pada 11 sept 2013..
 ..baru dapat geramnya lag beli kat My deal ne...cakap 15-30 hari berkerja...banyak kali e-mel buat aduan 3 ke 4kali juga lah.macam menanti barang dari luar negara...wahal kat penang aje....kawan beli barang kat china seminggu dah sampai..lagi hati panas....ne 3 bulan baru dapat...sebelum ne buat makanan arryan pakai blender biasa aje yg dapat cabutan bertuah puspanita.lepas tu papanya buat makanan arryan sampai rosak...so tengok kat my deal murah lah Rm 99.sebelum memang berkenan dah dengan (beby Bullet)..tapi agak mahal..sekitar Rm 130- Rm 150...so terus beli...sementara menunggu beby bullet ne sampai..buat bubur arryan guna belender cili lah..kasihan kat arryan..nak buat mcm ne tak ada pilihan...semalam seronok ita membuat makan arryan..dengan syoknya mengunakan Beby Bullet ne,ita buat Buah mangga,lobak,kentang,kurma+buah tin+gajus+Aprikot,lepas tu buat bubur sup ayam + kentang,dan bubur Buah kurma.arryan paling suka makan buah kurma rasanya manis kot...tak kan nak makan buah kurma aje kan...lepas ne nak cuba benda lain lak...

Isnin, 7 Oktober 2013

Harian Metro~Tetap di hati~











Alhamdulilah....syukur....pada hari sabtu 5/10/13-bawa anak-anak gi wet world kat shah Alam,tebus tiket free Harian metro,anak ramai ne kena pandai bajet...nak jimat..setakat ne banyak juga yg ita dan family dapat dari harian Metro ne...pertama kat Genting highland ne tahun bila entah,lepas tu wonderland thempark Melaka tahun lepas 8 tiket  lagi bagi kat tunang adik gi taman apa entah...tak dan nak gi... ,bawa semua sekali aida sekeluarga,ita sekeluarga mak,hanif dan tunangnya sekali,lepas tu i-city shah Alam,ita dan ida family yg gi,tahun ne gi A'Famosa Melaka ita dan family suami pulak... yang ne pun ada 8 tiket gi ke safari (zoo)A'Famosa bagi kat kawan opis..tak sempat gi..,dan yg terkini Wet world ne lah..semua FREE ..sapa tak nak Free kan..kena lah usaha lebih sikit kumpul kepala Metro dan kena beratur nak dapat kan tiket tu (dekat dengan rumah ita) ....ita rasa berbaloi kot..bila nak berjalan semua kena kira kan..kos pengakutan,makan..so dapat lah jimat ..ita pun bukan nya orang berduit...janji boleh bawa anak-anak jejalan untuk mengembirakan dia orang kita pun sama juga kan...tak lah boring....






Rabu, 2 Oktober 2013

ustaz Kazim 2/10/13

seronok nya lah hari ne,masa gi cafe tingkat 8 td,Nik noradila tanya kak ita vote untuk naik kenderaan opis gi putarajaya,ita tercengang-cengang,apa ke jadahnya nak gi putrajaya,...lepas tu baru teringat ada vote untuk gi ceramah bulanan kat KPT.seronok nama naik..selalu tak pernah dapat pun kalu ada ceramah ne 1st time .dapat lah  jumpa  live ustaz Mohamad Kazim Bin Elias.memang best lah kan...seronok lah..suka tengok ustaz ne kat astro orsis 106 (kalau dah jodoh)...memang best lah 2jam setengah rasa macam setengah jam aje...dewan kat KPT penuh...ceramah bertajuk Korban dan Pengorbanan.memang best....satu yang ita tertarik tentang anak-anak,beri sebaik mungkin,jangan berkira dengan anak, nanti di akhirat kita tidak mempunyai pilihan hanya 3 perkara yang dibawa,salah satunya anak-anak yg soleh,ita hanya ingat doa apabila kita bersolat aje..rupa-rupa selagi mana apa kebaikan yg anak buat kita akan dapat pahala....bersedekah ilmu.dan kalu baiknya kalu kat kampung tu tanam pokok-pokok tu ..binatang makan pun kita dapat pahala...memang best lah siap menyanyi-yanyi..seronok..tapi ita tak ada ambil pic pun...bukan gila bergambar...syukur Alhamdulilah  ..dapat juga ilmu yang boleh dimanafaatkan...

Isnin, 30 September 2013

papa~28/9/13~

sebenar nak cerita si Arryan ne dah pandai panggil "papa'..jelos mama... perkataan pertama arryan "PAPA"...kalu kita panggil papa si Arryan akan ikut Papa...papa...memang patut pun si arryan panggil papa coz papa yg jaga arryan siang hari dan terlampau manja dengan papanya..kalu papanya marah cakap amboi...aje dah nak cembeng kekadang nak menaggis..kalu mama marah...haram tak hairan pun..kekadang gelak gelak,atau senyum aje..arryan dah 8 bulan lebih..masih tak ada gigi ,makan bubur nasi papa atau mama masak,gula dan garam tak bubuh pun..cuma manis buah kurma aje...masih tak berjalan lagi...masih memapah kat tepi meja tv....takut nak lepas kan tangan...suka tarik rambut tak kira papa,mama,arisya atau aqil dan suka tepuk muka org kalu tengah tido..itu lah si arryan darwisy sekarang....muka mcm muka kak arisya dah..rambut dah panjang...

Selasa, 24 September 2013

tak syok

kenapa bagi tajuk mcm tu..sebenarnya..semenjak tak boleh up-load sangat pic dalam blog..ita mcm nak merajuk sendiri kat blog ita(mcm arisya lak..kalu nak merajuk dia akan cakap..ica nak merajuk)...lepas tu mcm tak ada mood ..so .kekawan ..ita minta maaf lah ya..kalu lama tak jengah tu....

tak syok juga..semalam baru tukar rekoder astro yg paling baru..warna hitam...setelah sekian lama astro suruh tukar astro byond..ita tak mahu..kan ada cas terselindung....ne dia kata free..kalu kena bayar siap astro..yg tak syoknya..tak reti nak guna remordnya....kena bg pandai dulu.....

Khamis, 12 September 2013

Arryan dah 7 bulan ++....

lama tak cite pasal anak bujang kenit ita ne si..Arryan Darwisy ,sekarang dah 7 bulan lebih dah...dah lama dah dia merangkak dan boleh berdiri mcm dalam gambar ne..lepas tu bila nak turun jarak agak jauh dari lantai..kekadang lending ok..kekadang tergolek jatuh sampai menaggis...cepat juga si aryan ne berdiri..kalu merangkak laju aje..sekejap aje...dah sampai bilik air kalu dengar aqil atau arisya mandi..makan susah sesangat...masa 6 bulan ari tu buatlah,puri buah kurma,keledek manis,jagung manis,bubur nasi dengan sup ikan merah ,ubi kentang....buah kurma aje yg dia boleh telan yg lain mcm nak muntah..loya-loya..lepas tu steres tak makan..mak nya ne berusaha buat mcm-mcm tak juga mahu..sama ada aqil yang makan.. atau masuk tong sampah aje...last-last beli beras merah jenama nestle masuk dalam botol campur dengan susu. minum pakai botol susu...semalam hubby buatkan bubur nasi +keledek merah +buah kurma baru nak makan tu pun sikit,belah malamnya ita suap roti  rendam air pun dia makan sikit..tak pa janji nak makan kan.....blender lak rosak....mcm ne nak buat...mama akan cuba cara lain pulak...





Rabu, 11 September 2013

~WordLess WednesdaY~jamuan raya tingkat lain stemboot yo 30/8/13


selamat pengantin baru buat Yan dan suami 7/9/13



                                                        mas minta izin copy sini aizamia3



nak cite apa ya...bila pic tak boleh nak up-load kat blog...mood nak berblog terus ilang...hari sabtu gi rumah kawan kawin kat pucong...selamat pengantin baru buat yan dan suami...semoga bahagia ke hujung nyawa..amin....

Isnin, 2 September 2013

merdeka 56 th- Dataran Merdeka~ 31/8/13~








Pada hari sabtu pukul 7pagi ,hubby dan anak-anak bersemangat untuk pergi ke Dataran Merdeka, dekat aje dengan rumah..hubby bawa motor aje..senang nak paking kan...Biar anak-anak tahu dan merasakan Kemerdekaan..bersemangat Aqil dan Arisya bawa bendera Malaysia,Dan aqil siap nak bawa topi yg di buat di sekolah Tadikanya.....balik dalam kul 11 tengahari...seronok dengar aqil dan arisya bercerita tentang apa yang belaku kat dataran merdeka,dengan pelbagai pertunjukan ...meriah lah kan walaupun panas..mereka tetap seronok..ita tak gi tak larat...ita duk rumah aje  dengan si Arryan ...masaklah ..buat nasi lemak aje..sambal udang,ayam goreng,cendawan goreng,dan tahu dan fish ball lebih buat stemboot kat opis semalamnya....petang  nya gi rumah kawan opis Tie kat Pandan Pedana..tq tie..siap tie bekal kan nasi dan lauk pauk..tak payah masak mlm dah...sedap sangat...






kat bawah ne ada kuiz dan teka silang kata program Kenegaraan anjuran pusat sumber ..dapat saguhati aje..dapat baucer MPH bernilai RM20.00..jadi lah..tak pandai buat selogan...

sambutan raya di opis-30/8/13

sambutan ne untuk kekawan aje..memandang kan tingkat ita tak buat..dan ida ajak join tingkat dia..ita pun join gak..dengan geng juga...dan juga untuk teh yang akan berpindah di tingkat lain...kita org buat stemboot..ida dan kak ros bawa periuknya...dan kita org buat masak-masak sikit,nasi putih,ayam masak kicap,ikan siakap kukus 3 ekor,ikan masak asam,dagiing salai kuah asam,ikan tengiri nasin,sayur kundur,sayur kacang 2 versi,satu isi ayam ,satu lagi udang,telur masin..sambal belacan dan ulam-ulamam,sago gula melaka untuk pencuci mulut.....huiiiiiiiiiiiii konyang makan.....tak larat..